Hari ini nak share 1 benda yang memang dah lama berniat nak pasang tapi tak di beli. Pernah jumpa di kedai biasa tapi kena skru bagai, leceh. Lagi nak minta tolong hubby pasangkan, memang ke laut la. Tunggu dia rajin.
Cari punya cari, terjumpa 1 produk yang lain tapi fungsinya sama. Meh kita share sama-sama. Mana tau ada yang cari jugak kan.
Ni namanya Twin Draft Guard. Fungsinya adalah untuk mengelakkan serangga-serangga kecil masuk ke dalam rumah atau supaya keep the warm in the house la, orang putih kata. Hehe.
Ini rupa pintu sebelum guna benda ni. Pada sy, benda ni memang praktikal. Lagi-lagi untuk orang yang menyewa. Esok-esok kalau nak pindah, cuma keluarkan semula dan boleh pakai di tempat lain pulak.
Ini pula gambar pintu selepas pasang benda ni. Boleh tengok dalam gambar, material nya lembut kan? Yang panjang tu nampak macam rod tapi sebenarnya dalam dia macam kabus plastik tapi tak keras. Ia fleksibel. Boleh dilipat atau dipotong jika saiz pintu berbeza.
(p/s : Ini bukan entri berbayar. Cuma kongsikan apa yang boleh dimanfaatkan untuk pembaca).



