Nuffnang me~

Sunday, June 30, 2013

Oreo Cheesecake (no bake/ tanpa bakar)

Assalamualaikum. Just want to share some baking activity.  Baru je siap satu Oreo Cheesecake tanpa bakar. Ini sume gara2 teringin yang amat, tak dapat pegi secret recepi, jadi nya kite buat sendiri lah ye.. :)


**resepi kek ni tidak secara khusus di ambil dari mane2 resepi tapi banyak buat pembacaan dan pilih mana yang elok. 

BAHAN-BAHAN

Base cake/ lapisan bawah kek

- 250 gm biskut oreo (krim di asingkan)
- 100 gm butter ( di cairkan )

Cheese filling

- 500 gm cream cheese
- 100 gm Gula halus
- 1 sudu besar serbuk Gelatin 
- 300 ml whipping cream
- beberapa keping biskut oreO ( untuk hiasan)
- krim biskut oreo (yg telah di asingkan)
- perahan jus lemon

CARA-CARA

Base cake



1. Hancurkan / blend biskut oreo & gaulkan dengan butter yang telah di cairkan.
2. Tuangkan ke dalam loyang kek & mampatkan nya. Kemudian, simpan di dalam peti ais sementara dalam persediaan untuk lapisan cheese.


Cheese filling




1. Dalam bekas lain, pukul cream cheese bersama gula halus sehingga sebati dan putih gebu. kemudian, ketepikan.

2. Pukul whipping cream. (dalam kelajuan sederhana sehingga kental atau menjadi soft peak).

3. Bancuhkan serbuk gelatin bersama dengan air panas. Kacau sehingga larut. Jangan terlalu cair.

4. Dalam adunan cream cheese tadi, masuk kan whipping cream, larutan gelatin dan perahan jus lemon ( suku cawan). Kacau sehingga sebati, pakai senduk pun boleh.


5. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah di mampat kan biskut tadi. Sambil tu boleh hias kan biskut oreo mengikut kreativiti anda.

6. Last step. Simpan di dalam peti ais selama 6 jam atau semalam.




** dah cuba resepi ni beberapa kali & ingat nak improve sikit. Ada sape2 tau macam mana nak bagi kek tu tak mudah lembut bila dalam suhu bilik? 


~ until next post~

17 comments:

  1. yay!!! nanti boleh la try.... so simple....

    ReplyDelete
    Replies
    1. zua: sila2.. try la. sng je. kalau x smpt p secret recipe..wat je kt umah.. hee..:)

      Delete
  2. Tumpang tanya, dekat bahan2 tulis perahan jus lemon. Dekat cara2 tulis perahan air limau. Mana satu yang betul?

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh.. yeke.. yang betul nye, guna perahan jus lemon. supaya de bau wangi...:)

      Delete
  3. cantik yang u buat ni... memang sgt berseni. hehe. jahit kemas, baked kemas. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @NinaAz: kreatif tuk semua. bila minat, sumee nye jadi.. stuju x? =D

      Delete
  4. salam, nk tanya kalau whipping cream tu tukar ngan susu segar boleh ke?

    ReplyDelete
  5. @misssyarifah: sy x pasti tp whipping cream to bole tuka dgn double cream sbb nak bg rase b'lemak & pekat. ;)

    ReplyDelete
  6. Kak, nk tnye.. Krim oreo yg telah d asingkn tu bile nk gune sbb akak letak dia sebagai salah satu bahan fillinh..

    ReplyDelete
  7. @Abang Zulfadhly: Krim oreo tu boleh di masukkan sekali time buat cheese filing. untuk tambah rasa manis nye.

    ReplyDelete
  8. Nak sejuk kan tuh letak dlm peti ais bahagian atas ke atas atau bawah ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nurZell: boleh letak bhg bawah. xpenah lg try letak atas. :)

      Delete
  9. Salam.. Hye.
    Nak tanya. Macam mana nak keluarkan cheese cake dari loyang tu ? Nampak sis punya lawa je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam. sy guna loyang springform. Cuba google cari "loyang spring form". Loyang boleh tanggal. Tips nye, guna pisau before keluarkan kek, guna pisau yang celup dgn air pnas, di lalukan di tepi kek supaya renggang sedikit dari loyang.

      Delete
  10. Ouh sdpnyer!!

    ReplyDelete
  11. Nk try lh

    ReplyDelete
  12. Nak tanya, perahan jus lemon tu untuk bagi Bau wangi je kan? If i tak letak boleh ke?

    ReplyDelete

Keep ur beautiful word here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jana Pendapatan

Labels

kNOw abOUt Me

My photo
You Welcome to visit my blog. Have nice reading and enjoy it. :)