Nuffnang me~

Showing posts with label Activities. Show all posts
Showing posts with label Activities. Show all posts

Sunday, June 26, 2016

I'm back == Resepi: Buttermilk Chicken

Assalamualaikum.

Beberapa bulan dah pun berlalu. Pejam celik, dah nak raya. Kalau orang lain, selalu pergi bazar cari juadah untuk berbuka. Me and hubby? Boleh kira berapa kali jengah bazar. Tu pun sebab tak sempat nak masak. Memang dah berapa minggu puasa ni, masak je tiap kali balik kerja.

Kalau dah hari-hari masak, idea nak masak apa tu kena pikir hari2. Teringat kat mak kat rumah duk pikir hari ni nak masak pe. Malam nak masak apa. Esok nak masak apa. Huhu... Bila dah kahwin ni baru la paham macam mana perasaan tu.

Last week, sebab dah ketandusan idea nak masak. "ketandusan" ye. Memang tak ada idea dah nak masak apa. So, scroll la fb tengok apa yang boleh di masak dengan bahan2 yang sedia ada kat rumah je. Terjumpa lah 1 resepi yang dah lama nak cuba. Apa tu?

BUTTERMILK CHICKEN ^_^



Memang tak belum pernah rasa lagi dish ni, tu sebab nak cuba. Tapi resepi tu di olah sikit dengan rasa pedas supaya boleh telan dan tak muak. Meh share resepi tapi resepi campak2 dan agak2 je. Resepi asal dari blogger Yuyu - buttermilk chicken tapi me ada olah resepi sikit bagi sesuai tekak.

Bahan-bahan (goreng ayam)
  • Potongan ayam (untuk 2 orang makan)
  • Tepung KFC / tepung untuk goreng ayam
  • Minyak untuk goreng ayam 
Bahan-bahan (kuah buttermilk)
  • 3 sb Butter
  • 2 pelepah Daun kari
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 labu bawang besar (Hiris. Kalau tak makan bawang, guna 1/2 je)
  • 2 ulas bawang putih (di ketuk)
  • 4 biji cili api
  • Gula dan garam (penambah rasa)
 CARA-CARA

1. Basuh ayam dan potong sederhana kecil. Tos ayam dan salut ayam dengan tepung KFC. Me taburkan sikit garam buat rasa masin sikit.
2. Deep fried ayam sehingga masak dan jangan terlalu garing. Nanti liat. Tos kan minyaknya.
3. Panaskan kuali. Masukkan butter dan cairkan guna api yang kecil ye. [ kang hangus butter]
4. Tumis bawang besar, bawang putih, daun kari dan cili api menggunakan BUTTER.
5. Tumis sehingga bawang nampak layu dan naik bau.
6. Masukkan susu cair dan gaul sehingga mendidih dan masukkan sedikit gula. [kalau suka rasa manis2, boleh tambah gula].
7. Ada dua pilihan nak kuah butter cair atau pekat. Me suka dia cair sikit sebab bila dah sejuk memang dia akan likat sendiri. Kalau masa kacau tu susu jadi pekat, boleh tuang air sikit untuk adjust kepekatan susu.
8. Bila susu cair dah mendidih, boleh masukkan ayam yang dah di goreng tadi. Gaul sebati dan biarkan dia sebati masak dengan susu cair tadi.
9. Siap. Settle.

**********************************************************************************

So far, bila dah tambah cili api, rasanya kena dengan tekak la. Tak muak sangat. Buttermilk chicken ni waktu panas dia cair. Bila dah sejuk, dia akan jadi pekat. Sorry gambar step masak tak sempat nak ambil. Selamat mencuba.

~until next post~

Monday, November 3, 2014

Dapat souvenir

Assalamualaikum.

Bulan November dah sampai. Kejap je dah hujung taun. Macam baru je tukar kerja dan pindah tinggal dengan hubby. fuuhhh.. Long way to go actually. Banyak benda nak kejar dan kumpul dan dalam wishlist.

Bulan lepas ke bulan2 yang lepas, lupa dah. Pernah blogwalking dekat blog Mila. Dia ada buat entry pasal baru balik dari melancong. Katanya nak bagi hadiah pada siapa yang tinggalkan komen menarik dan sesuai. Hadiahnya ialah barang2 souvenir yang dibeli ketika melancong.

Dah lama giler tinggalkan post tu sebab masa tu cuba nasib je. Bila singgah blog jiran, Puan Mah, tengok jiran pun antara yang bertuah. Cuba tengok balik blog sis Mila, rupanya me also lucky for that post. Hehe.

