Nuffnang me~

Saturday, February 20, 2016

Undur diri

Assalamualaikum.

Sampai sudah hari yang dinanti-nanti kan dari bulan lepas. Niat di hati nak cuti dan tenangkan dari masalah yang berlarutan selama lebih kurang 3 bulan lebih. Selepas percubaan kali kedua serah surat, barulah betul-betul diterima. Sangat lega dan tak ada lagi rasa risau terlampau.

Sehingga ke pengalaman kali ini, banyak mengajar diri dan belajar dari situasi yang lepas.  Antaranya :-

  • Tidak semua yang berpelajaran tinggi itu boleh berfikiran matang dan professional walaupun pekerjaan nya dalam bidang professional.
  • Tidak semua wanita / orang perempuan boleh menjadi ketua yang bersikap professional dan mampu membezakan antara kerja dan personal. Sebab orang perempuan senang dipengaruhi dengan emosi berbanding orang lelaki.
  • Terlalu baik dan percaya pada orang yang kita banyak tolong permudahkan urusan nya pun tak bermakna dia tidak akan "buat tahi" dengan kita.
  • Sabar dan rasional adalah perkara paling penting dan berharga bila situasi dan masalah ni terjadi.
  • Berfikiran rasional dan waras juga banyak mengajar diri ini sebelum berkata apa-apa.
  • Satu benda yang susah nak ajar diri sendiri ialah waktu benda jadi, kita tak dapat nak protect diri. Cuma yang boleh buat adalah "tadah" je apa yang orang buat pada diri ini tapi bila difikirkan semula lepas kejadian, baru terasa yang diri ini boleh lawan balik.
Nak tujukan kata-kata sikit:-

"terima kasih untuk pengalaman dalam dunia pekerjaan yang lepas. Bergembira lah kamu di atas kesusahan orang lain sementara kamu punya masa untuk gembira sebab hidup ini ibarat roda. Tidak sentiasanya kita di atas."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jana Pendapatan

Labels

kNOw abOUt Me

My photo
You Welcome to visit my blog. Have nice reading and enjoy it. :)