Nuffnang me~

Saturday, June 25, 2011

Next stage

Assalamualaikum all readers.  ^_^

Bila baca tajuk, jangan fikir bukan2 taw ( pada sesiapa yang fikir bukan2 lah ye).  Haa.. kali ni bukan next stage benda lain tapi next stage in my life.  Peringkat seterus apakah yang di maksudkan? Semestinya lah pasal hidup.  Kalau dikira balik, boleh kata dah dekat sebulan la meninggalkan zaman belajar.  Baru je kan?  Tak sangka dah habis zaman belajar Degree dan sekarang dah kena kerja pulak.

Kerja pun da masuk dekat sebulan kalau lebih kurang hari di hitung la.  Beberapa hari saje lagi dah nak bulan Julai.  Kejap je kan? Pegi balik keje hari2, bangun awal pagi dengan ngantuk pisat2 tuh, pastu masuk ofis buat keje melambak.. tup2, dah nak masuk sebulan dah.  Dan yang paling obvious, tengah kering.  So, bukan hanya menghitung hari.. cheewah.. tapi kira bile lah nak gaji nehhh? poket dah kering neh... T_T

Haha.. teruk kan.  Baru masuk keje, dah sibuk nak fikir pasal bila nak gaji.  Al-maklumlah, sisa2 duit pinjaman dah habis dibelanjakan.. so, bila nak guna untuk belanja harian untuk sekarang neh, tak ada apa lah yang tinggal.  Penerimaan keadaan sekeliling setakat neh.. (peghh, skemanye ayat) haha.. so far, environment surrounding boleh di sesuaikan dengan diri.  Tak ada masalah sangat cuma pasal kerja je belum expert lagi.

Kawan2 yang apply master, dengar khabar sumenya kene attend interview next week? right guys? I wish you all gud luck.  Rase seronok dengar.  Ada jugak rasa teringin nak sambung tapi......................  Haha.. lum terdaya nak sambung lagi.  Insya Allah, one day nanti.  Kite pelan2 kayuh ye.. dah cukup semua keperluan diri, baru lah boleh sambung.

~GOOD LUCK FWENZ~

Saturday, June 11, 2011

Berubah

I like to post new entry with this song lyrinc that title is 'Berubah'.  It bring me the memory and have meaning to myself.  This song is from one of TV3 drama that is OST Nora Elena.


Title:  BERUBAH
By:  Erry Putra ft Reen Rahim


Berikan ku waktu
untuk bersamamu meniti hari
Tak puas bagiku dan kau pun berlalu
Tinggal ku sendiri


Gelap seluruh jiwaku
Ku ingin benar bersama denganmu
dan kau pun menjauh


Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku
Kau yang ku kenali
dan kini menjadi insan yang lain


Dulu kau berjanji 
kan hidup semati meniti hari
Semuanya telah berakhir


Chorus


Ku ingin benar bersama denganmu
Dan kau pun menjauh
Tiba-tiba kini kau telah berubah 
Apakah salahku


Semuanya telah berakhir...oooO


Chorus


Oh kasih....

Friday, June 3, 2011

Dating di Times Square

Selamat pagi atau lebih tepat, selamat tengah malam sebab waktu semasa menaip entry ni adalah pada pukul 12.36 tengah malam.  Ce cite - ce cite pegi dating ke? dengan sape tuh? hmm..

Cerita ni dah basi sikit lah.  Last week saye pergi dating dengan girlfriend saye a.k.a  kawan perempuan saye lah.  Jangan la pikir bukan2 taw.  ^_*  Plan pergi dating bersama girlfriend saye ni tak plan sangat pun.  Pergi hari rabu, hari isnin sebelum tuh terus ajak.  @_@  Buat muka blur plus terkezut jap.. sebab my fren terus call dan berkate seperti di bawah:

kawan:  Hye, fasya. Bila nak pergi jalan2 nie?

Saya:  yep2.  Bile2 boleh je. 

kawan:  Okeh, kalau camtu, rabu ni kita pergi jalan2 nak?

Saya:  Rabu nih? peh.. (dalam ati, mmg singkat betul plan nye)

Kawan:  Iye, rabu nih.  Kita pergi TS nak? 

Saya:  Okeh, boleh2.  

Kawan:  Tapi nak pergi sana, tak reti.  tau tak cane?

Saya:  Tape2. Dun worry.  Nanti akan di google kan.. hehe


Selepas itu, mula lah pencarian peta dan segala alamat pertunjuk bagai, yang di cari untuk pergi ke Times Square.  Meh2, I nak share macam mana nak pergi Times Square dari Seremban dengan menaiki KTM dan Monorel.

