Nuffnang me~

Showing posts with label Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Tutorial. Show all posts

Monday, October 20, 2014

Buat screenshot dengan Samsung Galaxy Tab 2 (7.0) [updated version]

Assalamualaikum.

Setelah sekian lama jeles tengok orang buat screenshot dekat FB, baru semalam berjaya buat guna hp sendiri punye. Bayangkan dia punye jeles nye sampai tak boleh fikir benda lain. Akhirnya jumpa jugak caranya. Ni semua gara-gara bila Tab 2 (samsung) tu berubah setting and appearance lepas software di update.

Ianya berlaku bila software device update kepada version 4.1.2. Bukan nak update tapi hp update secara automatik. Lepas je kejadian tuh, terus off setting untuk automatik update.

Kelmarin, dah tak tahan sangat dia punye curious nak tau, pegi la google. Mula2 banyak bahasa Indo je. Sedih, semua merepek je. Last2 jumpa ada orang comment dekat FB.

Ok, selalunya dekat tab, bahagian bawah, sebelah kiri, ada button untuk screenshot tapi lepas update, button tuh hilang dan dari saat and moment terkilan tuh la, jenuh godek hp sendiri. Lepas berbulan-bulan, baru sekarang berjaya. Meh nak share caranya dan tutorial ni dapat dari blog richard-kho.

Cara-cara:

1. Teliti Tab anda. Terdapat 2 button di sebelah kanan iaitu button 'Power' dan ' volume atas (+) & volume bawah (-).

2. Tekan button 'power' dan 'volume bawah (-) secara serentak dan jangan lepaskan (untuk beberapa saat)

3. Akan terdengar bunyi seakan bunyi flash & kerdipan layar. Lepaskan button.

4. Siap. Gambar screenshot akan di simpan didalam folder gambar.


**kedudukan button "power" dan "volume" bergantung pada version tablet yang digunakan. 


Saturday, August 30, 2014

Cara nak remove spam di blogger reading list

Assalamualaikum.

Hari ini lega dah rasa bila buka dashboard blogger, tak ada lagi dah spamming kat blogger reading list. Kalau tak, asyik keluar je kat reading list. Sebab apa, dulu ada follow 1 blog, tapi sekarang blogger tu dah tukar link ke website, means belakang link dah guna " .com " , bila link blog dah tak guna, ada sorang blogger dari indo ni spamming link tuh untuk blog dia. Kebanyakkan entry dia memang merepek je. Bila blogwalking hari ini, jumpa dah solution for that problem. really helping for that thing.

Mana2 blogger yang hadapi masalah yang sama juga, boleh click sini. Insya Allah settle problem. Mintak ampun la sebab entry nye ringkas. Mood nak menaip hari ini, tak sampai. Lost kat rumah agaknya. hehe..

~until next post~

Tuesday, July 8, 2014

Tutorial : untuk buat Comment Approval

Assalamualaikum.

Hari ni nak share 1 tutorial pasal Comment Approval.

Pernah tak terjadi bila ada comment yang terlepas pandang and then dah lamaaaaaaa, baru perasan ada orang comment kat 1 post tuh? 

selain tuh, mesti pernah dapat comment yang merepek dari anonymous kan? I means tak semua la yang merepek. Contoh macam orang spamming ke kan. Then, tak nak comment merepek tu view dekat entry tuh. 

Semua ni ada solution nya. Caranya ialah blogger boleh buat comment approval / "awaiting moderation" comment. Kenapa tetiba nak post pasal ni? sebab kadang2 problem kat tu la berlaku (agak skema kat situ). Jadi, bila dah try "Comment Approval" ni, lagi efficient la. 

Cara2 nya :-

1. Login / Sign in > Dashboard > Setting (macam dalam gambar di bawah)



2. Bila dah klik setting, boleh klik post and comment. Then it will appear the content. 



3. Lepas tuh, klik pada button "comment moderation" . Then klik "always" box (seperti di anak panah)


4. Lastly, jangan lupa klik save setting. Ada pada sebelah kanan atas. Kalau tak klik save, nanti tak jadi. 

5. Bila dah siap ikut semua step, next time kalau ada orang comment, it will appear like pict above, then click the "comment awaiting moderation":



6. Lepas tu, tick box pada comment yang nak di approve tu, then, click publish.After that, the comment will appear as you wish.


















thank you.

