Selamat Hari Raya. Entry untuk hari raya tak ada sebab dah kelaut mood nye. Lagi pun dah tak berapa nak raya dah ni. So, dah decide nak buat 1 label post untuk "Idea susun & deco" untuk blog ni. Sebab dah terpanggil-panggil rasanya nak share pasal susun atur rumah dan deco. Tapi ikut mood la. Sekarang ni sejak dah duduk sebumbung dengan husband (dulu PJJ), asyik la nak beli barang kelengkapan rumah. Kalau dulu sebelum kahwin, paling berangan pun pasal barang diri sendiri je.
Betul lah orang kata, bila dah kahwin ni mesti asyik pikir pinggang mangkuk, segala periuk belanga, perabot... semua nak beli tapi buat masa sekarang tengah berangan and kumpul duit je dulu. Rasanya dah dekat 2 ke 3 bulan duk terbayang dengan rak besi bertingkat ni.
Sebabnya dekat rumah sewa sekarang, bilik kedua dah jadi stor. Bilik depan je yang guna. Bila lalu je bilik kedua, memang la rasa serabut je. Alang-alang bos outstation hari ni, kita mengular update blog kejap. Dah rasa gian aje ni bila tengok rak besi tu.
Selain tu, rak besi biasanya DIY atau boleh pasang sendiri dan adjust ruang ketinggian setiap tingkat. Tu yang rasa kalau ada benda ni, memang sangat praktikal.
Ni ada beberapa gambar yang jumpa di beberapa sumber.
1) Untuk gambar pertama ni, jumpa masa google rak besi stor. Kedainya di Lembah Klang. Owner nye cuma buat penghantaran sekitar klang je. Boleh search FB [nama di link gambar]. Perkhidmatan pos tak ada buat. Hampa..... baru ingat nak usha2 situ. Kalau nak pergi sana, jauh plak dari Muar ni.
*tapi service kedai ni tak tahu bagus atau tidak sebab cuma jumpa secara random je.
Sumber : Rak besi - boltless tahan lasak (FB) |
Sumber : Impiana Kraf |
3. Gambar yang ketiga ni di pinjam sebab rak tu nampak cantik. Warna putih kan. Nama lembut je.
Sumber : Blog : Mas Zie |
Gambar-gambar yang seterusnya ni semua dari google dari idea dan macam mana nak beli rak ni. Aduihai...nak ada jugak kat rumah. Sedap sikit mata memandang bila masuk bilik. Tak la rasa macam masuk bilik terbiar. Kang ada penghuni lain pulak.
Sumber : Google |
Sumber : Google |
Sumber : Google |
Sumber : Google |
~until next post~
Ada dijual di kedai hardware.. bandar muar byk. Kedai nikorex pun ada..
ReplyDeleteKedai nikorex kat mana ye?
Delete