Terima kasih sis Mila. Saya baru dapat souvenir tu minggu lepas..suka sangat. Meh nak share sikit apa yang kita dapat. :)


Kepada B2B luar sana yang tengah nak design pelamin, ada pelamin idaman sendiri.. haa.. bole la cari blog sis Mila.

~until next post~

Wednesday, June 25, 2014

Tempting Kek Batik Marie

Assalamualaikum readers.

< sapu2 sawang sikit kot blog sambil menguap yg entah kali ke berapa >

whuaaaaaaa T_T pagi yang ngantuk. sejuk hari ini. Tah kenapa la ngatuk bonar. Memandangkan bos belum masuk. Kite senyap update blog untuk remove kan sleepy eye ni. Last la punye cite, terliur tengok blog cik fadh pasal dia buat kek batik & cheesekut tuh. Terus rasa macam..aih, tak boleh jadi ni. Dah la baca entry cik fadh time puasa ganti, memang tergugat nafsu makan..kekeke.

meh tepek gambar kek batik belum potong dan dah potong.





Wokeh.. Ni kek batik yg belum potong. Jadi petak sebab mampatkan dalam bekas ais-krim. Meh, share resepi tapi tak de la gambar step by step. 

resepi : KEK BATIK MARIE

Bahan2

~ 1 paket biskut marie ( sy punye 350 gm) - mana2 pun boleh
~ 3/4 tin susu pekat manis ( adjust ikut rasa manis anda)
~ 200 gm serbuk milo
~ 3 sudu serbuk koko
~ 250 gm butter ( bubuh majerin, akan rasa masin sikit tp sdap gak)

Cara2
1. Cair kan majerin. Kemudian masukkan susu & serbuk milo. Kacau sehingga sebati. 
2. Tuang serbuk koko dan kacau rata hingga hilang ketul2 dan adunan coklat jadi pekat dan tidak berketul.
3. Biskut marie dipatahkan 4 bahagian dan masukkan dalam adunan coklat tadi dan kacau rata. 
4. Lastly, masukkan dalam acuan or loyang dan mampatkan hingga tiada ruang antara biskut. 

siap...;)

** ni kek batik versi sy. Kalau nak alter resepi pun bole. Ikut kesesuaian masing2. 

until next post... love

Wednesday, May 28, 2014

Home made Manggo Lassi

Assalamualaikum.

Pagi2 punye entry sebab excited dapat buat Manggo Lassi sendiri. Itu pun sebab jiran bagi Mangga 2 biji tapi sebiji tuh dah busuk sebelah. So, terpaksa gunakan kedua2 nye. Penyebab buat Manggo Lassi ni ialah bila baca post Manggo Lassi dari blog My Small Kitchen, terus dapat idea nak buat. 

Okeh, meh share resepi sendiri untuk Manggo Lassi ni. Tak ikut sangat resepi asal dan gambar nye tak berapa cantik la. 

Pix 1: Boleh dapat 1 jug kecil + secawan jus

Pix 2: Antara bahan2 yang digunakan. Susu segar pakai 2 kotak

Pix 3: sebelum dikisar

Pix 4: Dah siap Manggo Lassi 
Bahan-bahan
  • 1 1/2 biji mangga (saiz sederhana besar)
  • 2 kotak kecil susu segar ( resepi asal - 1 1/2 cawan susu segar)
  • 1 cup yogurt Perisa Peach ( resepi asal - perisa asli)
  • 2 sudu gula (ikut citarasa manis sendiri)
  • 1 1/2 cawan air masak
Cara-cara

1) Blend / kisar semua bahan di atas. 
2) Siap di minum

** ketulan ais tak di blend sekali sebab simpan nak minum lewat malam.
** Kuantiti yogurt tu ikut suka. Kalau nak rasa lebih creamy, sy tuang semua.   


Friday, April 25, 2014

Puding Milo Lapis Oreo

Salam Jumaat. Pagi ini kita curi2 update blog kejap (dekat ofis plak tuh)..kekeke.. Hari ini baru ada feel nak share pasal projek hari tu. Tiba-tiba rajin nak baking tapi bukan kek la. Puding jew..:P

Al-kisahnya buat puding sebab nak balas jiran punya bekal lauk tempoh hari. Baru la agar-agar kering tuh di pakai, kalau tak, jadi hiasan dekat meja makan je. Puding Milo lapis oreo ni di rujuk dari blog kak yati.

