Nuffnang me~

Showing posts with label Wedding Preparation. Show all posts
Showing posts with label Wedding Preparation. Show all posts

Friday, December 27, 2013

Pearl Hand bouquet

Assalamualaikum.

Pearl Hand bouquet atau Bunga Tangan dari Pearl. Tadi duk ngular, sambil selam sambil minum air.. terjumpa pasal pearl hand bouquet.  Dulu masa sebelum kahwin, memang berangan nak pakai pearl hand bouquet tapi masa suntuk sangat nak buat. Jadi nye, pakai bunga plastik aje lah. Huuu..

Cara buatnya tak susah tapi  bila kena buat dalam kuantiti yang banyak dan kena pintal satu per satu, itu yang buat jadi tak cukup masa dan malas. Bahan untuk buat Pearl Hand Bouquet pun tak susah nak cari. Antaranya pearl, dawai bunga - prefer guna dawai yang halus, mungkin size 26 kot, tak pasti, sebab takut sakit jari nak pintal je nanti, dan reben - untuk hiasan.

Rasa macam teringin nak buat. Bukan untuk diri sendiri la. Syok sendiri kang nama nye. Kalau ada sesiapa nak tempah, mungkin boleh buatkan. Sekarang ni minat nye semua bab jahit2, manik2, pearl dan seangkatan dengan nye..=)

Antara pearl hand bouquet yang memikat hati ku ini..cewah..Memang cantik la pada kite ni..dan tadi ada terjumpa dalam google. Mungkin boleh beri idea pada bakal pengantin yang baca blog ni ke kan..have a look.

* credit to Google *


















Jika berminat atau ada sebarang pertanyaan, boleh emelkan ke:

saggi_snow@yahoo.com.my


Thursday, May 30, 2013

Review: Nikah

                 Assalamualaikum.  Sebulan lebih yang lalu, hari bersejarah bila dah rasmi dapat title 'Puan'.  Sepanjang preparation for the wedding, sangat sangat busy dan penat.  Almaklum lah, bila suka delay keje. Masa 6 bulan sebelum wedding, asal nak mula buat preparation, mesti cakap esok la start..hari ni penat plak. Sudah nya, lagi 1 bulan lebih nak kawen baru la 'seronok'.  Macam tak cukup tanah nak lari.  Pagi2 bangun pegi keje. Petang dah lewat baru sampai rumah. Bila malam dah penat trus ZzzzZzzz......

Dah dekat hari wedding, terus masuk gear 5 buat preparation. Sampai bawak pegi opis nak siap kan. Canggih la for me sebab tak penah serajin itu. Nasib la bos tak perasan sangat. Preparation Nikah, mostly sendiri je buat. Dari makanan, make-up, baju (tapi tak la buat sendiri. Beli sendiri je..hee), tempat nikah and deco tempat nikah; semua sendirian berhad.

First thing is about food. Nasib baik ada my Paklong and neighbour belakang rumah datang. Yela, orang duk taman ni, kalau dah dengar buat catering, kompem2 ramai yang senyum lebor. Sebab pe? tak payah datang rewang la. Menu for Nikah actually mum already list but Ayah suka food lain. So, final list was Rendang ayam kampung, nasi putih, air sirap, baulu and beberapa jenis kueh.

Second thing is persalinan Nikah. Both of us choose off-white. Putih2 gitu. Sebab hubby kata elok la putih.  He's cloth buy at Nilai 3 dan hantar tempah jahit baju melayu at hubby home. Mine was Jubah putih. Kesian hubby penat layan wife dia ni cari baju. Lastly dapat la juga. Simple but meriah dengan kat Leher tapi bila dah sarung tudung, x le nampak..huu.

simple je Nikah attire of mine
Everything was in off-white color except the selendang a.k.a veil. Ia di gantikan sebagai veil atas sebab tertentu dan the special is the selendang as a present for my wedding but pengantin ni dah pakai dulu..ngee

Bunga tangan. A day before the big event, tidur lambat la seperti dijangka. Esok pagi je mata dah jaga seawal 6 pagi dan hanya dapat a few hours to gain the energy. Don't know how the idea came. Mungkin sebab dah rushing, so, otak pun rushing kuar idea.  Jadi nya, bunga tangan dapat la seperti gambar bawah hasil nye.





Next. Kasut tiada untuk waktu nikah sebab Nikah di jalankan di rumah sendiri. Pergi tangkap gambar family pun main sarung je selipar sape tah.







Every moment written here will be like a story book and album to myself. Until we meet again.

Tuesday, April 30, 2013

Review: Wedding Corsage @ bunga penanggah

Assalamualaikum. Okeh, malam ni entry fast forward sikit.  

