Nuffnang me~

Showing posts with label Recipe/Food. Show all posts
Showing posts with label Recipe/Food. Show all posts

Sunday, July 24, 2016

Popia nestum satu2nya kuih raya ku

Assalamualaikum.

Ingat nak update entry pasal popia nestum ni masa awal2 raya tapi pergi balik kerja je. Tak sempat nak update. Cuma dapat login and check comment je. Tahun ni la yang paling rajin sikit tu ada sebab gigihkan jugak buat kuih raya walaupun bukan biskut. Tapi popia nestum je. Hari nie rajin nak share resepinya.

POPIA NESTUM


Bahan2

~ 1 paket kulit popia
~ Nestum *
~ Gula pasir *
~ Susu kambing (ganti horlick)
~ 1/4 cawan bancuhan air & sedikit tepung (sbg gam popia)



 
Cara2

1. Gulung kulit popia dan gam dihujung kulit popia guna bancuhan air & tepung. Gam popia ni jangan buat banyak2. Agak-agak je. Nanti pembaziran kalau kulit popia dah habis, tak pakai pulak. Buat sehingga habis.

* semasa menggulung, jangan terlalu ketat gulungan nya. Nanti dalam lambat masak dan popia akan sedikit keras dan susah nak kunyah. Patah gigi orang nanti..hik3

2. Gunting gulungan popia tadi secara serong (rujuk pada gambar). Tips mereka yang biasa buat popia nestum ni, sebelum goreng, popia tu dijemur dulu supaya ia benar-benar kering dan tak jadi cepat lemau lepas goreng.

3. Panaskan minyak dengan api sederhana. Masukkan popia yang sudah siap digunting ke dalam minyak yang telah panas. Kena sentiasa gaul dan jaga api sebab takut hangus plak.

4. Agak2 popia dah cukup perang, boleh la angkat dan toskan minyak guna tisu dapur sebab lepas goreng, minyak dari kulit popia tu akan meleleh keluar dan akan jadi sangat berminyak. Pastikan popia dah sejuk seketika sebelum salut dengan campuran nestum.

5. Kisar halus bahan2 yang ada * itu dan gaul dengan susu kambing/ susu tepung.

6. Gaulkan campuran nestum tadi dengan popia yang telah digoreng. Gaul sebati. Siap. Boleh masuk dalam balang kedap udara ya.



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2016
 

Sunday, June 26, 2016

I'm back == Resepi: Buttermilk Chicken

Assalamualaikum.

Beberapa bulan dah pun berlalu. Pejam celik, dah nak raya. Kalau orang lain, selalu pergi bazar cari juadah untuk berbuka. Me and hubby? Boleh kira berapa kali jengah bazar. Tu pun sebab tak sempat nak masak. Memang dah berapa minggu puasa ni, masak je tiap kali balik kerja.

Kalau dah hari-hari masak, idea nak masak apa tu kena pikir hari2. Teringat kat mak kat rumah duk pikir hari ni nak masak pe. Malam nak masak apa. Esok nak masak apa. Huhu... Bila dah kahwin ni baru la paham macam mana perasaan tu.

Last week, sebab dah ketandusan idea nak masak. "ketandusan" ye. Memang tak ada idea dah nak masak apa. So, scroll la fb tengok apa yang boleh di masak dengan bahan2 yang sedia ada kat rumah je. Terjumpa lah 1 resepi yang dah lama nak cuba. Apa tu?

BUTTERMILK CHICKEN ^_^



Memang tak belum pernah rasa lagi dish ni, tu sebab nak cuba. Tapi resepi tu di olah sikit dengan rasa pedas supaya boleh telan dan tak muak. Meh share resepi tapi resepi campak2 dan agak2 je. Resepi asal dari blogger Yuyu - buttermilk chicken tapi me ada olah resepi sikit bagi sesuai tekak.

