Nuffnang me~

Monday, November 3, 2014

Dapat souvenir

Assalamualaikum.

Bulan November dah sampai. Kejap je dah hujung taun. Macam baru je tukar kerja dan pindah tinggal dengan hubby. fuuhhh.. Long way to go actually. Banyak benda nak kejar dan kumpul dan dalam wishlist.

Bulan lepas ke bulan2 yang lepas, lupa dah. Pernah blogwalking dekat blog Mila. Dia ada buat entry pasal baru balik dari melancong. Katanya nak bagi hadiah pada siapa yang tinggalkan komen menarik dan sesuai. Hadiahnya ialah barang2 souvenir yang dibeli ketika melancong.

Dah lama giler tinggalkan post tu sebab masa tu cuba nasib je. Bila singgah blog jiran, Puan Mah, tengok jiran pun antara yang bertuah. Cuba tengok balik blog sis Mila, rupanya me also lucky for that post. Hehe.

Terima kasih sis Mila. Saya baru dapat souvenir tu minggu lepas..suka sangat. Meh nak share sikit apa yang kita dapat. :)


Kepada B2B luar sana yang tengah nak design pelamin, ada pelamin idaman sendiri.. haa.. bole la cari blog sis Mila.

~until next post~

Monday, October 20, 2014

Buat screenshot dengan Samsung Galaxy Tab 2 (7.0) [updated version]

Assalamualaikum.

Setelah sekian lama jeles tengok orang buat screenshot dekat FB, baru semalam berjaya buat guna hp sendiri punye. Bayangkan dia punye jeles nye sampai tak boleh fikir benda lain. Akhirnya jumpa jugak caranya. Ni semua gara-gara bila Tab 2 (samsung) tu berubah setting and appearance lepas software di update.

Ianya berlaku bila software device update kepada version 4.1.2. Bukan nak update tapi hp update secara automatik. Lepas je kejadian tuh, terus off setting untuk automatik update.

Kelmarin, dah tak tahan sangat dia punye curious nak tau, pegi la google. Mula2 banyak bahasa Indo je. Sedih, semua merepek je. Last2 jumpa ada orang comment dekat FB.

Ok, selalunya dekat tab, bahagian bawah, sebelah kiri, ada button untuk screenshot tapi lepas update, button tuh hilang dan dari saat and moment terkilan tuh la, jenuh godek hp sendiri. Lepas berbulan-bulan, baru sekarang berjaya. Meh nak share caranya dan tutorial ni dapat dari blog richard-kho.

Cara-cara:

1. Teliti Tab anda. Terdapat 2 button di sebelah kanan iaitu button 'Power' dan ' volume atas (+) & volume bawah (-).

2. Tekan button 'power' dan 'volume bawah (-) secara serentak dan jangan lepaskan (untuk beberapa saat)

3. Akan terdengar bunyi seakan bunyi flash & kerdipan layar. Lepaskan button.

4. Siap. Gambar screenshot akan di simpan didalam folder gambar.


**kedudukan button "power" dan "volume" bergantung pada version tablet yang digunakan. 


Thursday, September 18, 2014

RWG Ice Age Adventure

Just say the word of Ice Age cartoon, kids nowadays will love this character of cartoon. Not only kids but an adult also love to watch this cartoon because its a relax and fun story. Those who fan of Ice Age Adventure, should click and view this link to know more about what is RWG Ice Age Adventure. 

This event will held at Genting International Convention Centre from date of 1/9/2014 till 26/10/2014.

There are 3 main activities or slot that they provide to those who coming to the event. So, don't wait for more, click the link for more details.

click the pict


click the pict

# Nuffnang advertorial

Tuesday, September 2, 2014

HP PC Demand Gen Digital

Hye readers. Thank for your visit.

Seperti semua tahu, komputer dari jenama HP adalah salah satu top brand dalam dunia IT.  Kebanyakkan pengguna juga memilih HP sebagai 1 produk untuk keperluan perniagaan atau kegunaaan di rumah. 


Bagi yang berminat boleh klik HP wording di atas. Boleh mengetahui maklumat lanjut mengenai HP PC ini tapi di sini akan diterangkan serba sedikit yang menarik dengan produk HP. Antara promosi yang menarik minat sebagai seorang pengguna ialah 1 notebook PC yang harganya sangat berpatutan. Selain itu, rekaannya menarik dan ringan. (klik gambar untuk maklumat lanjut)



HP notebook juga datang dalam pelbagai warna, dimana ia memang mempengaruhi pengguna untuk memiliki salah sebuah produk dari HP. 




Selain itu, HP PC juga mempunyai 'online store' dimana pengguna boleh membeli secara online di website HP. 




