Nuffnang me~

Tuesday, June 2, 2015

Bead work collection

Assalamualaikum.

Nak selit beading work lagi. Maaf banyak2 la kalau tak minat pasal beading, boleh scroll laju2 eh. I have decided to combine beading work into 1 entry.

Paling latest selain dari beading dress tempoh hari ialah jahit manik untuk lengan jubah. Ianya jubah juga tapi di lengan sahaja. Kali ni customer memang under budget. Dia nak RM 30.00. So, I try to fix the design supaya boleh cukup dengan budget yang dia ada.

Untuk pertama kalinya guna labuci untuk job kali ni. Disebabkan tak pandai lagi guna labuci, so I just used the simple shape.


Seperti gambar diatas, bentuk daun tu adalah dari penggunaan labuci. Selain tu, nak nampak lagi meriah, I guna manik 2 cut dan pearl. Ni pun dah budget ciput, so memang hasilnya adalah unexpected. Masa permulaan nak start beading, lost betul. No idea at all. 

End up, bila dah seronok menjahit, husband tegur.. "sudah la tuh. orang tu punya budget sikit tapi syg jahit beria-ria. Rugi nanti". Start cik abg dah sound gitu, kita ni pun dah slow down la menjahit manik untuk baju tu. Hasil ni pun, kalau tak mampu tahan diri, memang dah terlebih jahit sebab leka sangat.

*********************************************************************************

Beading baju emak

Kali ni punya work agak seronok juga la. Sebab mak request manik kat baju dia dan mak tak kisah design apa pun. Janji cantik untuk pakai masa pergi jemputan kahwin. Penggunaan prada lace dipilih untuk baju ni.


 Hanya guna pearl sahaja tapi dalam pelbagai saiz iaitu dari 2mm, 4mm, dan 6mm. I combine color merah dan emerald green (agak gelap) ini. Selain tu, untuk naikkan seri baju supaya nampak blink2, I add up pearl color putih sekali. So, dalam gambar ni, nampak la efek blink2 tu sikit.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Baju kurung kedua


Yang ni pulak, beading pada baju kurung moden tapi jenis baju belah tepi. Just penggunaan lace biasa tapi jenis lembut. Disebabkan kain hitam, I guna lace putih dan tabur pearl yang colorful. Dalam gambar ni, tak berapa jelas sebab camera tak canggih time tu. 

*********************************************************************************

Veil Nikah 

Bead work ni adalah veil untuk akad nikah. Tema nikah adalah cream color. So, pemilihan veil pun warna cream yang menjadi pilihan. I choose Lace in gold untuk nampak  match dengan veil cream tu. Pearl color pun choose gold and lite cream.




Ini adalah gambar sewaktu majlis. Dapat la juga gambar setelah dipakai oleh pemakai. Kali ni pun just simple and nice. Dia tak nak heavy sangat.

Thank for reading. until next post. 

Wednesday, May 27, 2015

Beading Dress/Jubah

Assalamualaikum.

Kali ni kongsikan kerja beading tapi ni bukan yang latest la. Rasanya, awal tahun punya tempahan kot. Baru ni nak share sebab mood ni baru datang.

Dress ni dari kawan husband. Dia request jahit manik tapi suruh kita yang design kan. So, ni outcome nye:-

Pic 1: Close-up manik di bahagian pinggang dan lengan baju

Untuk kali ni punya tempahan, material yang digunakan ialah manik bulat - warna silver, lace bunga - warna oren, Pearl - combine color of lite orange, orange, & dark turqoise. Puas perah idea, ini la yang dapat di terapkan pada baju.

Pic 2 : Lace di potong. Cuma bentuk bunga yang digunakan untuk buat corak diatas


Pic 3 : Guna kaedah crumble dan tabur manik sikit

Dengan design diatas, total kos dan upah adalah RM 100.00.

~until next post~

Thursday, May 21, 2015

Psst..Jubah Murah

Assalamualaikum.

Gayakan Jubah Murah Sempena Raya

Pejam celik pejam celik, kejap je masa berlalu. Baru je rasanya puasa ramadhan tapi lagi beberapa minggu je lagi bulan ramadhan dah nak datang lagi. Lepas puasa sebulan, apa yang dinantikan oleh umat islam? Mestilah Hari Raya kan. Sekarang ni dan kebelakangan ni, tipulah kalau kata tak fikir baju raya kan. Rata-rata kalau tengah duduk berborak, dan terutamanya orang perempuan ni, mesti sibuk cakap pasal baju raya. Antaranya:-
"dah beli baju raya"

"kat mana nak beli baju raya"

kalau yang tempah... "tailor mana yang ambil tempahan jahit lagi?"

"baju raya apa yang tengah famous sekarang ni?"

Ha..tengok?? confirm lah dialog ni yang tengah hot topik sekarang. Persiapan raya ni adalah sesuatu yang sangat teruja dan seronok tapi persiapannya tak sama bagi sesetengah orang. Selain itu, ia bergantung pada pendapatan seseorang. Kalau yang berpendapatan tinggi, mesti dah tempah awal di butik-butik exclusive. Tapi tak semestinya kena pergi ke butik-butik exclusive je boleh dapat baju cantik dan ada 'class' bak kata orang. Tak perlu rasanya berbelanja besar dan sehingga berhabis duit untuk hanya sehelai baju. 

Macam mana cara untuk kita berbelanja dengan bijak dan dimana boleh kita dapatkan sepasang baju raya menawan? tapi tak perlu berhabis duit yang banyak?????

di ZALORA la..

Untuk yang tengah cari baju raya, terutamanya orang perempuan..jangan risau. Korang boleh dapatkan di ZALORA. Sebab apa? di ZALORA, korang masih mampu memiliki sepasang jubah murah online yang menawan dengan hanya membelanjakan wang sebanyak RM 100. Selain itu, korang juga berpeluang membeli-beli belah dengan bijak dengan proses pembelian yang cukup mudah. Sebelum kita cerita dengan lebih lagi pasal faedah lain bila berbelanja di Zalora, jom kita tengok koleksi jubah murah yang boleh kita dapatkan dan mampu milik di ZALORA.  



 Ok, pada yang penggemar fesyen tegar, yang sentiasa up-to-date dengan dunia fesyen ni, pastinya korang sedia maklum bahawa tema tahun ini adalah warna paster. Jadi, cepat2 grab dan milik sepasang jubah berona pastel yang lembut ini. Redup mata memandang.. cewah :D



Seperti tahun lepas, jubah color blocking masih digemari pada tahun ini dan korang boleh dapatkan lebih pilihan warna yang menarik di ZALORA. Buatkan rambang mata taw. 



Atau pun kalau yang ingin tampil lebih menyerlah di pagi Syawal nanti, boleh la pilih jubah dari aneka warna-warna yang terang macam Jubah2 kat atas ni. Sekali-sekala tampil daring apa salahnya kan? Bagi wanita, Jubah bukan sahaja untuk dipakai pada Hari Raya tapi boleh juga dipakai untuk apa jua majlis formal. 

Tak rugi pilih Jubah murah online dari ZALORA ni. Boleh dipakai ke mana-mana majlis pun. 

Oleh itu, untu lebih penjimatan, buat pembelian secara online di ZALORA dan nikmati perkhidmatan penghantaran secara percuma terus ke rumah anda serta pulangan percuma selama 30hari selepas tarikh pembelian anda.

Apa tunggu lagi???

Selamat membeli-belah di ZALORA. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jana Pendapatan

Labels

kNOw abOUt Me

My photo
You Welcome to visit my blog. Have nice reading and enjoy it. :)