Bahan-bahan (goreng ayam)
  • Potongan ayam (untuk 2 orang makan)
  • Tepung KFC / tepung untuk goreng ayam
  • Minyak untuk goreng ayam 
Bahan-bahan (kuah buttermilk)
  • 3 sb Butter
  • 2 pelepah Daun kari
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 labu bawang besar (Hiris. Kalau tak makan bawang, guna 1/2 je)
  • 2 ulas bawang putih (di ketuk)
  • 4 biji cili api
  • Gula dan garam (penambah rasa)
 CARA-CARA

1. Basuh ayam dan potong sederhana kecil. Tos ayam dan salut ayam dengan tepung KFC. Me taburkan sikit garam buat rasa masin sikit.
2. Deep fried ayam sehingga masak dan jangan terlalu garing. Nanti liat. Tos kan minyaknya.
3. Panaskan kuali. Masukkan butter dan cairkan guna api yang kecil ye. [ kang hangus butter]
4. Tumis bawang besar, bawang putih, daun kari dan cili api menggunakan BUTTER.
5. Tumis sehingga bawang nampak layu dan naik bau.
6. Masukkan susu cair dan gaul sehingga mendidih dan masukkan sedikit gula. [kalau suka rasa manis2, boleh tambah gula].
7. Ada dua pilihan nak kuah butter cair atau pekat. Me suka dia cair sikit sebab bila dah sejuk memang dia akan likat sendiri. Kalau masa kacau tu susu jadi pekat, boleh tuang air sikit untuk adjust kepekatan susu.
8. Bila susu cair dah mendidih, boleh masukkan ayam yang dah di goreng tadi. Gaul sebati dan biarkan dia sebati masak dengan susu cair tadi.
9. Siap. Settle.

**********************************************************************************

So far, bila dah tambah cili api, rasanya kena dengan tekak la. Tak muak sangat. Buttermilk chicken ni waktu panas dia cair. Bila dah sejuk, dia akan jadi pekat. Sorry gambar step masak tak sempat nak ambil. Selamat mencuba.

~until next post~

Tuesday, October 20, 2015

Pengalaman - Oreo Cheesecake No gelatin (Tak jadi/failed)

Assalamualaikum.

Sekadar perkongsian dan juga catatan untuk masa akan datang. Minggu lepas, cuba buat oreo cheesecake (no-bake) yang tanpa gelatin. Biasa yang pernah buat sebelum ni, memang menggunakan gelatin. Bila gunakan gelatin dalam cheesecake (no-bake/tanpa bakar), memang texture kek jadi cantik sewaktu dipotong.

Nak dijadikan cerita, beli bahan-bahan untuk buat kek ini, dah berminggu-minggu. Cuma tak ada kesempatan nak 'bersilat' di dapur untuk kek ini. Akhirnya sabtu lepas ada masa untuk buat.

Bahan-bahan yang digunakan masih sama cuma tiada penggunaan gelatin. Antaranya :-


  • Biskut Oreo yang dihancurkan + butter (untuk based)
  • Creamcheese 500 gm
  • whipped cream 400 ml
  • Gula kastor ~ 4 sudu makan
  • Biskut oreo (chuncky) - untuk hiasan

tapi SILA JANGAN IKUT RESEPI INI sebab ini versi tak jadi atau failed cheesecake. Cuma ditulis untuk rujukan kenapa kek tak jadi. Sumber resepi ini dari youtube sebenarnya tapi bukan Malaysia punya la. Dari pemerhatian video tu, orang tu buat memang nampak cantik dan kek nya kukuh la. 

Apa yang dimaksudkan cheesecake failed / tak jadi? 

Berdasarkan video tu, disebabkan cheesecake tu tanpa gelatin, dinasihatkan untuk simpan kek di petiais selama 1 malam supaya texture kek tu lebih kukuh dan tak lembik. Selain tu, baker tu ada bagi tips. 

"the less amount of cream you incorporate into the cream cheese or oreo mixture, the denser and the harder mouse will be"

Tapi tak tahu apa yang silap, mungkin pada whipped cream. Terlebih pukul ke mungkin. Bila dah tuang adunan whipped cream ke dalam adunan creamcheese, mungkin cream jadi lagi cair. Tak boleh terlebih kacau adunan agaknya.

