Lepas asyik fikir bila boleh buat short vacation.. akhirnya minggu lepas, selesai hajat. Pujuk, provoke, pancing cik abg nak pergi melancong. Barulah dapat short vacation. Destinasi yang dipilih ialah Desaru, Johor.
Kat sana kami menginap di Lotus Desaru Beach Resort. Dah booking bilik awal 3 minggu sebab orang kata resort tu memang kebiasaannya fully book. So, kami dapat 1 bedroom suit. For me, memang suka konsep bilik yang kami menginap tu sebab ianya lebih kurang macam apartment tapi bezanya tak ada bilik.
Di tingkat bawah ada ruangtamu - ia termasuk TV, kerusi dan meja kopi, microwave, petiais dan 1 tandas.
Ruang tamu - menghadap waterpark |
Tangga untuk ke tingkat atas |
Kemudahan lain |
Di tingkat atas ada ruang tidur (bukan bilik tidur) - ada katil king size, almari baju, meja solek dan bilik air. [Bilik air ada bathub, shower and tandas duduk la].
For hubby, dia kurang suka sebab susah nak tengok TV. Yela, katil kat tingkat atas. TV pula di ruangtamu tingkat bawah. Kena turun. Dia suka TV yang depan katil je...malas nak jalan. Bilik tu kami minta reserve untuk dapat depan waterpark tapi tak nampak sangat la waterpark nye. Cumanya dekat la nak pergi mandi kat waterpark. Antara pakej yang dapat masa booking :-
- Harga : RM 200.00/ per night
- Jenis bilik : 1 bedroom suite
- Sarapan : untuk 2 orang
- Waterpark entrence : untuk 2 orang dewasa [diberi wristband/ tag gelang]
Selain itu, resort ni memang menghadap pantai tapi bukan biliknya la. Kena berjalan sikit untukke pantai. Kat Lotus Desaru Beach Resort tu macam-macam kemudahan ada. Tak larat nak cerita kat sini. Boleh je google nama resort tu, then boleh tau dari sana. Dekat sana ada beberapa blok untuk bilik penginapan. Jadi, agak jauh untuk ke lobby atau pantai. Pihak resort dia ada sediakan shuttle untuk kemudahan pergi tempat2 kat dalam tu la. Dari pagi sampai malam taw shuttle tu gerak. No worries kalau malas nak jalan sikit.
Shuttle bus - move around the resort |
Masa di Lotus Desaru Beach Resort, kami sempat la pergi waktu petang tengok laut dan waktu pagi tengok matahari terbit. Pukul 7.15 pagi kat sana, hari dah siang betul. Masa pergi tengok matahari terbit tu ramai chinese je. Melayu cuma kami dan lewat2 lepas tu ada 1 family kecik, datang juga.
Lewat petang |
Matahari terbit |
Di kawasan depan pantai - Belakang tu coffee house |
Pemandangan sekitar blok dan parking |
Kami menginap untuk 2 hari 1 malam je. Lepas tu kami tidur di rumah sister-in-law. Kami sempat la pergi Pantai Desaru tapi sayangnya kena bayar parking RM 4.00. Mahal taw sebab tempat tu tak ada orang jaga. Maintainance is bad ok. Tapi walaupun mahal, view kat situ memang cantik. Sempat la ambil gambar.
Pantai Desaru |
Selain tu, sister-in-law bawak kami pusing-pusing sekitar Bandar Penawar, Pengerang, Desaru. Kami singgah Tanjung Balau. Kat situ ada jeti dan tempat nelayan tinggal bot disitu. Apa tah namanya. hehe. Tempat untuk visitor riadah pun ada tapi kena pergi sebelah pantai la, bukan kat jeti tuh.
Tanjung Balau |
Hari ahad agak petang sikit, kami berhenti di Batu Layar. Sana pun ada kawasan pantai tapi tak boleh mandi rasanya. Ombak sangat bahaya untuk budak2 la. Boleh ambil angin & jalan-jalan tepi pantai je.
Batu Layar |
Ok..sekian. Entry panjang selepas berminggu-minggu blog menyepi. Terima kasih~
No comments:
Post a Comment
Keep ur beautiful word here :)