Nuffnang me~

Thursday, December 27, 2012

HIV Test (borang nikah) -- √

Assalamualaikum.

Hehe.. lama betul tak update. Mula2 je semangat nak post everyweek. Untuk bulan ni satu perkara dah boleh tick.  My checklist sangat perlahan nak gerak. Kalau asyik pikir je memang tensen. Apa benda yang dah bole tick?


Ujian Saringan HIV.  

Benda ni adalah salah satu perkara penting untuk borang nikah nanti. Sebelum pegi wat Blood test, siap pegi interview org2 yang dah kawen or org2 yg on the way nak kawen..huhu.  Macam yang pernah blogwalking before ni, kalau blood test mesti kena buat appoinment dulu. Tapi for me, tak payah buat appoinment pun. Datang terus je, tunggu kejap, tak sampai sejam dah selesai. 

* Tips nye? pegi cari gov clinic yang tak ramai or bukan tumpuan orang.  Keluar seawal yang boleh untuk dapat turn awal. 

** Selain tu, test ni hanya sah 6 bulan sahaja dari tarikh di buat. 


I da set awal2 bulan ritu nak buat blood test ujung bulan ni. Alhamdulillah, done for blood test and the result is Negative.  


Flow buat Ujian darah tadi. (include masa dari rumah)

8.00 pgi:  Gerak dari rumah

8.15 pgi:  Sampai klinik. Pegi kaunter pendaftaran. Nurse bagi borang yang perlu di isi. Then, tunggu nurse panggil masuk cek.

(tunggu dalam 10 min gitu la. bukan tunggu sebab ada orang tp tunggu sebab nurse yang in-charge duduk kat bilik rawatan lain. Sabar aje la.. - _ - " )


8.20 / 8.30 pgi:  Nurse panggil masuk. Nurse brief sikit. Then, terus cucuh bendalah tuh kat jari. Terkejut sampai terangkat tangan..huhu. (tak la sakit sgt, just terkejut je. Bukan pakai jarum besar tu pun). Lepas tuh, Nurse suruh tunggu 10 - 15 min untuk tau result. 

8. 40 pgi/ lbih krg la:  Nurse panggil. Dia bagi tau result and cara nak tau result darah. Tu je.



Then, dah selesai satu benda penting. ^_^


~ Till next post ~



 

Monday, December 3, 2012

Pintu Gerbang - Bunga tisu

Hari sabtu lepas, me with my parent ada jemputan dekat Bagan Lalang, Selangor.  Jauh ke dalam tempat nye. Kalau sape yang pernah pegi hotel sri malaysia di Bagan Lalang mesti tau ada satu tempat latihan tapi tak ingat nama penuh nye. Kalau tak silap, ada tulis nama ' Camar Laut '.

Majlis belah lelaki. Simple saje majlis nye tapi deco majlis yang sy suke.  Majlis tu menggunakan barang asas dari crepe paper / bunga tisu untuk deco nya.  Jom tengok gambar di bawah.

Pix 1: gambar mak pengantin lelaki. Pintu gerbang yg kat belakang tu. Bunga2 nya dari Creep paper/ bunga tisu.


Senang je kalau buat sendiri macam bunga yang sy buat time E-day & tutorial  nya pun ada dalam post yang lepas. 

Pix 2: Crepe paper di gunakan untuk buat bunga2 yang besar tuh. Simple right?


Kalau kita sewa kat kedai dia caj mahal taw tapi sebenarnya modal nya tak la banyak sangat.  Cuma perlu kerajinan ye.. hehe. Senang je nak tau cara buat. Just google pasal bunga tisu, mesti ada je orang buat. 

AND

Ada lagi satu benda yang memang tertarik hati lah bila tengok tapi bila pikir nak DIY, terus blank.. huhu.  Sebabnya; tatau cara dan tak jumpa link nak DIY.  Apa yang di maksudkan? jeng3...

l
l
l
l
l
v










menarik kan bunga manggar dia. dan pengantin pun cantik. 

tema majlis ni mungkin oren & peach la kot. Tak berapa pasti.


Till next post~ 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jana Pendapatan

Labels

kNOw abOUt Me

My photo
You Welcome to visit my blog. Have nice reading and enjoy it. :)