Nuffnang me~

Friday, July 31, 2015

Idea susun & deco : Rak Besi Stor

Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya. Entry untuk hari raya tak ada sebab dah kelaut mood nye. Lagi pun dah tak berapa nak raya dah ni. So, dah decide nak buat 1 label post untuk "Idea susun & deco" untuk blog ni. Sebab dah terpanggil-panggil rasanya nak share pasal susun atur rumah dan deco. Tapi ikut mood la. Sekarang ni sejak dah duduk sebumbung dengan husband (dulu PJJ), asyik la nak beli barang kelengkapan rumah. Kalau dulu sebelum kahwin, paling berangan pun pasal barang diri sendiri je.

Betul lah orang kata, bila dah kahwin ni mesti asyik pikir pinggang mangkuk, segala periuk belanga, perabot... semua nak beli tapi buat masa sekarang tengah berangan and kumpul duit je dulu. Rasanya dah dekat 2 ke 3 bulan duk terbayang dengan rak besi bertingkat ni.

Sebabnya dekat rumah sewa sekarang, bilik kedua dah jadi stor. Bilik depan je yang guna. Bila lalu je bilik kedua, memang la rasa serabut je. Alang-alang bos outstation hari ni, kita mengular update blog kejap. Dah rasa gian aje ni bila tengok rak besi tu.

Selain tu, rak besi biasanya DIY atau boleh pasang sendiri dan adjust ruang ketinggian setiap tingkat. Tu yang rasa kalau ada benda ni, memang sangat praktikal.

Ni ada beberapa gambar yang jumpa di beberapa sumber.

1) Untuk gambar pertama ni, jumpa masa google rak besi stor. Kedainya di Lembah Klang. Owner nye cuma buat penghantaran sekitar klang je. Boleh search FB [nama di link gambar]. Perkhidmatan pos tak ada buat. Hampa..... baru ingat nak usha2 situ. Kalau nak pergi sana, jauh plak dari Muar ni.

*tapi service kedai ni tak tahu bagus atau tidak sebab cuma jumpa secara random je. 

Sumber : Rak besi - boltless tahan lasak (FB)


2) Gambar yang ke-2 ni di Page Impiana Kraf. [boleh klik di link pada gambar]. Kat situ, dia ada post pasal do & dont untuk susun atur stor. Memang membantu juga sebab setengah orang kadang main sumbat je semua benda dalam stor tanpa tau apa yang do & dont's.

Sumber : Impiana Kraf

3. Gambar yang ketiga ni di pinjam sebab rak tu nampak cantik. Warna putih kan. Nama lembut je.

Sumber : Blog : Mas Zie

Gambar-gambar yang seterusnya ni semua dari google dari idea dan macam mana nak beli rak ni. Aduihai...nak ada jugak kat rumah. Sedap sikit mata memandang bila masuk bilik. Tak la rasa macam masuk bilik terbiar. Kang ada penghuni lain pulak.

Sumber : Google

Sumber : Google

Sumber : Google


Sumber : Google
Ada sesiapa yang nak sponsor rak ni? krik...krik...krik. Sponsor la sangat kan. 1 rak je dah dekat RM 100 lebih. Siapa yang ada info mana nak beli rak ni area Muar, jOhor? atau online shop yang senang nak order, boleh la tinggalkan di komen or emel. saggi_snow@yahoo.com.my.

~until next post~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jana Pendapatan

Labels

kNOw abOUt Me

My photo
You Welcome to visit my blog. Have nice reading and enjoy it. :)