Si malas. Ya, entry ni bukan nak cakap pasal sesiapa tapi pasal my cats yang antara ramai2 tu yang malas. Memang la kan, dah nama kucing mestilah dia tak buat apa2 kerja pun sebab dia bukan manusia. Cuba teka antara dua kucing kat atas tu, kucing mana yang di maksudkan???
@_@
Tehee.. manalah korang tau kan. Tak pe, meh sy bagi tau ea.. yang hitam tu lah. Dan nama dia pun memang 'Hitam' sebab warna bulu dia. Kucing yang putih tu, adik-beradik dia lah jugak. (Erk.. macam manusia la pulak bila kata adik-beradik.... :-D Huhu.. bia la. Ni blog sape sekarang?? Blog I kan.. suke ati la nak tulis pe..) Kucing putih tu special sikit sebab dia kucing albino. Dah nama albino kan.. Dia dapat layanan sikit special.
Okeh2.. bukan nak cite sal Putih tapi sal Hitam yang gumok dan malas. Kalau kat rumah, dia la yang paling my family geram sangat. Badan agak sehat dan gumok okay!!! Apa yang dia tau?? Dia tau bila lapar, dia makan. Bila dah kenyang, dia tidur. For your information, dia akan cari tempat tidur yang comfort dan best bagi dia. Antara tempat best Hitam ialah, atas katil, atas akuarium dan dalam almari.. sila baca balik.. katil, akuarium dan almari OKAY. Geram aje bila nak tidur je, dia sibuk sekali tidur kat katil.
Hitam segan nak tangkap gambar tu sebab dia pandang tepi.. ececeh.. tipu okeh.
Hitam, tolong jangan buat muka kesian eh.. Ni muka kesian dan muka chomel dia bila dia lapar.
Bila dia lapar, dia pandai datang kat orang dan gesek2 kan badan dia yang gebu dan sehat itu untuk mintak makan. Lepas tu, bila di letakkan kat luar rumah, dia tak nak duduk luar. Huh.. mengada-ngada Hitam neh. Dia asyik terperap dalam rumah macam kucing betina okeh... Tapi di paksakan jugak letak dia kat luar rumah. Bila dia tengah bermalas-malasan tu, angkat dia letak kat luar rumah.. then cepat2 tutup pintu dan tingkap tak bagi dia masuk. Lepas itu.. pandai dia, dia buat suara kesian kat luar tingkap sebab nak masuk. Haha.. padan muka.
Hehe.. saya suka bila dia buat suara kesian dia kat luar, nak mintak masuk duk dalam. ^_^
No comments:
Post a Comment
Keep ur beautiful word here :)