Menarik? boleh layari website HP PC Malaysia bagi pembaca yang dari Malaysia.

#Nuffnang advetorial. Brought for HP PC




Saturday, August 30, 2014

Cara nak remove spam di blogger reading list

Assalamualaikum.

Hari ini lega dah rasa bila buka dashboard blogger, tak ada lagi dah spamming kat blogger reading list. Kalau tak, asyik keluar je kat reading list. Sebab apa, dulu ada follow 1 blog, tapi sekarang blogger tu dah tukar link ke website, means belakang link dah guna " .com " , bila link blog dah tak guna, ada sorang blogger dari indo ni spamming link tuh untuk blog dia. Kebanyakkan entry dia memang merepek je. Bila blogwalking hari ini, jumpa dah solution for that problem. really helping for that thing.

Mana2 blogger yang hadapi masalah yang sama juga, boleh click sini. Insya Allah settle problem. Mintak ampun la sebab entry nye ringkas. Mood nak menaip hari ini, tak sampai. Lost kat rumah agaknya. hehe..

~until next post~

Wednesday, August 27, 2014

Resepi : churros a.k.a Kuih Belimbing

Assalamualaikum.

Hari ini kite main masak2 jap ea. Nak share 1 resepi ni. Semalam ada kawan share kat FB. Dia buat kuih ni. Perghh... tergoda i. Kuih ni ada 2 nama rupa nya. Sebab kalau oversea nye version, dia di panggil Churros. Tapi kalau sini di panggil kuih belimbing. 

RESEPI : Churros a.k.a. Kuih Belimbing. 

* sila rujuk gambar dan baca 'cara-cara' masak mengikut nombor pada gambar ye. 



BAHAN2

~ 1 cawan tepung gandum
~ 1 cawan air
~ 1 sudu besar butter/ majerin
~ 1 sudu besar gula
~ 1 biji telur (gred A)
~ esen vanilla

CARA2

1. Didihkan air, gula, butter dan esen vanilla. Kacau sehingga larut. Sementara tu, boleh pukul telur sekejap (asingkan). 

2. Tutup api dan masukkan tepung gandum. Kacau dengan cepat sehingga sebati. 

3. Hasilnya, adunan akan jadi doh lembut. 

4 & 5. Doh tadi dimasukkan telur dan kacau dengan cepat2 supaya jadi sebati. 

6. Pada awal selepas dimasukkan telur, akan jadi pecah, lama kelamaan, akan jadi doh semula tapi jadi melekit. (seperti di dalam gambar diatas). 

7. Panaskan minyak. Masukkan adunan tadi dalam piping beg (nozel bentuk apa2 pun boleh). Bila api dah panas, piping kan ia ke dalam kuali. Anggaran saiz panjang; 4 - 5 cm. Goreng sehingga menjadi warna keperangan. 

8. Bila dah tukar warna keperangan, boleh diangkat dan ditaburkan dengan gula. Siap. 

# optional lain, boleh juga dimakan bersama coklat cair. 

Saturday, August 23, 2014

Ikea Ogos promo ~ one day last

Assalamualaikum. Hurry up.

Ikea ada buat sales promotion Mula dari 7 Ogos 2014 tapi promotion cuma sampai 24 Ogos 2014. Esok hari terakhir taw. Terdapat beberapa item terpilih untuk Ogos promotion ni. Antaranya : 






Don't wait for more. Nanti tak sempat nak grab barangan favourite pulak. 

# Nuffnang advertorial

~until next post~

Monday, August 4, 2014

Topup U Mobile je, boleh redeem Meal

Assalamualaikum. 

While stock last. (refer and click to bellow image)


Ha.. nampak tak gambar paling besar dalam post ni? Betul la. Gambar UMobile topup tu. Last topup U Mobile punya ialah last month dan ingat lagi time tu bila topup RM30, dapat sebotol air Revive Isotonic. 

Ingatkan dah expired untuk promotion tu, rupanya sampai 31 Ogos 2014. Masih valid lagi la. Semalam pegi topup dekat kedai 7-Eleven di area rumah, dapat lagi redeem Revive Isotonic. Suka2. Tapi kalu topup U Mobile dengan nilai RM 50, boleh redeem 2 barang iaitu Revive isotonic untuk 1 botol dan 1 cawan Mamee Express perisa Kari lagi taw. 

Tapi semalam dapat resit topup je. Tak dapat yang jenis kad tu. Tapi boleh je untuk tambah nilai. 





Menarik kan?

Jangan tunggu lagi. Bulan ni je last. Lepas tuh promotion dah expired. 