Saya nak credit untuk Kak Yati & mohon share resepi ye kak. :)



Bahan-bahan (Saiz: 8" persegi)

~ 1 bungkus @ 10g Jelly Powder (saya guna Agar2 kering dalam bungkusan)
~ 750 ml Air
~ 160 gm Gula
~ 1 tin @ 400 g Susu Cair
~ 3/4 cawan serbuk Milo (saya guna Oveltin je)

Cara

1) Masak agar-agar dan air sehingga larut.
    Masukkan gula dan masak sehingga gula larut.
    Masukkan susu cair, kacau sebati sehingga mendidih.

2) Asingkan 2 cawan ke dalam periuk lain dan campurkan milo sehingga sebati.

3) Tuangkan 1 cawan campuran milo ke dalam acuan.
    Panaskan campuran milo yang separuh lagi dgn api paling kecil (supaya ia tidak membeku).
 
4) Apabila campuran milo (yg dituang tadi) telah mengeras sedikit, tuangkan perlahan2 kesemua adunan putih & taburkan biskut oreo.

5)  Kemudian, setelah lapisan campuran putih mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.

6) Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm petisejuk.








Di sini ada tips dari Kak Yati yang berguna bila nak buat puding ni. 

TIPS UNTUK MELAPIS:

- Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuhnya sbb takut lapisan tidak melekat.
- Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterusnya.
- Pastikan adunan mash panah apabila menuang ke atas lapisan sebelumnya supaya ia melekat dgn baik. 


~ until next post ~ 

love

Thursday, February 20, 2014

Trifle lagi

Assalamualaikum readers.

Bukak2 je post baru nye "trifle lagi". Hehe.. Dessert tifle adalah yang paling mudah la for me nak buat. Last week dapat goody bag dari bos. Dalam box tuh de la kek chiffon yang agak besar. Bila dah duduk rumah sendiri ni, makan2 macam ni lambat sikit habis sebab tak de sapa yang habis kan. Jadi, nak elakkan kek tuh berkulat or dibuang gitu je, tuh yang datang idea buat trifle.

Untuk buat trifle kan ada guna kek roll. So, kek roll tak payah beli and then kita ganti kan dengan kek chiffon yang dapat hadiah tuh untuk base trifle nye nanti.

Before ni dah penah buat trifle dah. Boleh la refer dekat sini resepi trifle.

Kat sini nak share sikit la gambar. Kawan2 kat fb / insta mungkin dah de tengok dulu. Now, nak share kat blog plak. hehe..






Kali ni punye trifle, ada kelainan sikit. Antaranya:

>> kek roll digantikan dengan kek chiffon.
>>Then, mix fruit tuh plak digantikan dengan buah peach dalam tin.

Semalam buat trifle ni ade la lebih buah peach tu sikit, ratah la sikit kan, pehh..manis ya amat.

okey, itu sahaja.

~until next post~
muach 

Tuesday, December 31, 2013

tangga terakhir 2-0-1-3

Assalamualaikum blog personal ni dan readers yang singgah. Terima kasih.

Setengah hari lagi menjelang ke tahun baru. Baru setengah jam tadi blogwalking, semua blogger duk review tahun 2013 punya. Nak update tapi kurang idea. Mungkin review sepanjang tahun boleh jadi idea jugak. Ye tak? -) [senyum hambar yang menanti hari2 seterusnya]

Review di blog ni, hanya keseluruhan aje. Macam2 event dan perkara ada tahun ni. Jumpa kawan baru, tukar officemate, dapat bos baru, tukar status baru, perkara sedih di sebelah in-law, pindah rumah, tukar office baru dan sebagainya. Banyak yang baru bukan bermakna sentiasa gembira tapi cuba mengembirakan hati ni dan diri ni. [macam baca diari kan? entry kali ni macam ni luahan sikit sebab tak de tempat nak luah]

Awal tahun 2013, duk mengira dah cukup tahun ke belum keje kat tempat pertama berkhidmat dulu. Then ex-officemate daripada 4 orang tinggal sorang sebab lagi 2 orang tu dapat rezeki lebih baik, means dorang dapat offer keje government. Seronok rasa bila dorang dapat offer tuh tapi dalam masa yang sama, sedih sebab tak dapat gosip sama2 dan keluar makan sama2 macam selalu dah. Lepas dorang keluar, dapat staff baru & bos baru. [Mula suaikan dengan environment baru, even susah]

Menghampiri ke pertengahan tahun, is my big-W day. Preparation yang pada awal nya going well tapi bila dah dekat hari, tunggang langgang kau. Sebab baru nak jalan gear 5 untuk preparation nya. After all, semua berjalan lancar. Walaupun tak ramai kawan yang datang tapi kawan rapat still datang dan spend masa untuk save the moment. Thank you guys especially classmate, housemate, officemate, and best friend yang datang.

