Nuffnang me~

Friday, April 25, 2014

Puding Milo Lapis Oreo

Salam Jumaat. Pagi ini kita curi2 update blog kejap (dekat ofis plak tuh)..kekeke.. Hari ini baru ada feel nak share pasal projek hari tu. Tiba-tiba rajin nak baking tapi bukan kek la. Puding jew..:P

Al-kisahnya buat puding sebab nak balas jiran punya bekal lauk tempoh hari. Baru la agar-agar kering tuh di pakai, kalau tak, jadi hiasan dekat meja makan je. Puding Milo lapis oreo ni di rujuk dari blog kak yati.

Saya nak credit untuk Kak Yati & mohon share resepi ye kak. :)



Bahan-bahan (Saiz: 8" persegi)

~ 1 bungkus @ 10g Jelly Powder (saya guna Agar2 kering dalam bungkusan)
~ 750 ml Air
~ 160 gm Gula
~ 1 tin @ 400 g Susu Cair
~ 3/4 cawan serbuk Milo (saya guna Oveltin je)

Cara

1) Masak agar-agar dan air sehingga larut.
    Masukkan gula dan masak sehingga gula larut.
    Masukkan susu cair, kacau sebati sehingga mendidih.

2) Asingkan 2 cawan ke dalam periuk lain dan campurkan milo sehingga sebati.

3) Tuangkan 1 cawan campuran milo ke dalam acuan.
    Panaskan campuran milo yang separuh lagi dgn api paling kecil (supaya ia tidak membeku).
 
4) Apabila campuran milo (yg dituang tadi) telah mengeras sedikit, tuangkan perlahan2 kesemua adunan putih & taburkan biskut oreo.

5)  Kemudian, setelah lapisan campuran putih mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.

6) Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm petisejuk.








Di sini ada tips dari Kak Yati yang berguna bila nak buat puding ni. 

TIPS UNTUK MELAPIS:

- Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuhnya sbb takut lapisan tidak melekat.
- Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterusnya.
- Pastikan adunan mash panah apabila menuang ke atas lapisan sebelumnya supaya ia melekat dgn baik. 


~ until next post ~ 

love

6 comments:

  1. sedapnye nampak..bila nak merajinkan diri buat benda2 mcm ni...

    ReplyDelete
  2. Wah...sedapnya tgok...mcm nk cuba ni....

    ReplyDelete
  3. @cik mah: marilah mencube..;) sedap buat minum petang...hehe

    ReplyDelete
  4. wah rajinnya dia :) nyum2! nak sikit!

    ReplyDelete
  5. 3/4 serbuk milo tu 3/4 cawan eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh.. sorry. ye, 3/4 cawan serbuk milo.. sy dah edit smula..

      Delete

Keep ur beautiful word here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jana Pendapatan

Labels

kNOw abOUt Me

My photo
You Welcome to visit my blog. Have nice reading and enjoy it. :)