Selepas semalaman simpan kek dalam freezer, ingatkan dapat la cheesecake yang well texture, tapi menghampakan betul. Cheesecake jadi macam ais-krim. Tak boleh potong macam kek biasa. Kalau nak makan, potong kek guna pisau yang sudah direndam dengan air panas supaya kek boleh dipotong tanpa ada lekatan. Then, boleh ceduk masuk piring. Kiranya, sesuai biarkan kek dalam jar la. 

Pengajarannya, lepas ini tak boleh buat kek tanpa gelatin. Tak pandai nak agak-agak untuk timing pukul whipped cream. Resultnya, kek jadi cair dan lembik. 

Gambar tak ada. Malu nak tunjuk outcome yang tak jadi. 

Monday, March 16, 2015

Moist Chocolate Cake versi bakar

Assalamualaikum.

Hari ini, moh la kite running 2 entry. Excited nak tulis tapi kena curik2 sebab dekat bersiaran di opis..:P

Hari sabtu lepas, mood baking membuak-buak masa dekat opis sebab asyik google pasal chocolate cake je. Balik kerja half day sabtu tu, terus baking. Kali ini tertarik dengan 1 resepi moist cake yang versi bakar. Di ambil dari sini resepi asal, blogger kak Azie. Sy mohon guna resepi akak ye.

Memang kek nye moist sangat. Tak kering dan tak bederai walaupun bakar dan tak kukus. Untuk first time try ni, tak buat icing pun sebab memang nak cuba tengok hasilnya. Ternyata, memang kek ni sesuai dengan nama asalnya iaitu 'Moist Chocolate Cake Ever'.

Ni tepek gambar yang dah siap. Kalau nak tahu resepi, boleh click di sini ==> 'Moist Chocolate Cake Ever'.
Cumanya, untuk kek yang saya buat ni, hanya bakar selama 45 minit je. Tak Sampai 1 jam pun sebab kek naik dan bila nak extend waktu membakar, dah keluar bau hangus. So, saya just off the oven switch dan kek hanya masak dengan haba oven sahaja.



Wednesday, August 27, 2014

Resepi : churros a.k.a Kuih Belimbing

Assalamualaikum.

Hari ini kite main masak2 jap ea. Nak share 1 resepi ni. Semalam ada kawan share kat FB. Dia buat kuih ni. Perghh... tergoda i. Kuih ni ada 2 nama rupa nya. Sebab kalau oversea nye version, dia di panggil Churros. Tapi kalau sini di panggil kuih belimbing. 

RESEPI : Churros a.k.a. Kuih Belimbing. 

* sila rujuk gambar dan baca 'cara-cara' masak mengikut nombor pada gambar ye. 



BAHAN2

~ 1 cawan tepung gandum
~ 1 cawan air
~ 1 sudu besar butter/ majerin
~ 1 sudu besar gula
~ 1 biji telur (gred A)
~ esen vanilla

CARA2

1. Didihkan air, gula, butter dan esen vanilla. Kacau sehingga larut. Sementara tu, boleh pukul telur sekejap (asingkan). 

2. Tutup api dan masukkan tepung gandum. Kacau dengan cepat sehingga sebati. 

3. Hasilnya, adunan akan jadi doh lembut. 

4 & 5. Doh tadi dimasukkan telur dan kacau dengan cepat2 supaya jadi sebati. 

6. Pada awal selepas dimasukkan telur, akan jadi pecah, lama kelamaan, akan jadi doh semula tapi jadi melekit. (seperti di dalam gambar diatas). 

7. Panaskan minyak. Masukkan adunan tadi dalam piping beg (nozel bentuk apa2 pun boleh). Bila api dah panas, piping kan ia ke dalam kuali. Anggaran saiz panjang; 4 - 5 cm. Goreng sehingga menjadi warna keperangan. 

