Nuffnang me~

Sunday, October 2, 2016

Bloglist hilang?????

Assalamualaikum.

Pagi-pagi ahad ni ingat nak blogwalking. Tiba-tiba bila scroll out ke bawah, then what?

Bloglist ku dah hilang. KENAPA?? KENAPA ?? KENAPA??

Ada ke orang lain pun mengalami benda yang sama? Aduh.. sedih rasa bila semua hilang.

Dah la semua bloglist tu since dulu follow and baca. T_T nak nangis rasa.

Bila check dekat layout setting, memang dah tak ada. 

Kena buat bloglist baru la gayanya.

Tuesday, July 26, 2016

Solution : Atasi nuffnang tak appear pada blog/ error 400 bad request

Assalamualaikum.

Lepas sekian lama cari macam mana nak atasi masalah yang satu ni. Bengang jugak bila keep on trying bukak nuffnang tapi error je or nuffnang tak appear. Last year on september, ada satu entry regarding this matter la tapi masa tu tak dapat solution pun cuma tetiba boleh bukak plak.

link to this post

Malam ni bila try bukak dekat pc ni, terus jadi semula problem yang sama. Try google, terjumpa dekat blog Mimi pasal problem ni dan cara atasi. Korang just click kat link bawah ni, boleh try kat pc or laptop masing-masing. Me? dah try jugak. Its worked okey. Happy sangat. Lepas ni kalau jadi lagi, dah tau nak buat apa.


**kredit kepada tuan punya blog. Sy minta izin share your tutorial. Thank you.

Sunday, July 24, 2016

Popia nestum satu2nya kuih raya ku

Assalamualaikum.

Ingat nak update entry pasal popia nestum ni masa awal2 raya tapi pergi balik kerja je. Tak sempat nak update. Cuma dapat login and check comment je. Tahun ni la yang paling rajin sikit tu ada sebab gigihkan jugak buat kuih raya walaupun bukan biskut. Tapi popia nestum je. Hari nie rajin nak share resepinya.

POPIA NESTUM


Bahan2

~ 1 paket kulit popia
~ Nestum *
~ Gula pasir *
~ Susu kambing (ganti horlick)
~ 1/4 cawan bancuhan air & sedikit tepung (sbg gam popia)



 
Cara2

1. Gulung kulit popia dan gam dihujung kulit popia guna bancuhan air & tepung. Gam popia ni jangan buat banyak2. Agak-agak je. Nanti pembaziran kalau kulit popia dah habis, tak pakai pulak. Buat sehingga habis.

* semasa menggulung, jangan terlalu ketat gulungan nya. Nanti dalam lambat masak dan popia akan sedikit keras dan susah nak kunyah. Patah gigi orang nanti..hik3

2. Gunting gulungan popia tadi secara serong (rujuk pada gambar). Tips mereka yang biasa buat popia nestum ni, sebelum goreng, popia tu dijemur dulu supaya ia benar-benar kering dan tak jadi cepat lemau lepas goreng.

3. Panaskan minyak dengan api sederhana. Masukkan popia yang sudah siap digunting ke dalam minyak yang telah panas. Kena sentiasa gaul dan jaga api sebab takut hangus plak.

4. Agak2 popia dah cukup perang, boleh la angkat dan toskan minyak guna tisu dapur sebab lepas goreng, minyak dari kulit popia tu akan meleleh keluar dan akan jadi sangat berminyak. Pastikan popia dah sejuk seketika sebelum salut dengan campuran nestum.

5. Kisar halus bahan2 yang ada * itu dan gaul dengan susu kambing/ susu tepung.

6. Gaulkan campuran nestum tadi dengan popia yang telah digoreng. Gaul sebati. Siap. Boleh masuk dalam balang kedap udara ya.



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2016
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jana Pendapatan

Labels

kNOw abOUt Me

My photo
You Welcome to visit my blog. Have nice reading and enjoy it. :)