A few month after kahwin. Inai di jari masih merah taw. Baru masuk family baru tapi arwah mertua 'pergi' meninggalkan keluarganya. It was a big shock. But then, still need to accept the fate. Kadang2 rasa macam mimpi dalam reality. Lepas tuh, orang duk tanya je, dah berisi ke belum? dah de ke belum. PLEASE STOP ASKING THAT QUESTION. Saya tak cukup kuat nak jawab dan dengar. Siapa yang dah kahwin dalam dunia ni tak nak rezeki anak tuh.

Then, Pindah and tukar environment and office. Berapa banyak 'and' dah. Still in progress to adapt the new environment event dah berapa bulan berlalu. Hati ni rasa tak tenang je bila pikir kena sesuaikan diri dan jangan terlalu cengeng orang kata. Yes, i am hard to change. Walaupun masa degree dulu belajar Change Management. T_T [masa belajar dulu tak masuk dek otak gak eh. Tu yang jadi cam ni. Alahai omak]

Now and this time. Dah nak habis dah tahun 2013 ni. terasa cepat nye masa berlalu. Tak pernah pun buat wishlist. Kalau ada pun, mesti separuh jalan je. Lepas tu tak tengok dah sebab keperluan sehari-harian tuh dah tutup semua wishlist. Dan rasanya ni semua menyebabkan hari2 berlalu dengan kosong tanpa apa-apa target. TAPI.. Tapi kan, my target nak tukar 'status' sebelum 27 tahun dah tercapai la..hee. =D

1 perkataan untuk tahun ni, CHANGE atau PERUBAHAN. Sampai rasa macam nak nangis kadang2 sebab rasa macam terkapai-kapai je. Niat di hati nak cuba sesuatu yang baru..contoh berniaga tapi secara virtual je. Mungkin ini juga disebut wishlist. K.I.V dulu.



~until next post~
Assalamualaikum

Saturday, July 2, 2011

Dah 1 Bulan

Salam to all readers. ^_^

Ce baca tajuk entry this time. Sebulan dah berlalu.  Apa yang sebulan nya? Macam2 benda boleh jadi dalam masa sebulan. Bukan sebulan je, sehari pun macam2 boleh jadi.  Untuk diri sendiri punye review la this time.  Sebulan dah berlalu sebagai orang baru.  Orang baru? kat mane lah tuh kan.. Kat mana lagi, kat tempat keje la.

Tak terasa sangat sebulan.  Rasa macam sekejap je sebab rasa masa tu berlalu dengan cepat.  Salah satu sebabnya, keje melambak.. penat balik keje.. dan mungkin rasa excited plak pegi keje for the first time.  Hee... Sampai kan staff kat ofis tuh tegur.. "awak dah sebulan keje sini dah kan?" (hoho.. dalam hati kate, tak penah2 tegur hencek neh, tetibe plak tegur dah sebulan keje.)  Mungkin Pakcik tuh baru ade rasa nak tegur kot.. (erk.. ampun Encik, terpanggil pakcik plak).

Kebelakangan ni, tak tau mimpi apa.. asal petang2 je, tekak rasa nak makan jajan2.  Haish..macam2 kan?  So, nak di jadikan cite..sanggup lepas balik, menapak pegi shopping complex dekat2 situ.  Sikit jauh la bila kau pegi sana jalan kaki dengan hari panas yang dah petang2.  Memang hitam la muka kalau hari2 buat.  Semata2 pergi sana, the reason is...  nak makan ice-cream je. T___T  Kesian tak?

Tak pe la.  Sy tetiba rasa cam budak2 sebab nak ilangkan penat jew.  Hehe.. sekali-sekala, bukan banyak2 kala.. (erk.. mane plak datang word tuh kan?)  Okeh2, ni merepek namenya.  Ada lah beberapa benda baru in life that I learn and perlu biasakan diri.  I am learn to be independent.  I am learn to be strong.  I am learn to  do the best for life.  I am learn to not to be so cengeng.. too easily crying.

From now and this second and minute and hour over, I am gonna plan ahead my life.  For me, kalau nak berjaya, cuba dengan usaha sendiri dulu sedaya upaya.  Then, kalau tak dapat juga, baru lah mintak pertolongan orang lain.  Bukan nya berjaya dengan bodek orang, ampu orang kat depan2, belakang dia kutuk gila2 macam nak mam%*&....  Hoho.. geram betul dengan orang yang macam ni.