8. Bila dah tukar warna keperangan, boleh diangkat dan ditaburkan dengan gula. Siap. 

# optional lain, boleh juga dimakan bersama coklat cair. 

Wednesday, June 25, 2014

Tempting Kek Batik Marie

Assalamualaikum readers.

< sapu2 sawang sikit kot blog sambil menguap yg entah kali ke berapa >

whuaaaaaaa T_T pagi yang ngantuk. sejuk hari ini. Tah kenapa la ngatuk bonar. Memandangkan bos belum masuk. Kite senyap update blog untuk remove kan sleepy eye ni. Last la punye cite, terliur tengok blog cik fadh pasal dia buat kek batik & cheesekut tuh. Terus rasa macam..aih, tak boleh jadi ni. Dah la baca entry cik fadh time puasa ganti, memang tergugat nafsu makan..kekeke.

meh tepek gambar kek batik belum potong dan dah potong.





Wokeh.. Ni kek batik yg belum potong. Jadi petak sebab mampatkan dalam bekas ais-krim. Meh, share resepi tapi tak de la gambar step by step. 

resepi : KEK BATIK MARIE

Bahan2

~ 1 paket biskut marie ( sy punye 350 gm) - mana2 pun boleh
~ 3/4 tin susu pekat manis ( adjust ikut rasa manis anda)
~ 200 gm serbuk milo
~ 3 sudu serbuk koko
~ 250 gm butter ( bubuh majerin, akan rasa masin sikit tp sdap gak)

Cara2
1. Cair kan majerin. Kemudian masukkan susu & serbuk milo. Kacau sehingga sebati. 
2. Tuang serbuk koko dan kacau rata hingga hilang ketul2 dan adunan coklat jadi pekat dan tidak berketul.
3. Biskut marie dipatahkan 4 bahagian dan masukkan dalam adunan coklat tadi dan kacau rata. 
4. Lastly, masukkan dalam acuan or loyang dan mampatkan hingga tiada ruang antara biskut. 

siap...;)

** ni kek batik versi sy. Kalau nak alter resepi pun bole. Ikut kesesuaian masing2. 

until next post... love

Wednesday, May 28, 2014

Home made Manggo Lassi

Assalamualaikum.

Pagi2 punye entry sebab excited dapat buat Manggo Lassi sendiri. Itu pun sebab jiran bagi Mangga 2 biji tapi sebiji tuh dah busuk sebelah. So, terpaksa gunakan kedua2 nye. Penyebab buat Manggo Lassi ni ialah bila baca post Manggo Lassi dari blog My Small Kitchen, terus dapat idea nak buat. 

Okeh, meh share resepi sendiri untuk Manggo Lassi ni. Tak ikut sangat resepi asal dan gambar nye tak berapa cantik la. 

Pix 1: Boleh dapat 1 jug kecil + secawan jus

Pix 2: Antara bahan2 yang digunakan. Susu segar pakai 2 kotak

Pix 3: sebelum dikisar

Pix 4: Dah siap Manggo Lassi 
Bahan-bahan
  • 1 1/2 biji mangga (saiz sederhana besar)
  • 2 kotak kecil susu segar ( resepi asal - 1 1/2 cawan susu segar)
  • 1 cup yogurt Perisa Peach ( resepi asal - perisa asli)
  • 2 sudu gula (ikut citarasa manis sendiri)
  • 1 1/2 cawan air masak
Cara-cara

1) Blend / kisar semua bahan di atas. 
2) Siap di minum

** ketulan ais tak di blend sekali sebab simpan nak minum lewat malam.
** Kuantiti yogurt tu ikut suka. Kalau nak rasa lebih creamy, sy tuang semua.   


Friday, April 25, 2014

Puding Milo Lapis Oreo

Salam Jumaat. Pagi ini kita curi2 update blog kejap (dekat ofis plak tuh)..kekeke.. Hari ini baru ada feel nak share pasal projek hari tu. Tiba-tiba rajin nak baking tapi bukan kek la. Puding jew..:P

Al-kisahnya buat puding sebab nak balas jiran punya bekal lauk tempoh hari. Baru la agar-agar kering tuh di pakai, kalau tak, jadi hiasan dekat meja makan je. Puding Milo lapis oreo ni di rujuk dari blog kak yati.