~ until next post ~

Tuesday, April 30, 2013

Review: Wedding Corsage @ bunga penanggah

Assalamualaikum. Okeh, malam ni entry fast forward sikit.  

For this entry, nak review tentang 'Wedding corsage' atau bahasa melayunya 'bunga penanggah'.  Dalam pada tak cukup masa nak prepare everything, sempat la juga D.I.Y 'wedding corsage'.  Buat sikit2, lama2 jadi bukit..hehe.  Beli kain & bahan2 menjahit pun sikit2 tapi nak bg siap punya lah asyik bertangguh.

Nampak mudah tapi leceh sikit. Kalau sape2 yang tak berapa nak rajin, mungkin dah pergi beli siap punya or order pada sape2 yang boleh buat. haa..jangan tak ngaku..:P

Oke, ni salah satu gambar nak review 'wedding corsage' nya. He's my younger brother & also my photographer tak rasmi. 


Gambar 'wedding corsage' telah di besarkan di tepi gambar tapi tu pun tak berapa jelas. I make it in 2 version. Here, I will show the process in making the corsage. Harap yang membacanya boleh faham. :)

 **Cara memahami gambar adalah membaca ikut arah jam.

D.I.Y ~ wedding corsage @ bunga penanggah 


Barang2 yang diperlukan: -

1) Gunting, Jarum, benang, pen @ kapur lukis kain, bekas @ anything untuk template
2) Glue gun & pin
3) crystal yang lekat pada baju2 tu. (boleh dapati di kedai jahit)
4) Kain satin @ bahan yang untuk digunakan membuat bunga corsage

Cara-cara & prosesnya:-

Boleh guna apa2 bekas yang bentuk nya bulat. Tekap & lukis & gunting. Buat sebanyak yang di perlukan



5. For my corsage, Sya buat 2 saiz. Satu round yang besar, another round is make it a bit smaller.
6. Selepas tu, jahit jelujur pada kain tersebut.
7. Jahit jelujur sehingga habis keliling kain itu. 
8. Tarik pelahan2 sehingga membentuk kedut yang seragam. (seperti di bawah)


Pix 4: rupa ianya seperti poodle flower. 
* Pix 4: baca dari arah putaran jam. Dari kain yang telah di potong bulat2 & di jahit kan jelujur serta ditarik jahitan jelujur untuk membentuk poodle flower.


Pix 5: proses seterusnya 

Pix 5: cara-caranya

~ di hasilkan / di bentukan 2 saiz yang berbeza
~ kedua-dua poodler flower yang berlainan saiz di tindankan (guna glue gun) untuk membentuk 2 lapis.
~ Lekatkan riben dibelakang poodle flower
~ kemudian, ditambah sew-on crystal untuk mencantikkan lagi 'wedding corsage'



pix 6: Glue gun dan pin
** Untuk membolehkan corsage dapat di pakai pada baju, boleh lekat kan pin dibelakang poodle flower tadi. Lastly, this is the outcome.. jeng jeng jeng...^_^



Eh, terpanjang plak entry..hehe. Boleh baca dan boleh share..tapi jangan lupa kredit kan ye..


UNTIL NEXT POST :*

Tuesday, February 5, 2013

Lace untuk veil

Assalamualaikum readers. Cantik kan veil dlm gambar di bawah ni? Sekarang ni rasa macam nak DIY veil sendiri. Masalah nya cume Lace. Kat mana ye ada jual Lace / border lace untuk patch pada veil?

Readers kalau ada tau mana2 link yang jual Lace ini dengan harga bawah RM50 per meter, nak mintak tolong u guys tinggalkan link or any contact.  Bahan2 nak buat veil semua dah ada except for the Lace.  :)


~ until next post ~

Saturday, January 26, 2013

Wedding Idea: Pomander Ball

Assalamualaikum.

Pomander ball. Antara salah satu D.I.Y project for wedding. Tapi sekarang belum nak tunjuk la my pomander ball tapi nak tunjuk a few pomander ball that I found where you can also try it.

1. Pomander ball ~ Punch

:: Pomander ball ini di perbuat menggunakan kertas yang a bit keras supaya bole bentuk kelopak tu. Besides, kena ada puncher nak buat kelopak bunga tu.  Mana nak beli puncher? I pun tak sure tapi tutorial nya guys bole click  HERE


2.  Pomander ball ~ Beads & plastic flower

:: Yang ni pula menggunakan bunga plastic yang saiz kecil, jarum & manik. Tak berapa nampak kan mana manik. You can click HERE to know how the tutorial.


