Nuffnang me~

Friday, September 18, 2015

Problem login Nuffnang

Assalamualaikum.

Da dekat few weeks tak boleh buka website Nuffnang. Da cuba dekat dua PC untuk login tapi still error jugak. Bila taip Nuffnang atau login Nuffnang, mesti keluar macam gambar yang di bawah ni.


Ada siapa-siapa yang tahu macam mana nak solve problem ni? Ralatnya bila tak boleh buka. Bukan kata nak login tak dapat tapi nak tengok website Nuffnang pun susah. Tolong.. tolong..


Tuesday, September 8, 2015

Mungkin peringatan diri

Assalamualaikum.

Blog yang terabai seketika sebab terasa kehidupan kerja yang messy buat masa sekarang. Nak share pengalaman sikit tapi mungkin lebih kepada reminder untuk diri sendiri.

Ada lah dalam 2 minggu lepas, pergi interview kat 1 syarikat ni. Datang sana memang dah siap nak interview. Sekali bila sampai staf kat sana kata kena isi borang je dulu. Lepas tu, isi la borang yang 2 mukasurat tu. Jenuh la nak isi satu2 particular dalam borang tu. Bila dah siap, staf tu ambil borang tadi. Eh, tak sempat nak keluar, dia suruh pergi jumpa bos dia.

Dekat situ jugak jumpa bos syarikat tu. Sebelum itu, staffnya pesan yang bos dia seorang muslim (tapi Encik tu bangsa cina). Nanti bagi salam masa jumpa bos. Ok lah. Buat la macam biasa. Datang jumpa, bagi salam pada Interviewer tu. Tapi cara temuduga masa tu, sangat berbeza dari temuduga yang pernah attend sebelum ni.

Interviewer tu tak tanya soalan berkaitan kerja pun. Dari situ memang dah agak, tak rezeki dekat syarikat tu tapi soalan-soalan yang interviewer tu tanyakan memang diluar jangkaan. Sampai hari ini masih ingat tapi tak secara detail la. Soalan nya apa?

1. Macam mana nak berjaya?
2. apakah 3 perkara yang tak boleh buat kalau nak berjaya? dan kalau kita buat, itu semua salah diri sendiri.
3. Kalau dapat sesuatu, kita kena ucap atau cakap apa?

Jawapan dari hamba Allah / interviewer tu.

1. Kena dapatkan keredhaan Allah. Bila kita dapat keredhaan Allah, insya Allah semua yang kita buat berjaya. Selepas tu, kena lah di iringi dengan usaha dan lain2. Setiap dari kita pasti terkadang lupa akan keredhaan dari Allah dalam hidupnya.

2. Perkara yang tak boleh buat :
    - Tak boleh marah
    - Tak boleh komplen
    - Tak boleh tanya.

3. Kena ucap 'syukur alhamdulillah kepada Allah'.

Selain dari soalan-soalan tu, Interviewer tu sempat la tinggal kan pesan:~

" Kalau kita nak sesuatu, kita bagi apa yang kita nak tu dulu"

Bila difikirkan balik pesan yang 1 ni, mungkin penekanan nye pada ibadah sedekah. Tapi tak tahu la kalau ada maksud tersirat yang lain.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jana Pendapatan

Labels

kNOw abOUt Me

My photo
You Welcome to visit my blog. Have nice reading and enjoy it. :)