Saya nak credit untuk Kak Yati & mohon share resepi ye kak. :)



Bahan-bahan (Saiz: 8" persegi)

~ 1 bungkus @ 10g Jelly Powder (saya guna Agar2 kering dalam bungkusan)
~ 750 ml Air
~ 160 gm Gula
~ 1 tin @ 400 g Susu Cair
~ 3/4 cawan serbuk Milo (saya guna Oveltin je)

Cara

1) Masak agar-agar dan air sehingga larut.
    Masukkan gula dan masak sehingga gula larut.
    Masukkan susu cair, kacau sebati sehingga mendidih.

2) Asingkan 2 cawan ke dalam periuk lain dan campurkan milo sehingga sebati.

3) Tuangkan 1 cawan campuran milo ke dalam acuan.
    Panaskan campuran milo yang separuh lagi dgn api paling kecil (supaya ia tidak membeku).
 
4) Apabila campuran milo (yg dituang tadi) telah mengeras sedikit, tuangkan perlahan2 kesemua adunan putih & taburkan biskut oreo.

5)  Kemudian, setelah lapisan campuran putih mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.

6) Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm petisejuk.








Di sini ada tips dari Kak Yati yang berguna bila nak buat puding ni. 

TIPS UNTUK MELAPIS:

- Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuhnya sbb takut lapisan tidak melekat.
- Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterusnya.
- Pastikan adunan mash panah apabila menuang ke atas lapisan sebelumnya supaya ia melekat dgn baik. 


~ until next post ~ 

love

Thursday, February 20, 2014

Trifle lagi

Assalamualaikum readers.

Bukak2 je post baru nye "trifle lagi". Hehe.. Dessert tifle adalah yang paling mudah la for me nak buat. Last week dapat goody bag dari bos. Dalam box tuh de la kek chiffon yang agak besar. Bila dah duduk rumah sendiri ni, makan2 macam ni lambat sikit habis sebab tak de sapa yang habis kan. Jadi, nak elakkan kek tuh berkulat or dibuang gitu je, tuh yang datang idea buat trifle.

Untuk buat trifle kan ada guna kek roll. So, kek roll tak payah beli and then kita ganti kan dengan kek chiffon yang dapat hadiah tuh untuk base trifle nye nanti.

Before ni dah penah buat trifle dah. Boleh la refer dekat sini resepi trifle.

Kat sini nak share sikit la gambar. Kawan2 kat fb / insta mungkin dah de tengok dulu. Now, nak share kat blog plak. hehe..






Kali ni punye trifle, ada kelainan sikit. Antaranya:

>> kek roll digantikan dengan kek chiffon.
>>Then, mix fruit tuh plak digantikan dengan buah peach dalam tin.

Semalam buat trifle ni ade la lebih buah peach tu sikit, ratah la sikit kan, pehh..manis ya amat.

okey, itu sahaja.

~until next post~
muach 

Thursday, December 5, 2013

Karipap 1st made ever

Assalamualaikum. Kalau baca tajuk, nampak macam mengada tak? buat karipap pun nak heboh ye tak..hee. Jangan gitu. Just nak post cara buat karipap bagi mereka yang 1st time juga.

Kelmarin, dah tak tau nak makan kat rumah sebab asyik benda yang sama je. Jadinya, terasa nak cuba buat karipap sebab asyik tengok mak je yang buat kan...bila lagi nak pandai. Kali ni la yang baru buat something different sejak kahwin.

Bagi hencek hubby rasa kuih karipap puan wife nye ni plak. Bila nak prepare bahan2 buat karipap, hencek hubby plak yang beria nak buat. Dari kupas & potong kentang..sampai la nak masak kentang untuk buat inti nye, semua dia yang siapkan. Me just made the doh until it firm to prepare the karipap.  Tapi tak sempat nak ambil gambar bagai. Cuma gambar masa dah siap je.