For this entry, nak review tentang 'Wedding corsage' atau bahasa melayunya 'bunga penanggah'.  Dalam pada tak cukup masa nak prepare everything, sempat la juga D.I.Y 'wedding corsage'.  Buat sikit2, lama2 jadi bukit..hehe.  Beli kain & bahan2 menjahit pun sikit2 tapi nak bg siap punya lah asyik bertangguh.

Nampak mudah tapi leceh sikit. Kalau sape2 yang tak berapa nak rajin, mungkin dah pergi beli siap punya or order pada sape2 yang boleh buat. haa..jangan tak ngaku..:P

Oke, ni salah satu gambar nak review 'wedding corsage' nya. He's my younger brother & also my photographer tak rasmi. 


Gambar 'wedding corsage' telah di besarkan di tepi gambar tapi tu pun tak berapa jelas. I make it in 2 version. Here, I will show the process in making the corsage. Harap yang membacanya boleh faham. :)

 **Cara memahami gambar adalah membaca ikut arah jam.

D.I.Y ~ wedding corsage @ bunga penanggah 


Barang2 yang diperlukan: -

1) Gunting, Jarum, benang, pen @ kapur lukis kain, bekas @ anything untuk template
2) Glue gun & pin
3) crystal yang lekat pada baju2 tu. (boleh dapati di kedai jahit)
4) Kain satin @ bahan yang untuk digunakan membuat bunga corsage

Cara-cara & prosesnya:-

Boleh guna apa2 bekas yang bentuk nya bulat. Tekap & lukis & gunting. Buat sebanyak yang di perlukan



5. For my corsage, Sya buat 2 saiz. Satu round yang besar, another round is make it a bit smaller.
6. Selepas tu, jahit jelujur pada kain tersebut.
7. Jahit jelujur sehingga habis keliling kain itu. 
8. Tarik pelahan2 sehingga membentuk kedut yang seragam. (seperti di bawah)


Pix 4: rupa ianya seperti poodle flower. 
* Pix 4: baca dari arah putaran jam. Dari kain yang telah di potong bulat2 & di jahit kan jelujur serta ditarik jahitan jelujur untuk membentuk poodle flower.


Pix 5: proses seterusnya 

Pix 5: cara-caranya

~ di hasilkan / di bentukan 2 saiz yang berbeza
~ kedua-dua poodler flower yang berlainan saiz di tindankan (guna glue gun) untuk membentuk 2 lapis.
~ Lekatkan riben dibelakang poodle flower
~ kemudian, ditambah sew-on crystal untuk mencantikkan lagi 'wedding corsage'



pix 6: Glue gun dan pin
** Untuk membolehkan corsage dapat di pakai pada baju, boleh lekat kan pin dibelakang poodle flower tadi. Lastly, this is the outcome.. jeng jeng jeng...^_^



Eh, terpanjang plak entry..hehe. Boleh baca dan boleh share..tapi jangan lupa kredit kan ye..


UNTIL NEXT POST :*

Tuesday, April 23, 2013

Long Break Entry

Assalamualaikum.

Long break after last entry about the bead & crystal.  Selesai sudah majlis besar. Dah dekat 2 minggu lepas majlis. Walaupun dapat cuti 2 minggu tapi tak rasa rehat pun sebab nya got sick, very sick and unexpected sick. Haa..pelik tak baca?

Happy juga sebab everything dah settel.  Dah selamat pun di nikah kan. Alhamdulillah.

Nama je dapat cuti 2 minggu tapi tak lepas dari keje. Bos still calling2 tanya keje. Siap hubby nak tolong angkat kan call..huhu.  Baru semalam naik keje after long holiday but for bos la. For me, 2 week are not long holiday. No rest at all.

Rata2 blogger yang sya follow, semua ada DIY barang2 kahwin. Sya pun ada la DIY sikit.  Next entry nak review sikit. Nak share dengan kawan2, itu pun kalau berminat nak baca la..hehe :D


Saturday, February 23, 2013

Membeli sew-on crystal

Assalamualaikum.

Post di malam hari as usual :)  Rasa kecewa sangat. Memang frust giler bila beli barang tapi rasa kena tipu tapi mungkin salah sendiri pun ada gak kot. Sebabnya, tak tanya details habis2 before buying something.

Last week, suda order crystal untuk jahitan pada seorang vendor ni. This thing beli on the internet. Yes, for the 4th time beli online, kali ni rasa macam tertipu. Dalam collection album untuk crystal dia, gambar crystal tu nampak besar la. Its like the crystal size is about 1 cm but then after receive that crystal.... WHAT????? rasa macam speechless betul. Indah kabar dari rupa la senang kata. Kenapa kata begitu? here......


crystal dan pearl tu nampak besar kan. Ini gambar dari vendor. Tapi bila dah dapat kat tangan, dan cuba ukur sendiri saiz nya, u know what, its totally different... T_T kuciwa SUNGGUH.....


saiz sew-on crystal ni more smaller than 5 cents coin

Bila dah jadi gitu, memang rosak la plan asal.  Dah decide walau camne pun, nak jugak guna. So, pegilah sendiri cari kat kedai, nasib baik jumpa crystal yang serupa but bigger than before, as bellow:
sebelah kiri: crystal dari vendor ***** sebelah kanan: crystal dari kedai di area rumah

saiz pearl & crystal di banding kan dengan duit  5sen

See?? can u imagine. big different in size.  Bukan masalah saiz je, masalah post lambat.  That vendor tak mention lansung yang penghantaran lambat. 