Thursday, July 24, 2014

Rakuten tu apa?

Assalamualaikum. Orang sibuk post pasal excited nak raya kan, tapi kite nak cite mende lain.

RAKUTEN?? apa tu?

Ha...perkara yang pertama muncul kat otak, apa mende alah ni? Tetiba dapat CPUV dari Nuffnang yang namanya naik ialah Rakuten. Rupanye.. Rakuten tu online shopping website. Nampak menarik bila dah view website dia. Tapi Rakuten ni rasanya produk Jepun. Tapi untuk Malaysia ada website nye sendiri. Kang pegi bukak website dia, keluar tulisan Jepun, apa pun tak paham kan.

Meh, kite tunjuk sikit gambar nye. Kalau nak tau details, boleh click wording Rakuten dibawah / click gambar tuh. Mana tau kan berminat nak beli or shopping raya. Maklumlah sekarang kan trend orang shopping online.




Thank you Nuffnang for the CPUV campaign. 

#nuffnang advetorial

Wednesday, July 23, 2014

Sticky Post : Lace Veil [for sale] Harga runding sampai jadi

Assalamualaikum readers.

Kawan2 or Bride-to-be tengah cari veil yang sesuai? Mungkin entry ni membantu u guys. Kali ini ada 1 veil yang siap untuk di jual.

Me nak jual dengan harga yang affordable saja. Mana bakal pengantin yang berminat, boleh la tinggalkan komen or emel ye....;D.

Ia sesuai untuk digayakan di majlis Pertunangan/Persandingan.

Details veil:

> Warna : Deeper Peach
> Jenis kain : Chiffon veil
> Aksesori digunakan : Cream lace, Pearl dan Sew-on-stone

Selain itu, jika anda ingin order untuk jahit veil pun diterima. Warna lace dan manik/pearl boleh request.


Berminat? Boleh tinggalkan komen anda atau e-mel kepada saggi_snow@yahoo.com.my 
untuk sebarang pertanyaan.










Tuesday, July 8, 2014

Tutorial : untuk buat Comment Approval

Assalamualaikum.

Hari ni nak share 1 tutorial pasal Comment Approval.

Pernah tak terjadi bila ada comment yang terlepas pandang and then dah lamaaaaaaa, baru perasan ada orang comment kat 1 post tuh? 

selain tuh, mesti pernah dapat comment yang merepek dari anonymous kan? I means tak semua la yang merepek. Contoh macam orang spamming ke kan. Then, tak nak comment merepek tu view dekat entry tuh. 

Semua ni ada solution nya. Caranya ialah blogger boleh buat comment approval / "awaiting moderation" comment. Kenapa tetiba nak post pasal ni? sebab kadang2 problem kat tu la berlaku (agak skema kat situ). Jadi, bila dah try "Comment Approval" ni, lagi efficient la. 

Cara2 nya :-

1. Login / Sign in > Dashboard > Setting (macam dalam gambar di bawah)



2. Bila dah klik setting, boleh klik post and comment. Then it will appear the content. 



3. Lepas tuh, klik pada button "comment moderation" . Then klik "always" box (seperti di anak panah)


4. Lastly, jangan lupa klik save setting. Ada pada sebelah kanan atas. Kalau tak klik save, nanti tak jadi. 

5. Bila dah siap ikut semua step, next time kalau ada orang comment, it will appear like pict above, then click the "comment awaiting moderation":



6. Lepas tu, tick box pada comment yang nak di approve tu, then, click publish.After that, the comment will appear as you wish.


















thank you.

~ until next post ~

Friday, June 27, 2014

IKEA ~ Jun 2014 Sale

Assalamualaikum to readers.

Dalam seminggu dua ni, asyik terfikir macam mana nak bagi dapur lagi teratur sebab kawasan dapur kecik je. Duk blogwalking (BW) blog orang. Baca pasal deco dan susun atur rumah. Macam2 la jumpa, memang menarik dan praktikal untuk apply kat rumah sendiri.

Tengah pikir site mana lagi boleh jadi rujukan untuk susun atur rumah, tiba-tiba ingat dekat IKEA. Ha...kite tau ada readers yang baca ni, mesti suka barang dari IKEA juga kan. Macam sya, memang teringin sangat nak pergi IKEA. Boleh borong semua kelengkapan rumah.





Sales dari 28 Jun 2014 hingga 6 Julai 2014

Kalau IKEA fans, jangan duk tenung logo IKEA tuh je, click then you will surprise with the offer. Kalau ikutkan memang macam2 barang yang menarik tapi ada beberapa yang menarik minat sendiri dengan barang2 dari IKEA.  Antaranya:-













 Menarik kan? Gambar2 yang sya post ni semua nye ada dalam IKEA Jun Sale. TAPI sale ni dari 28 Jun 2014 hingga 6 Julai 2014 sahaje taw.