Kalau dulu masa time2 study, takut sangat nak pegi keje.  Takut sangat nak lalui alam keje but now, a bit ok la.  Slowly la bro.. baru nak mula.  Takut still ada with the new environment that will come in future but then, dengan pengalaman sekarang jugak boleh di jadikan panduan jugak.  Wah.. kau macam terer sangatlah kan.  Jangan marah ha.. ni blog aku ke blog kau?  ( oke, kasar sikit di situ. Maaf sape yang tak suke.  Kalau tak suke bole beram*&%..).

Routine life pun da berubah.  Tak sama macam time study.  Bole duduk lama2 online, tengok tv, duk asek jalan2 menghabiskan duit sebab masa tuh dapat duit free tapi awal2 la free... sekarang dah kene bayar plak.  Tak de dah online duapuluhempatjam.  Balik2 je pun dah penat, nak ngadap pun malas.  Kalau ada pun, saje memaksa kan mata nak online.

Bukan takat internet, tv pun macam tak lalu.  Haha.. pe lah nak jadi neh.  Kalau dulu, tv tuh lah macam asek melekat je.  Kalau setakat cite Indon tuh, ade lah layan sikit.  Macam2 nak cite tapi tak tau nak cite pe.  Bulan July ni je ada 3 majlis.  Semua majlis kawan2.  Majlis kawen dan tunangan.  Itu majlis orang, majlis sendiri entah bila la plak. Huhuhu.. berangan betul budak sorang neh.

chao.. till next post.  Salam. ^_^

Friday, May 27, 2011

School holiday is around the corner

This entry is just for those who age from 7 to 17 years old.  Why? Ce-baca ce-baca tajuk entry neh.. ngee..
Tak de lah.  Just kidding.  As everybody know and especially school student in Malaysia, the school holiday is just around the corner.  And that bring me some problem or maybe not really a problem but more to my holiday activity.  Why?  o_0   Haha.. I will be a sister that fierce to my sibling and also the one who being bullied by them..T_T (mood: tade semangat)

Until today, I'm at home for about 2 weeks and ++ days..  as part time house wife T_T and uni student who waiting for her last semester degree result.  So far, I can handle it by sitting at home and doing housekeeping working especially 'mengemas' , 'men masak-masak' and etc..  Haha.. sebab apa men masak2?  sebab bila rasa nak masak, baru masak.  Kalau tak, tolong mem besar memasak je.  (peace)
Ada apa dengan statement 'saya akan jadi kakak yg garang dan yg di buli di rumah' di atas tuh?  Yes, I really mean it.  Kalau hari biasa, my lil sis and lil bro not at home because they at their lovely school. (Lovely school lah sangat, nak pergi sekolah pun siap gado2).  So, bila dah mula cuti sekolah, one thing will be in my mind.  What is it? My home or our home will not be a home.  Why is that?  Harus lah will not be a home when everyone is at home.  Sometimes I can't handle my lil sis and bro.  Macam jaga budak kecik umur tadika kan?  ~_~"   Selalunya waktu belajar dulu, I always can't go home because I always get place for study that far away from home.  Now, I already finished my study and I stay again with my family and at home.  
(okey, too many 'home' words...)

So, bila kata cuti or memang dah habis belajar sekarang ni, I need and will takeover part of my mum work at home.  Bila semua ada di rumah, ia melambatkan kerja mengemas dan sebagainya sebab bermacam2 kerenah di rumah.  And when I thinking it again about the situation.. I say this to my mum..

"Mak, minggu depan dah cuti sekolah.  Habis lah rumah dah tak jadi rumah.... "~_~  

Haha.. teruk kan.  But what ever the situation it is, I can handle it by my own way.  No worries.  As a sister and the eldest daughter, I need to know how to handle my sibling even sometimes I admit that it is not easy to do that.  Tapi bila dah muak nak cakap, suka hati lah nak buat apa.. janji tak menyusahkan orang lain.  U_U

Sampai sekarang, masih duduk dirumah mencari kerja kosong.  Masih dalam proses untuk menyiapkan diri untuk menghadapi alam pekerjaan dari peringkat mencari, interview, ujian, masuk kerja dan seterusnya.  Yes, it is still in process but seriously am not really ready for it.  Sekarang bukan senang nak dapat kerja.  You need to have confident and your own strength to get the best work.  Hmm.. I'm wonder how it will happen and how am I going to face it.  