Cuba bayangkan kalau u nak guna urgent tapi penjual plak tak respond on your request. Serius geram betul. Terpaksa tunggu dekat seminggu baru betul2 dapat. Tu pun Kena keep on tanya bila nak courier.

So, nak bagi tips for those yang beli barang online. 

# pastikan tanya betul2 detail barang yang nak dibeli. Contoh nya saiz material, kuantiti, jenis material, dan etc.

# Kalau tak kenal vendor tuh, survey testimoni or feedback dari pelanggan nya baik or tidak. 

# pastikan duration/ masa dan cas penghantaran.

# bukan vendor je yang nak hati2 kalau pelanggan x bayar tapi pelanggan pun pun kena beware jugak. 


uNtiL nExT poSt

Wednesday, February 13, 2013

current D.I.Y

Assalamualaikum. hye guys :)

Memandangkan hari ini rabu. Ingat nak wordless wednessday tapi dah tulis banyak word plak dah..hehe. View the pixs plez ^_^


Wednesday, January 30, 2013

Korset & anda

Assalamualaikum. Biasa lah, entry di tengah malam..wuwu T_T

Not really well today. Sebab apa? penat jadi tunggul tunggu hencek bus di tengah panas sehingga maghrib. Maghrib hokey.  It effect my day and my work today. I mintak balik awal siikiiiiit je sebab workload. Jadi nya, tu sebab la entry keluar tengah malam.  Baru sekarang tenaga dapat :)

Tadi ronda2 blog orang tapi I malas nak tinggalkan track sebab tak larat nak buat satu-satu.  Then, I terjumpa satu benda yang dah lama sangat cari. What's that?

Cara untuk mengukur jenis korset yang sesuai  mengikut bentuk badan anda.


Hehe.. mesti ada yang wonder am I in plus size? sebenarnya tak de la plus size. Masih dalam size sederhana tapi makin dekat nak kawen makin dengan jaya nye berat maju ke depan bila berdiri dekat penimbang T_T

I terjumpa satu gambar ni daripada Kerry's blogshop. Dia jual Korset or barang2 yang boleh nak slimming body kita la. Just click here..  kerry FB  or    Blogshopkerry.

This link is for those yang nak cari this korset la. I saja je baca sebab interesting. Honestly cakap, harganya tak mampu milik for me sebab gaji I macam siput je. 

ni la gambar nya. 




Gambar ni menerangkan beberapa jenis bentuk badan wanita. So, cuba all readers kenalpasti bentuk badan anda. Then, you will find which type of korset or girdle or any other name la kan, yang suitable for you.

Berguna tak panduan dari Kerry's blogshop?  For me, memang berguna sebab panduan yang membantu.


Kalau ada duit lebih, memang teringin nak product ni tapi, mimpi yo lah daro. ^_*


Until next post.

Sunday, January 6, 2013

Photographer hunting (wedding)

Assalamualaikum. Hello fellow readers.

Late night entry.  My eye really "terang" like torchlight right now. Cannot sleep.  So, up to this time I can't stop thinking about this.    Wedding photographer.




Masuk hari semalam, dah survey dekat 4 ke 5 photographer dan dah mintak quotation tapi "proposal" untuk photograher di tolak oleh Bos besar a.k.a ayah dan puan omak. Sebab the price tak lepas level dkt bos bsar.

Anyone yang baca entry ni, boleh cadangkan mana2 photorapher yang :-

1) Hasil kerja (gambar) cantik. With or without edit.
2) Range budget is bellow RM 700
3) Cuma nak pakej untuk shoot & burn sahaja
4) Photographer area KL, dan area selatan (which means seremban, melaka, & johor)
5) Boleh cover event Nikah & sanding ( both event in 1 day)

Plez3... :D

~till next post~

Wednesday, January 2, 2013

Beading tudung

Assalamualaikum.

Pembuka entry untuk tahun baru 2013. It was not a good beginning and I really hate it so much. Dunno when it will be the last argue.  Hope today will be fine than yesterday. Amin.

Yup, beading is my current hobby tapi tak la kerap lagi. Baru2 je belajar beading. Seronok kalau buat waktu senggang tapi kalau hadap beading je boleh blur mata kejap..huhu.