* Advertorial for IKEA

Wednesday, June 25, 2014

Tempting Kek Batik Marie

Assalamualaikum readers.

< sapu2 sawang sikit kot blog sambil menguap yg entah kali ke berapa >

whuaaaaaaa T_T pagi yang ngantuk. sejuk hari ini. Tah kenapa la ngatuk bonar. Memandangkan bos belum masuk. Kite senyap update blog untuk remove kan sleepy eye ni. Last la punye cite, terliur tengok blog cik fadh pasal dia buat kek batik & cheesekut tuh. Terus rasa macam..aih, tak boleh jadi ni. Dah la baca entry cik fadh time puasa ganti, memang tergugat nafsu makan..kekeke.

meh tepek gambar kek batik belum potong dan dah potong.





Wokeh.. Ni kek batik yg belum potong. Jadi petak sebab mampatkan dalam bekas ais-krim. Meh, share resepi tapi tak de la gambar step by step. 

resepi : KEK BATIK MARIE

Bahan2

~ 1 paket biskut marie ( sy punye 350 gm) - mana2 pun boleh
~ 3/4 tin susu pekat manis ( adjust ikut rasa manis anda)
~ 200 gm serbuk milo
~ 3 sudu serbuk koko
~ 250 gm butter ( bubuh majerin, akan rasa masin sikit tp sdap gak)

Cara2
1. Cair kan majerin. Kemudian masukkan susu & serbuk milo. Kacau sehingga sebati. 
2. Tuang serbuk koko dan kacau rata hingga hilang ketul2 dan adunan coklat jadi pekat dan tidak berketul.
3. Biskut marie dipatahkan 4 bahagian dan masukkan dalam adunan coklat tadi dan kacau rata. 
4. Lastly, masukkan dalam acuan or loyang dan mampatkan hingga tiada ruang antara biskut. 

siap...;)

** ni kek batik versi sy. Kalau nak alter resepi pun bole. Ikut kesesuaian masing2. 

until next post... love

Wednesday, May 28, 2014

Home made Manggo Lassi

Assalamualaikum.

Pagi2 punye entry sebab excited dapat buat Manggo Lassi sendiri. Itu pun sebab jiran bagi Mangga 2 biji tapi sebiji tuh dah busuk sebelah. So, terpaksa gunakan kedua2 nye. Penyebab buat Manggo Lassi ni ialah bila baca post Manggo Lassi dari blog My Small Kitchen, terus dapat idea nak buat. 

Okeh, meh share resepi sendiri untuk Manggo Lassi ni. Tak ikut sangat resepi asal dan gambar nye tak berapa cantik la. 

Pix 1: Boleh dapat 1 jug kecil + secawan jus

Pix 2: Antara bahan2 yang digunakan. Susu segar pakai 2 kotak

Pix 3: sebelum dikisar

Pix 4: Dah siap Manggo Lassi 
Bahan-bahan
  • 1 1/2 biji mangga (saiz sederhana besar)
  • 2 kotak kecil susu segar ( resepi asal - 1 1/2 cawan susu segar)
  • 1 cup yogurt Perisa Peach ( resepi asal - perisa asli)
  • 2 sudu gula (ikut citarasa manis sendiri)
  • 1 1/2 cawan air masak
Cara-cara

1) Blend / kisar semua bahan di atas. 
2) Siap di minum

** ketulan ais tak di blend sekali sebab simpan nak minum lewat malam.
** Kuantiti yogurt tu ikut suka. Kalau nak rasa lebih creamy, sy tuang semua.   


Monday, May 26, 2014

Manik Crumble crown pada tudung bawal

Assalamualaikum.

Hari ini nak share dengan kawan2 pasal kerja beading baru2 ni. Nama design yang baru buat ni ialah Crumble crown. Tapi yang special nye, dijahit pada tudung bawal. Ini antara gambar2 sampel manik.







Berminat untuk mengambil tempahan? Boleh tinggalkan komen atau emelkan sebarang pertanyaan ke 
saggi_snow@yahoo.com.my

Segala pertanyaan akan dijawab secepat yang boleh.


Friday, April 25, 2014

Puding Milo Lapis Oreo

Salam Jumaat. Pagi ini kita curi2 update blog kejap (dekat ofis plak tuh)..kekeke.. Hari ini baru ada feel nak share pasal projek hari tu. Tiba-tiba rajin nak baking tapi bukan kek la. Puding jew..:P

Al-kisahnya buat puding sebab nak balas jiran punya bekal lauk tempoh hari. Baru la agar-agar kering tuh di pakai, kalau tak, jadi hiasan dekat meja makan je. Puding Milo lapis oreo ni di rujuk dari blog kak yati.