Talking about my result,  this thing also make me worry and nervous without reason because it really important to me and it will determine my life and future work.  Huhu.. Hopefully everything will be fine and going smoothly good.  Hope it flying colors..:)

Until next post where I will post an entry about my date with my BFF..:)

salam.

Saturday, April 23, 2011

Tempat wajib: buku

Hari ni rasa macam baru lepas merentas desa... ~_~''

Huh.. lama dah ta merentas desa segala.  Actually, pagi tadi telah merajinkan diri pergi jumpa hencek posman.  Pergi jumpa hencek posmen kah??? Tak la, pergi pejabat pos lah, nak hantar surat penting yang pertama dalam hidup.      Harap-harap, bernasib baik lah. (amin..)  Tak tau kenapa rasa penat sangat, mungkin sebab kena naik bas dan menapak dari bus stop sampai ke shoping complex tuh.  Habis saje semua urusan berkaitan dengan hencek posmen tuh, da tak larat naik balik nek bus.  So, tunggu lah ayah tersayang jemput dari tempat keje dia.  hehe..;D

Itu aktiviti sebelah pagi.  Sebelah petang plak, aktiviti window sopping shopping di Jusco.  Dan aktiviti ni lah yang menambahkan lagi merentas desa nye.  Round satu Jusco tuh, sempat lagi round McD 2 ke 3 kali pastu pergi bakery, then pergi lalu McD balik.. Macam hape entah.  Sebabnya semata-mata nak fikir, beli ais-krim ke beli roti lagi kenyang  ~_~''  (haih, ape je lah kan..)

Okey, straight to the topic.  Selalu kalau pergi mana-mana shoping complex, mesti ada tempat wajib pergi and this time I nak cerita salah satu daripadanya.



> Bookshop <

Yes, the bookshop.  This is the place that compulsory to visit.  Kalau orang lain duk sibuk window shopping tengok kasut lah.. baju lah.. tapi me and my parent suka pergi bookshop.  Kalau ada banyak masa, nak duduk dalam tu lama2 tapi selalunya tergesa-gesa sebab ada destination lain lagi nak pergi. 

Dalam banyak-banyak buku kat bookshop tuh, ada satu buku yang menarik minat I waktu tu ialah buku tentang DSLR.  Yes, my interest now is toward DSLR.  I really wanna have 1.  

Oh DSLR, please come to me.  I love to have you in my life.. (hoho.. already in my wishlist)

That book explain about how to use DSLR and have guide to new user who new to DSLR.  Nak beli buku tu tapi DSLR pun tade.  Tumpang baca je lah kat bookshop.  Haaa.. ada satu lagi buku terjumpa tapi bukan menarik minat, it is more.. apakehalbukuni... tade buku lain ke nak terbit.  Buku tu ialah tentang Justin Bieber. I am sorry to those who fan of Justin Bieber.  Buku tu lebih kurang macam menceritakan pengalaman dia jadi artis kot.  (am not sure about it but it kind of lah).. Kalau nak kata dia tu tokoh ke.. wira negara ke.. penyelamat ke.. siapa2 je lah yang ada buat bakti or sumbangan, logik lah nak buat buku.  Tapi..... 
Hmm.. lu pikir lah sendiri der..

Lepas habis dah round kat Jusco dan dapat menyejukkan badan terutamanya sekarang ni cuaca sangatlah panas sampai rasa macam ni...  BOLEH TAK NAK ADA AIR TERJUN KAT SEBELAH RUMAH????
rasa macam nak berendam je selalu dan melangkah sebelah rumah je bila nak berendam...~_~''
Okeh, abaikan part yang ini ye.. 

Until next post... Chao.

Salam.

Tuesday, April 19, 2011

Exhausted, hectic and challenging

Assalamualaikum semua..;)

Long time no see haaa... Yup, for a long time I didn't post new entry. 
First of all, I wanna copy somebody FB status:

Bye Sri Iskandar.. Hello Seremban!!

Yeah, Hello Seremban. Home sweet home.  Really feel grateful and a bit relieved now.  Why?
After about 3 month and plus2, me and my group struggle to done our research report and yesterday, everything that related to it, already finish.  Just wanna wait for reply and feedback from lecturer. 

Ya, really nervous about that.  Lucky for us because, my course did not have VIVA.  We went through so many things that really challenging to us.  Kadang2 tuh sampai rasa macam tak percaya kami dah lalui process membuat kajian atau nama yang lebih fofuler popular ialah Research.