3.  Pomander ball ~ Doily paper

:: sorry guys. Untuk Doily pomander ball tak jumpa tutorial. Cuma gambar daripada blogger ini.


4.  Pomander ball ~ fabric

:: This one also interesting. Macam nak buat fabric flower but we using fabric to make d pomander ball. You can click HERE for the tutorial.



5.  Pomander ball ~ fresh flower (boutonniere)

: Warna sama tapi tidak serupa yang puan2. Yang ini plak kita guna bunga betul (fresh flower).  Nama bunga, tak pasti apa tapi based from the sources, namanya Boutonniere. Nak sebut pun susah..kekeke.. click HERE okay..



6.  Pomander ball ~ Crepe paper

::  Using crepe paper, I found 2 type.






Until next post~ 

Saturday, October 20, 2012

Tutorial: Bunga Tisu

Assalamualaikum. Yup, now at 3.40 pm. Not actually my normal time to update blog. Sejak beberapa bulan lepas dan sejak minat tengok bunga tisu/ creep paper flower; asyik la meng-google pasal bunga tisu je.  Sampai berlambak plak link DIY untuk bunga tisu. Oke, by the way, diri sendiri dah terjebak jugak nak buat tutorial bunga tisu tapi kali versi big size punye.. hehe.  Here begin the tutorial~

(**nak selit sikit. Tutorial ni adalah sama dengan bunga DIY during e-day. click here)


BENDA2 YANG PERLU:
~ gunting
~ dawai bunga (jangan yang tebal sangat)
~ creep paper ( 2 helai besar )

1.   Kali ini I guna creep paper warna pink. Creep paper I cari dekat merata. Tapi yang boleh dapat murah adalah dekat kedai barang jahit. Di kedai buku pun ada, tapi mahal sikit la. Bentang kan creep paper tu atas lantai. macam ni dlm gambar tuh.




2.   Kemudian potong kepada 4 bahagian sahaja. Sebab nak bagi dapat saiz besar.



3.   kumpul 8 helai creep paper sebesar saiz di atas (setelah dipotong ye). Kemudian, lipat seperti kipas (gambar dibawah).





4.  Dah siap lipat2 macam kipas, kita letak/ ikat kan dengan dawai bunga supaya jadi macam gambar di bawah.  Dawai bunga tuh pilih yang senang nak lilit taw sebab nanti sakit tangan plak nak buat nya.



5.  Seterus nya potong hujung yang telah dilipat. Boleh tengok kat gambar di bawah ada garis warna hijau pada creep paper tu kan? ha.. potong lah macam tuh. 


6.  I lupa nak letak gambar macam nak kupas bunga tuh. tapi cara kupas tuh macam cara nak naik kan kelopak bunga tu la.  Kupas atau pe2 je la sebut, i pun konpius dah.. hehe. kupas sampai habis sume naik jadi bunga macam kat bawah ni. 






Dah siap. Fuuhhh..b'peluh2 edit dan tepek gambar kat post. berpeluh ke. Cuba korang banding kan saiz mouse tuh dengan bunga tisu I. Besar tak. hehe. Background sila abaikan sebab buat kat meja opis. (kantoi suda). ekekeke..;P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jana Pendapatan

Labels

Activities (45) advertising (1) beading (8) BUNGA TISU (4) Chilhood (2) CPUV campaign (5) DIY (7) E-Day (1) Family (12) Fashion (4) Feeling (20) Hantaran (1) Holiday (14) idea susun & deco (2) IKEA (1) Ilmu (1) Info corner (2) Kenangan (12) L~O~V~E (18) lace (3) manik (3) Motivation (5) muar (1) Nikah (2) Nuffnang (8) pearl (6) Pet (1) Preparation (5) Recipe/Food (14) Result (3) rumah sewa (1) Solat Istikarah (1) Song Lyrics (18) Stress (15) Suke-suke (15) tudung bawal (1) Tutorial (7) University (31) Veil (2) Video (12) Wedding Preparation (11)

kNOw abOUt Me

My photo
You Welcome to visit my blog. Have nice reading and enjoy it. :)