Nak selit beading work lagi. Maaf banyak2 la kalau tak minat pasal beading, boleh scroll laju2 eh. I have decided to combine beading work into 1 entry.
Paling latest selain dari beading dress tempoh hari ialah jahit manik untuk lengan jubah. Ianya jubah juga tapi di lengan sahaja. Kali ni customer memang under budget. Dia nak RM 30.00. So, I try to fix the design supaya boleh cukup dengan budget yang dia ada.
Untuk pertama kalinya guna labuci untuk job kali ni. Disebabkan tak pandai lagi guna labuci, so I just used the simple shape.
Seperti gambar diatas, bentuk daun tu adalah dari penggunaan labuci. Selain tu, nak nampak lagi meriah, I guna manik 2 cut dan pearl. Ni pun dah budget ciput, so memang hasilnya adalah unexpected. Masa permulaan nak start beading, lost betul. No idea at all.
End up, bila dah seronok menjahit, husband tegur.. "sudah la tuh. orang tu punya budget sikit tapi syg jahit beria-ria. Rugi nanti". Start cik abg dah sound gitu, kita ni pun dah slow down la menjahit manik untuk baju tu. Hasil ni pun, kalau tak mampu tahan diri, memang dah terlebih jahit sebab leka sangat.
*********************************************************************************
Beading baju emak
Kali ni punya work agak seronok juga la. Sebab mak request manik kat baju dia dan mak tak kisah design apa pun. Janji cantik untuk pakai masa pergi jemputan kahwin. Penggunaan prada lace dipilih untuk baju ni.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Baju kurung kedua
Yang ni pulak, beading pada baju kurung moden tapi jenis baju belah tepi. Just penggunaan lace biasa tapi jenis lembut. Disebabkan kain hitam, I guna lace putih dan tabur pearl yang colorful. Dalam gambar ni, tak berapa jelas sebab camera tak canggih time tu.
*********************************************************************************
Veil Nikah
Bead work ni adalah veil untuk akad nikah. Tema nikah adalah cream color. So, pemilihan veil pun warna cream yang menjadi pilihan. I choose Lace in gold untuk nampak match dengan veil cream tu. Pearl color pun choose gold and lite cream.
Ini adalah gambar sewaktu majlis. Dapat la juga gambar setelah dipakai oleh pemakai. Kali ni pun just simple and nice. Dia tak nak heavy sangat.
Thank for reading. until next post.