After done all the editing process, printing process and etc., yesterday evening at 6.00 p.m. the report was finished and just need to submit tomorrow.  Huh.. feel relieved for that part but not finished yet until we get the result from advisor and lecturer.  At last, I can go home. 

Now, I'm on my study leave.  My paper for this last semester exam, lambat lagi.  So, I still have time to get some rest, qada' tidur balik untuk yang tempoh hari, hide and seek with mood to have a time for study and etc.  Hehe.. 

I hope that everything will going smoothly and my group research will get the best result from our lecturer and advisor.  Good Luck my groupmates..^_^

Bila dah balik rumah ni, seru nak blogging balik dah terpanggil.  So, after this I will try to continue my writing again, after it being postpone for a long time period.  Idea oh idea.. come here to me.  I need you.

Friday, January 21, 2011

Bukit Merah Lah~

Assalamualaikum and Hye to all and to silent readers also.  Hari ini, sudah masuk minggu ketiga kuliah dan juga minggu terakhir sebelum mid-term break yang tak lama lagi.  Huh,  baru naik semester suda cuti balik?  0_o  begitulah gayanya bila di rujuk dalam kalendar akademik.  Dah masuk minggu ketiga kuliah dan minggu ketiga di Sri Iskandar,  memang tiap2 minggu berjalan saje.  Dua minggu yang lepas punye cite: 

==>  Weekend:  Dah bosan sangat makan kat kedai yang area dekat2 nih, pe lagi, housemates ajak pegi lunch kat KFC.  Wahh,, tak leh bla, lunch kat KFC.  Tapi.. saya suke.  tehee..;D

==>  Weekday:  Hari pe? tak ingat dah... (okey, malas nak ingat balik sebenarnya.. )  Kelas habis awal, hajat nak pergi Ipoh nak pergi repair handphone tapi,, melancong... (erk, melancong ke melencong... ;p ) Lepas habis repair phone, pegi makan2, pegi men bowling, pegi karoke dengan housemates tercayang...;p pastu pegi makan lagi.. berapa kali dah pegi makan saje dalam sehari.  Dah malam sikit, pegi Gerbang Malam.  Destinasi terakhir.. wah.  Okey2, bis dah.


Di atas, tuh cite dah lepas.  Paling terbaru punye weekend, berjalan lagi.. pegi mane? jOm2 teropong. 


















* picture above, credit to Google.

Suda terpampang kat gambar di atas,  BUKIT MERAH LAKETOWN.  Itulah destinasi terbaru kami berjalan dengan classmates..  Seronok, teruja, penat dan... semuanya ada la, lepas habis berjalan.  Siap ada pakej taw.  Tau pakej apa?  Pakej melancong dapat demam tapi seronok.  Okey, mari mula Picture Tour.

Di pintu masuk

Ala2 signboard sebelum masuk

nak posing kat sini siap rebut2... T_T

Di depan kaunter tiket

Love this picture.  It's candid.
Selepas terlalu banyak sangat tangkap gambar, sampai nak bincang beli tiket masuk berjam2, barulah boleh beredar dari situ. 



Tiket kami

yang buat peace tuh, orang yang belikan tiket...


Akhirnya beransurlah kami ke dalam waterpark

Mula2 kami pergi menaiki chairlift dulu sebab lepas naik chairlift, baru seronok mandi-manda kan.


Pintu masuk untuk ke Chairlift

Dah nak naik chairlift

Setelah suda naik chairlift

 
Bila suda selesai sesi chairlift, kami pun memulakan sesi waterpark pula.  Semua games kami cuba sampai dan bosan dan berapa kali round kami main gelongsor, berendam dan all those things yang ada kat situ.  And one more things that I never forget, one of the gelongsor thing yang paling seronok giler sampai tak terkata.  Why? That things tinggi giler bila nak naik.  Bila sampai my turn untuk turun, selawat banyak2 beb.  Hoho, takut giler.  Sampai je bawah, tak terkata.  Cuma yang rasa, jantung nak terkeluar dan tak sempat pun nak menjerit bagai.. macam my friends yang lain.  T_T

Kami selesai mandi2 dan keluar ke next destination
Selesai di Bukit Merah Laketown, kami keluar dari sana nak cari tempat makan pula sebab perut da lapar lepas mandi-manda.  Selepas itu, singgah la kami di Taman Tasik Taiping.  Cantik tempatnya.  Selepas camwhore cam tak hengat, barulah kami semua pulang.. ececeh.. ayat tak nak lagi skema ea. 



dari kiri gambar: Yan (baju hitam), fatiha (baju pink), Me (baju putih), Nana (sebelah saya) dan Iedah (hujung sekali) dan Eton (selendang kelabu)



Inilah rupa taman tasik nye dari jauh


Sekian, that all from. Enjoy it.  ^_^

Chao.  Love my love.