Ok. Here i will show you how i made this karipap. Resepinya nye pun main agak2 ikut sesedap rasa je. Bagi yang nak cuba, boleh la adjust ye.

Bahan-bahan

2 cawan Tepung Gandum
1 sudu besar Majerin/ Butter (secara menggunung)

4 biji Bawang Merah
2 biji Bawang Putih
Serbuk kari ( ditambah ikut citarasa)
Ikan bilis (ditambah ikut citarasa)
Garam
1 sudu kecil cili boh (nak bagi rasa pedas)
Air (untuk masakkan kentang supaya empuk)

Cara-cara

1. Cairkan butter tapi jangan sampai hangus. (untuk mendapatkan kulit karipap yang ranggup)
2. Uli tepung dengan butter yang dicairkan tadi. Kemudian, tambah kan sedikit air. Uli sehingga ia boleh dicanaikan.Agak2 sahaja bila tambahkan air. Kena uli sampai doh tak melekit di tangan.
3. Ketepikan doh dan simpan dalam bekas tertutup sementara, bagi doh tu lembut dan sebati.
4. Kupas dan potong kentang ( potong dadu, jangan besar sangat)
5. Tumbuk bawang merah, bawang putih, ikan bilis.
6. Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk sehingga garing dan wangi.
7. Tambahkan cili boh ke dalam bahan yang ditumis. Goreng sehingga masak cili nye.
8. Bancuh serbuk kari. Masukkan serbuk kari dan kacau sehingga pecah minyak.
9. Masukkan kentang dan gaul. Tambahkan air untuk masakkan kentang sehingga empuk.
10. Akhir, boleh la prepare karipap. Masukkan inti dan kelim tepi nye.

Nak buat kelim karipap, ada 2 cara. Samada kelim sendiri pakai tangan atau pakai acuan.

Untuk tahu cara nak kelim tepi karipap tu, boleh click blog ni.. Hana family. Disini blogger ni tunjukkan caranya.

Boleh cari di mana2 kedai. Murah je dan ada saiz kecil dan besar. Macam dalam gambar dibawah. (kredit kepada g00gle)







Friday, October 18, 2013

Black Forest

Nama nye bukan Black Forest tapi mewakili perasanya.  Di bungkus dalam bungkusan warna ungu.  Diminati oleh kebanyakan wanita terutama bila dapat hadiah. 

Apakah? 

I
I
I
I
I
I
I
I
I



Ni la Black Forest nye. My favourite chocolate ever. Kalau singgah mana-mana kedai pun mesti cari yang ni dulu. Sampai mak kata asyik makan coklat je..gemuk nanti, tau la. huhu..  Memang ada betul nye kot. Sikit la. Now, dah kontrol sikit sebab penimbang akan bagi 'bad number' nanti...

Tapi bukan Black Forest je la makan, semua cadbury flavor pun sodap. Atas khidmat gambar encik g00gle, terjumpa a few gambar cadbury. Have a look. ^ ^,






I'm a chocolate lover? Yes... Kenapa? sebab bila dah dapat banyak coklat, sanggup simpan semata-mata sebab sayang nak makan. Huu..

~ until next post ~

Sunday, June 30, 2013

Oreo Cheesecake (no bake/ tanpa bakar)

Assalamualaikum. Just want to share some baking activity.  Baru je siap satu Oreo Cheesecake tanpa bakar. Ini sume gara2 teringin yang amat, tak dapat pegi secret recepi, jadi nya kite buat sendiri lah ye.. :)


**resepi kek ni tidak secara khusus di ambil dari mane2 resepi tapi banyak buat pembacaan dan pilih mana yang elok. 

BAHAN-BAHAN

Base cake/ lapisan bawah kek

- 250 gm biskut oreo (krim di asingkan)
- 100 gm butter ( di cairkan )

Cheese filling

- 500 gm cream cheese
- 100 gm Gula halus
- 1 sudu besar serbuk Gelatin 
- 300 ml whipping cream
- beberapa keping biskut oreO ( untuk hiasan)
- krim biskut oreo (yg telah di asingkan)
- perahan jus lemon

CARA-CARA

Base cake



1. Hancurkan / blend biskut oreo & gaulkan dengan butter yang telah di cairkan.
2. Tuangkan ke dalam loyang kek & mampatkan nya. Kemudian, simpan di dalam peti ais sementara dalam persediaan untuk lapisan cheese.


