Nuffnang me~

Sunday, June 30, 2013

Oreo Cheesecake (no bake/ tanpa bakar)

Assalamualaikum. Just want to share some baking activity.  Baru je siap satu Oreo Cheesecake tanpa bakar. Ini sume gara2 teringin yang amat, tak dapat pegi secret recepi, jadi nya kite buat sendiri lah ye.. :)


**resepi kek ni tidak secara khusus di ambil dari mane2 resepi tapi banyak buat pembacaan dan pilih mana yang elok. 

BAHAN-BAHAN

Base cake/ lapisan bawah kek

- 250 gm biskut oreo (krim di asingkan)
- 100 gm butter ( di cairkan )

Cheese filling

- 500 gm cream cheese
- 100 gm Gula halus
- 1 sudu besar serbuk Gelatin 
- 300 ml whipping cream
- beberapa keping biskut oreO ( untuk hiasan)
- krim biskut oreo (yg telah di asingkan)
- perahan jus lemon

CARA-CARA

Base cake



1. Hancurkan / blend biskut oreo & gaulkan dengan butter yang telah di cairkan.
2. Tuangkan ke dalam loyang kek & mampatkan nya. Kemudian, simpan di dalam peti ais sementara dalam persediaan untuk lapisan cheese.


Cheese filling




1. Dalam bekas lain, pukul cream cheese bersama gula halus sehingga sebati dan putih gebu. kemudian, ketepikan.

2. Pukul whipping cream. (dalam kelajuan sederhana sehingga kental atau menjadi soft peak).

3. Bancuhkan serbuk gelatin bersama dengan air panas. Kacau sehingga larut. Jangan terlalu cair.

4. Dalam adunan cream cheese tadi, masuk kan whipping cream, larutan gelatin dan perahan jus lemon ( suku cawan). Kacau sehingga sebati, pakai senduk pun boleh.


5. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah di mampat kan biskut tadi. Sambil tu boleh hias kan biskut oreo mengikut kreativiti anda.

6. Last step. Simpan di dalam peti ais selama 6 jam atau semalam.




** dah cuba resepi ni beberapa kali & ingat nak improve sikit. Ada sape2 tau macam mana nak bagi kek tu tak mudah lembut bila dalam suhu bilik? 


~ until next post~

Wednesday, June 26, 2013

Pemergian dan Kehilangan

al-fatihah

Sudah masuk seminggu lebih pemergian ibu mertua dan kehilangannya sangat di rasai terutama sekali bagi keluarga hubby. Pemergiannya pada hari jumaat yang mulia.

Terasa seperti mimpi bila dapat tau berita pemergiannya. Waktu dapat tengok jenazah pun masih rasa macam mimpi. Macam semua ni mimpi, yang bila bangun dari sedar, semua ni tak berlaku. Sehingga ke hari ini, cuba untuk terima hakikat sebenar.

Masih teringat gelagat arwah MIL, cara bercakap, pesan2 nye. Semuanye berlaku terlalu cepat, tanpa di sangka.

Ya. Jodoh, rezeki, ajal adalah semuanya di tangan Allah s.w.t.  Hanya Dia sahaja yang mengetahui apa yang akan berlaku.

Semoga hubby kuat semangat.

~till next post~

Friday, June 7, 2013

Kain felt & rose











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jana Pendapatan

Labels

kNOw abOUt Me

My photo
You Welcome to visit my blog. Have nice reading and enjoy it. :)