Thursday, October 21, 2010

Projek tergendala

Hye semua. Orang time study leave, pegi study kan? Me? hee.. menyudahkan projek tergendala. Apakah projek nye? ha.. jom.

Sebenarnya nak buat benda time Hari Raya dulu tapi tak sempat sebab masa ta mencukupi. So, alang-alang balik rumah dan ada la sikit masa lapang.. siap la jugak akhirnye.


****
v

v

v
Dah2.. malas nak merepek2. Jom tengok. 

v

v


Projek membuat dadih.  Adik2 sibuk nak makan dadih.  Barangnya dah lama beli cuma baru sekarang ada masa nak buat...T_T.  Senang saje buatnya sebab semua ikut arahan kat packaging dadih tuh.  This time, I buat dadih coklat tapi tu la.. 1 packet je beli.  So, dapat la sikit sahaja. 



Air, gula dan susu cair di didihkan.

Susu cair yang di gunakan


** ni bukan nak promote susu F & N ye.  Cuma nak tunjuk bahan apa yang di gunakan.  ^_^


Serbuk dadih dah di masukkan

 Selepas bahan yang mula2 tadi susah mendidih, lepas tu boleh la masukkan  dadih nye.
Kan. tengok. Senang je.


Bekas acuan yang kosong

Selepas 5 minit.. Jeng3.. aha. 


Siap la semua nya di tuangkan dalam bekas

Okey, siap dah dadih nya.  I orang pertama yang rasmikan dadih dulu before the others.  hehe.. memang la.  Sebab I yang buat, I la yang rasa dulu.  ^_^



**Tapi ini untuk makan dan sendirian berhad. Hee.. bukan untuk di jual.


Till then.. chao ♥♥♥

Tuesday, August 31, 2010

Golden Crew

Training Program.  This semester, in my syllabus of study, we need and require to organize a training program.  Sorry for late update.  Actually, this program was held on 8 August but just now I have time to update my lovely blog with this entry. Hehe.. Ok lah, let we start this entry with pictures and i'll go with the flow of this story. 


** credit to Hafizah Mahmudin for these pictre


pict 1: During the training session

pict 2: During they working in group & with fasi

pict 3: Housemates & also in one group


pict 3: the one on who wear blue shirt is our lecture and advisor for this program
  
pict 4: this our group member but not all of them here

Pict 6: Ha,, this one is complete picture where these people is the GOLDEN CREW


Pict 7: Me -- Waiting for the student (participant)

Pict 8: Okeh,, ni gambar yg no purpose. Just ignore... ;P

Pict 9: Before the program start

Pict 10: During the program -- Introduction slot


Pict 11: During the Program

Pict 12: My group during the trademark session

Pict 13: Ice-breaking in group

Pict 14: Me and my 'adik'
Pict 15: Them


Pict 16: Waktu ni sudah ke hujung program, kami ada sesi menyanyi beramai-ramai dan tonton video






Gambar di atas: with my group sewaktu penyampaian hadiah dan tangkap untuk kenangan la... (okeh, i tau kat sini my group je yang ada.  This is my blog, so up to me lah nak taruk orang lain punye ke tak payah okeh.  Sorry   =.= '' )

My lecture and teacher of them

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jana Pendapatan

Labels

Activities (45) advertising (1) beading (8) BUNGA TISU (4) Chilhood (2) CPUV campaign (5) DIY (7) E-Day (1) Family (12) Fashion (4) Feeling (20) Hantaran (1) Holiday (14) idea susun & deco (2) IKEA (1) Ilmu (1) Info corner (2) Kenangan (12) L~O~V~E (18) lace (3) manik (3) Motivation (5) muar (1) Nikah (2) Nuffnang (8) pearl (6) Pet (1) Preparation (5) Recipe/Food (14) Result (3) rumah sewa (1) Solat Istikarah (1) Song Lyrics (18) Stress (15) Suke-suke (15) tudung bawal (1) Tutorial (7) University (31) Veil (2) Video (12) Wedding Preparation (11)

kNOw abOUt Me

My photo
You Welcome to visit my blog. Have nice reading and enjoy it. :)