Cheese filling




1. Dalam bekas lain, pukul cream cheese bersama gula halus sehingga sebati dan putih gebu. kemudian, ketepikan.

2. Pukul whipping cream. (dalam kelajuan sederhana sehingga kental atau menjadi soft peak).

3. Bancuhkan serbuk gelatin bersama dengan air panas. Kacau sehingga larut. Jangan terlalu cair.

4. Dalam adunan cream cheese tadi, masuk kan whipping cream, larutan gelatin dan perahan jus lemon ( suku cawan). Kacau sehingga sebati, pakai senduk pun boleh.


5. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah di mampat kan biskut tadi. Sambil tu boleh hias kan biskut oreo mengikut kreativiti anda.

6. Last step. Simpan di dalam peti ais selama 6 jam atau semalam.




** dah cuba resepi ni beberapa kali & ingat nak improve sikit. Ada sape2 tau macam mana nak bagi kek tu tak mudah lembut bila dalam suhu bilik? 


~ until next post~

Tuesday, May 14, 2013

bila keinginan teramat

Bila nafsu makan melebihi segalanya, semua pun jadi.

Tak dapat secret recipe, bukak la buku resepi sendiri.

Daripada ngidam tak tentu hala, dapat la kek satu..hehe


Sunday, November 25, 2012

Puding trifle ~ 1st trial ever

Assalamualaikum semua. Rini nak share resipi di kala free. huhu.. bila rajen, semua jadi. bila malas, pe pun tak jalan...kekeke.

Ni da lama dah buat.  Baru kali ni nak share dengan readers sume. Kalau bab masak kek2 memang semangat tapi bile masak lauk, T_T phm2 je la.

Puding trifle. Nama macam susah kan tapi senang je buat nye. I will show you my version in making the trifle but if you want the original recipe, just click the above link.


Cara-caranya (secara ringkas)

 
step 1: padat kan kek gulung yg telah di potong (lbh krg 1 - 2cm)

 step 2: bancuh tepung kastad (3 sudu) dgn susu cair (1 tin); kacau di atas api sederhana sehingga likat.
(tapi jgn keras sgt sebab nk tuang dlm bekas) 

 step 3: tuang kastad dlm bekas & letak kn apa2 buah sebagai hiasan / perasa


 step 4: bancuh puding kristal perisa strawberi (1 box) & kacau dengan api yg sederhana. Tuang dalam acuan dgn perlahan agar kastad tidak rosak. 

step 5: simpan dlm peti ais bila puding dah kurang pns. (nanti petiais rosak plak)


 final outcome: taraaaa.. ni la dah siap nye. sepotong je dpt snap. hehe







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jana Pendapatan

Labels

Activities (45) advertising (1) beading (8) BUNGA TISU (4) Chilhood (2) CPUV campaign (5) DIY (7) E-Day (1) Family (12) Fashion (4) Feeling (20) Hantaran (1) Holiday (14) idea susun & deco (2) IKEA (1) Ilmu (1) Info corner (2) Kenangan (12) L~O~V~E (18) lace (3) manik (3) Motivation (5) muar (1) Nikah (2) Nuffnang (8) pearl (6) Pet (1) Preparation (5) Recipe/Food (14) Result (3) rumah sewa (1) Solat Istikarah (1) Song Lyrics (18) Stress (15) Suke-suke (15) tudung bawal (1) Tutorial (7) University (31) Veil (2) Video (12) Wedding Preparation (11)

kNOw abOUt Me

My photo
You Welcome to visit my blog. Have nice reading and enjoy it. :)