Currently, i'm just finish beading on my tudung. Just the simple one but i'm satisfied with the result. ^_^ Pemilihan manik just secara random je and ikut logik. Untuk pemulaan, hanya beli manik yang murah je. So, the outcome is not really shining la on that tudung.  Bellow is the outcome for my 1st beading..hehe


Pix 1: Beading pada tudung bawal.

Pix 2: Perincian manik.

~till next post~

Thursday, December 27, 2012

HIV Test (borang nikah) -- √

Assalamualaikum.

Hehe.. lama betul tak update. Mula2 je semangat nak post everyweek. Untuk bulan ni satu perkara dah boleh tick.  My checklist sangat perlahan nak gerak. Kalau asyik pikir je memang tensen. Apa benda yang dah bole tick?


Ujian Saringan HIV.  

Benda ni adalah salah satu perkara penting untuk borang nikah nanti. Sebelum pegi wat Blood test, siap pegi interview org2 yang dah kawen or org2 yg on the way nak kawen..huhu.  Macam yang pernah blogwalking before ni, kalau blood test mesti kena buat appoinment dulu. Tapi for me, tak payah buat appoinment pun. Datang terus je, tunggu kejap, tak sampai sejam dah selesai. 

* Tips nye? pegi cari gov clinic yang tak ramai or bukan tumpuan orang.  Keluar seawal yang boleh untuk dapat turn awal. 

** Selain tu, test ni hanya sah 6 bulan sahaja dari tarikh di buat. 


I da set awal2 bulan ritu nak buat blood test ujung bulan ni. Alhamdulillah, done for blood test and the result is Negative.  


Flow buat Ujian darah tadi. (include masa dari rumah)

8.00 pgi:  Gerak dari rumah

8.15 pgi:  Sampai klinik. Pegi kaunter pendaftaran. Nurse bagi borang yang perlu di isi. Then, tunggu nurse panggil masuk cek.

(tunggu dalam 10 min gitu la. bukan tunggu sebab ada orang tp tunggu sebab nurse yang in-charge duduk kat bilik rawatan lain. Sabar aje la.. - _ - " )


8.20 / 8.30 pgi:  Nurse panggil masuk. Nurse brief sikit. Then, terus cucuh bendalah tuh kat jari. Terkejut sampai terangkat tangan..huhu. (tak la sakit sgt, just terkejut je. Bukan pakai jarum besar tu pun). Lepas tuh, Nurse suruh tunggu 10 - 15 min untuk tau result. 

8. 40 pgi/ lbih krg la:  Nurse panggil. Dia bagi tau result and cara nak tau result darah. Tu je.



Then, dah selesai satu benda penting. ^_^


~ Till next post ~



 

Wednesday, November 7, 2012

Kursus kahwin -- Seremban

Assalamualaikum. Malam ni, rela paksa nak update blog sebab nak bagi blog nampak macam ada tuan sikit. huhu..

Seperti tajuk di atas. Cewahh.. Ok, tajuk post malam ni adalah pasal kursus kahwin.  Ni lah benda pertama yang bole di tanda "done" dalam checklist... dalam banyak2 benda taw...T_T   Banyak nye benda belum buat.

I will share place or centre choose to go for "kursus pra-perkahwinan".  Memandangkan saya tinggal area Sikamat, Seremban, I choose place that near to my house. Nama centre tu ialah Usrati Centre. Just click link di bawah:-

FB Usrati Centre                           Blog Usrati Centre

So, anything you want to know, boleh terus tanya kat admin page Usrati centre tuh. Eh..macam centre sendiri plak pegi promote..heee :D

Nevermind lah. I just want to share to those yang duduk area Seremban.  Siapa2 tau Maktab Raja Melawar (nama lama maktab), senang dah. Sebab centre ni depan maktab je. Nanti, korang senang la nak refer. Kan.. 

wokeh. TIll then. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jana Pendapatan

Labels

Activities (45) advertising (1) beading (8) BUNGA TISU (4) Chilhood (2) CPUV campaign (5) DIY (7) E-Day (1) Family (12) Fashion (4) Feeling (20) Hantaran (1) Holiday (14) idea susun & deco (2) IKEA (1) Ilmu (1) Info corner (2) Kenangan (12) L~O~V~E (18) lace (3) manik (3) Motivation (5) muar (1) Nikah (2) Nuffnang (8) pearl (6) Pet (1) Preparation (5) Recipe/Food (14) Result (3) rumah sewa (1) Solat Istikarah (1) Song Lyrics (18) Stress (15) Suke-suke (15) tudung bawal (1) Tutorial (7) University (31) Veil (2) Video (12) Wedding Preparation (11)

kNOw abOUt Me

My photo
You Welcome to visit my blog. Have nice reading and enjoy it. :)