Nuffnang me~

Sunday, June 26, 2016

I'm back == Resepi: Buttermilk Chicken

Assalamualaikum.

Beberapa bulan dah pun berlalu. Pejam celik, dah nak raya. Kalau orang lain, selalu pergi bazar cari juadah untuk berbuka. Me and hubby? Boleh kira berapa kali jengah bazar. Tu pun sebab tak sempat nak masak. Memang dah berapa minggu puasa ni, masak je tiap kali balik kerja.

Kalau dah hari-hari masak, idea nak masak apa tu kena pikir hari2. Teringat kat mak kat rumah duk pikir hari ni nak masak pe. Malam nak masak apa. Esok nak masak apa. Huhu... Bila dah kahwin ni baru la paham macam mana perasaan tu.

Last week, sebab dah ketandusan idea nak masak. "ketandusan" ye. Memang tak ada idea dah nak masak apa. So, scroll la fb tengok apa yang boleh di masak dengan bahan2 yang sedia ada kat rumah je. Terjumpa lah 1 resepi yang dah lama nak cuba. Apa tu?

BUTTERMILK CHICKEN ^_^



Memang tak belum pernah rasa lagi dish ni, tu sebab nak cuba. Tapi resepi tu di olah sikit dengan rasa pedas supaya boleh telan dan tak muak. Meh share resepi tapi resepi campak2 dan agak2 je. Resepi asal dari blogger Yuyu - buttermilk chicken tapi me ada olah resepi sikit bagi sesuai tekak.

Bahan-bahan (goreng ayam)
  • Potongan ayam (untuk 2 orang makan)
  • Tepung KFC / tepung untuk goreng ayam
  • Minyak untuk goreng ayam 
Bahan-bahan (kuah buttermilk)
  • 3 sb Butter
  • 2 pelepah Daun kari
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 labu bawang besar (Hiris. Kalau tak makan bawang, guna 1/2 je)
  • 2 ulas bawang putih (di ketuk)
  • 4 biji cili api
  • Gula dan garam (penambah rasa)
 CARA-CARA

1. Basuh ayam dan potong sederhana kecil. Tos ayam dan salut ayam dengan tepung KFC. Me taburkan sikit garam buat rasa masin sikit.
2. Deep fried ayam sehingga masak dan jangan terlalu garing. Nanti liat. Tos kan minyaknya.
3. Panaskan kuali. Masukkan butter dan cairkan guna api yang kecil ye. [ kang hangus butter]
4. Tumis bawang besar, bawang putih, daun kari dan cili api menggunakan BUTTER.
5. Tumis sehingga bawang nampak layu dan naik bau.
6. Masukkan susu cair dan gaul sehingga mendidih dan masukkan sedikit gula. [kalau suka rasa manis2, boleh tambah gula].
7. Ada dua pilihan nak kuah butter cair atau pekat. Me suka dia cair sikit sebab bila dah sejuk memang dia akan likat sendiri. Kalau masa kacau tu susu jadi pekat, boleh tuang air sikit untuk adjust kepekatan susu.
8. Bila susu cair dah mendidih, boleh masukkan ayam yang dah di goreng tadi. Gaul sebati dan biarkan dia sebati masak dengan susu cair tadi.
9. Siap. Settle.

**********************************************************************************

So far, bila dah tambah cili api, rasanya kena dengan tekak la. Tak muak sangat. Buttermilk chicken ni waktu panas dia cair. Bila dah sejuk, dia akan jadi pekat. Sorry gambar step masak tak sempat nak ambil. Selamat mencuba.

~until next post~

Saturday, February 20, 2016

Undur diri

Assalamualaikum.

Sampai sudah hari yang dinanti-nanti kan dari bulan lepas. Niat di hati nak cuti dan tenangkan dari masalah yang berlarutan selama lebih kurang 3 bulan lebih. Selepas percubaan kali kedua serah surat, barulah betul-betul diterima. Sangat lega dan tak ada lagi rasa risau terlampau.

Sehingga ke pengalaman kali ini, banyak mengajar diri dan belajar dari situasi yang lepas.  Antaranya :-

  • Tidak semua yang berpelajaran tinggi itu boleh berfikiran matang dan professional walaupun pekerjaan nya dalam bidang professional.
  • Tidak semua wanita / orang perempuan boleh menjadi ketua yang bersikap professional dan mampu membezakan antara kerja dan personal. Sebab orang perempuan senang dipengaruhi dengan emosi berbanding orang lelaki.
  • Terlalu baik dan percaya pada orang yang kita banyak tolong permudahkan urusan nya pun tak bermakna dia tidak akan "buat tahi" dengan kita.
  • Sabar dan rasional adalah perkara paling penting dan berharga bila situasi dan masalah ni terjadi.
  • Berfikiran rasional dan waras juga banyak mengajar diri ini sebelum berkata apa-apa.
  • Satu benda yang susah nak ajar diri sendiri ialah waktu benda jadi, kita tak dapat nak protect diri. Cuma yang boleh buat adalah "tadah" je apa yang orang buat pada diri ini tapi bila difikirkan semula lepas kejadian, baru terasa yang diri ini boleh lawan balik.
Nak tujukan kata-kata sikit:-

"terima kasih untuk pengalaman dalam dunia pekerjaan yang lepas. Bergembira lah kamu di atas kesusahan orang lain sementara kamu punya masa untuk gembira sebab hidup ini ibarat roda. Tidak sentiasanya kita di atas."

Saturday, January 30, 2016

Permulaan lewat 2016

Assalamualaikum.

Tajuk entry Permulaan tapi lewat. Pelik kan tapi itulah yang sebenarnya. Orang lain dah rasmi entry tahun 2016 masa awal bulan tapi kita ni dah nak habis Januari baru muncul. 

Permulaan tahun baru yang tak berapa baik. Masalah tahun lepas terheret masuk ke tahun baru. Masalah apa? Mestilah tak ada kena mengena dengan personal. Ini masalah pejabat. Once masalah ni berlaku, ia berlarutan dan tak ada solution pun. So, step terakhir dah pun di ambil. We wait and see. 

Dalam kepala sekarang dah ada macam-macam rancangan nak buat untuk bulan yang akan datang tapi yang penting, tak sabar nak cuti CNY ni. Huhu. Sekarang blog agak terabai sebab mood kelaut nak update blog.

Setiap hari sebenarnya jengok blog sendiri and blogwalking tapi tak mampu nak update blog sendiri. Baru hari ini mood memanggil-manggil nak update blog. Doakan me sentiasa kuat semangat untuk selesaikan apa jua perkara sekarang ni.

~until next post~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jana Pendapatan

Labels

kNOw abOUt Me

My photo
You Welcome to visit my blog. Have nice reading and enjoy it. :)