Saya nak credit untuk Kak Yati & mohon share resepi ye kak. :)



Bahan-bahan (Saiz: 8" persegi)

~ 1 bungkus @ 10g Jelly Powder (saya guna Agar2 kering dalam bungkusan)
~ 750 ml Air
~ 160 gm Gula
~ 1 tin @ 400 g Susu Cair
~ 3/4 cawan serbuk Milo (saya guna Oveltin je)

Cara

1) Masak agar-agar dan air sehingga larut.
    Masukkan gula dan masak sehingga gula larut.
    Masukkan susu cair, kacau sebati sehingga mendidih.

2) Asingkan 2 cawan ke dalam periuk lain dan campurkan milo sehingga sebati.

3) Tuangkan 1 cawan campuran milo ke dalam acuan.
    Panaskan campuran milo yang separuh lagi dgn api paling kecil (supaya ia tidak membeku).
 
4) Apabila campuran milo (yg dituang tadi) telah mengeras sedikit, tuangkan perlahan2 kesemua adunan putih & taburkan biskut oreo.

5)  Kemudian, setelah lapisan campuran putih mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.

6) Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm petisejuk.








Di sini ada tips dari Kak Yati yang berguna bila nak buat puding ni. 

TIPS UNTUK MELAPIS:

- Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuhnya sbb takut lapisan tidak melekat.
- Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterusnya.
- Pastikan adunan mash panah apabila menuang ke atas lapisan sebelumnya supaya ia melekat dgn baik. 


~ until next post ~ 

love

Thursday, April 24, 2014

Blogger Giveaway by Tasbih Cintaku

Assalamualaikum.

Hai semua readers yang singgah blog ni, samada silent readers or yang penah datang. Ni first entry untuk bulan April.  Kali ni punye entry, special lagi taw... untuk blogger kite sorang ni.. Puan Mah. Sebab pe special? yelah, sis dah invite untuk join dia punye Giveaway. So, me as blogger, bagi support nak join sekali. Hehe. And rasa speacial kat diri sendiri sebab sis invite. Tak penah orang invite kite taw..ngee.

Sempena Giveaway by Tasbih Cintaku ni, I pinned the banner so that senang faham dan mana tau berminat. Boleh click untuk maklumat lanjut. :)



Zaman sekarang ni, tak kiralah majlis apa sekali pun, kalau nak bagi doorgift, macam2 boleh. Kebiasaannya tuan rumah bagi telur / sneak / cawan dan macam2 lagi la. Tapi..

Kalau u guys pegi usha dekat Tasbih Cintaku, boleh cari things untuk doorgift yang lagi menarik. Seperti namanya "Tasbih Cintaku", u guys boleh la dapatkan tasbih sebagai doorgift, dimana tasbihnya terdapat dalam pelbagai warna. Bukan doorgift je cantik, untuk bagi diri sendiri pun cantik. 

Ni antara produk or sampel gambar tasbih yang boleh u guys usha2. 

pict 1: Tasbih di pack bersama kotaknya yang simple but lovely


pict 2: Tasbih + kotak (macam set pen kan). Ni mungkin speacial event punya. 

**************************************************************

Antara warna2 tasbih yang terdapat di Tasbih Cintaku. Siapa yang pink lover tuh, boleh la order tasbih pink yang cantik ni. 

pict 3: Order dari customer Puan Mah

pict 4: Warna gold + brown. Nampak exclusive kan.

pict 5: Colorful tasbih

pict 6: Colorful tasbih

Pict 7: Antara design tasbih yang sedikit berbeza

For those yang suka kristal, pun juga boleh order untuk buat tasbih taw. 



Selain daripada tuh, u guys juga boleh dapatkan tasbih 3 tone. Boleh tengok gambar dibawah. 3 warna pearl  digabungkan dalam tasbih. 





Bukan tasbih comel2 je taw, tasbih yang panjang pun ada. 
Add caption


Macam awal2 tadi ada gambar tasbih + kotak kan? kalau nak lebih simple, tasbih juga boleh di datangkan sekali dengan uncang juga. 





Okeh. Menarik kan? kepada bride-to-be or those yang nak buat majlis untuk ada doorgift, i recommend you to have a look dekat Tasbih Cintaku


~ until next post ~  ;-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jana Pendapatan

Labels

kNOw abOUt Me

My photo
You Welcome to visit my blog. Have nice reading and enjoy it. :)