Dari seremban:  Anda boleh menunggu dan menaiki Komuter dari stesen keretapi Seremban.  Sila beli tiket komuter ke KL Sentral ye.  Lepas tu, sila lah tunggu di platform yang betul.  Kang tak pasal-pasal je kau tak sampai KL Sentral tapi kau sampai negeri lain plak.
Bila di KL Sentral:  Anggap lah yang anda dan anda dan anda yang sedang membaca, sudah sampai KL Sentral ye.  Okey, first thing bila dah sampai KL Sentral, naik ke ruang legar dalam KLSentral tuh, dan cuba cari jalan keluar dari banguan KL Sentaral tuh dan cuba cari laluan bawah tanah nak ke bangunan monorel.  Kalau tak jumpa, sila lah rajen kan mulut untuk bertanya orang kat sane tapi lebih afdal pegi tanya kat kaunter atau orang keje dalam KL Sentral tuh.

Dekat je nak jalan pergi ke bangunan Monorel tuh, dalam 10 minit je jalan kaki.  Lepas tuh, dah boleh nampak tanda arah ke tempat tuh.  Bila dah sampai ke banguan Monorel tuh:

Kaunter Monorel:  cakap je kat kaunter tuh, nak beli tiket ke Stesen Imbi.  sebab apa? korang akan terus sampai ke Times Square bila korang dah turun kat Stesen Imbi tuh.  Ianya lebih kurang macam korang naik KTM yang turun kat Midvalley.  Depan mate je turun, dah sampai Midvalley.  

Haaa.. kan senang tuh.  Mudah je taw. Yang penting bila dah sampai KL Sentral tuh, jangan sesat dah la.  Tapi bagi yang dah selalu kat KL tuh, senang je kot.  One more thing, tambang perjalanan ke sana, just around belas1 ringgit la lebih kurang.  

Okeh, cukup lah information di atas, kan.. Meh la enjoy le tour the picture of us..;p










Thursday, June 2, 2011

1st interview, 1st job in life

Salam. Yesterday was the day.  The day I attended my first work interview ever in my life and tak sangka secepat ini dah kena mula kerja. Ingatkan bulan depan atau lambat lagi baru dapat keje tapi alhamdulillah interview semalam, berjaya and I will start working soon.  Now, rasa macam2 dalam hati nie.  Rasa happy, glad because I got the job, nervous because this is my first job ever, rasa nak nangis pun ada because takut nak mula benda baru. (T_T)

Semalam sepatutnya kena attend 2 interview.  Mula2, pegi interview pertama.  Memang nevous, sakit perut tapi buat2 rilex.. padahal, perut tak tahan dah cuak.  Rasa tak tenang dah.  Masuk je pejabat tuh, staff kat situ suruh duduk dan tunggu dulu kat kerusi tamu.  Then, 10 minit lepas tuh baru encik manager tuh panggil masuk nak interview.  Cuak seyh.  Tak cukup nafas nak bercakap sampai suara macam nak tak nak je keluar nye.

Nasib baik la encik manager tu tak tanya yang pelik.  He just asked about related subject that I had learned and with the position.  Lepas tu, encik manager tuh suruh buat typing test sebab nak tengok typing speed.  Dah la tengah nevous, nafas tak habis tarik dalam2 lagi.. terpaksa buat2 cool n rilex je. X_X 
Dalam duk nevous, tangan ketar2 nak menaip.. gagahkan jugak menaip.  Mula2 tu memang kelam-kabut lah kan.. tak payah nak cakap la.  Rasa macam nak bawak lari je keyboard tuh.  Few minutes after that, baru boleh taip dengan cepat dan betul.. fuhh..T_T. 

Lepas dah sudah semua2 tuh, dia tanya sikit2 soalan lagi, lepas tu terus tanya kalau dapat keje ni bila bole mula.  Kalau ikut kan encik manager tuh, dia nak suruh minggu ni.  Huh.. this week.  Tak boleh2.  Dah la nevous, tak ready lagi nak terus masuk keje.  Last2, decide nak mintak mula next week.  Then, the answer is.. I got the job.  Alhamdulillah.. 

Habis je first interview, terus gerak pegi for second interview kat Mydin.  Yup, at Mydin.  I just try my luck je ari tuh apply keje kat Mydin.  Walaupun first interview tuh dah macam confirm dah, tapi tetap pergi jugak the second interview.  Just nak ambil pengalaman attend interview je.  The second interview, a bit difficult.  Waktu tu, just sempat interview dengan penemuduga yang pertama sebab bila interview tuh kate nak terima job tu ke tak, I jawab nak bincang dengan family dulu.  So, the interviewer put me in K.I.V list. 

Kalau jawab nak terima, mesti kene interview dengan manager mydin plak.  So, after lepas interview dengan penemuduga pertama tuh, terus blah.  Balik rumah terus, sebab rase penat sangat, walaupun pergi dua interview je hari tuh. 

Lepas ni dah tak boleh duk umah sambil goyang kaki lepas kemas rumah, dan tengok tv dan online dan bla.. bla.. bla.. huhu.. nak nangis bole tak? T_T

oke, budak nih dah merepek..

Hope, my first job ini, can be long lasting before I get another job that more stable, the salary is more worth with the qualification and the important thing is, nak dapat keje kerajaaan.  Wish me luck guys..^_^

Wednesday, June 1, 2011

Rindu Setengah Mati

rindu setengah mati di hati. akan tetapi hanya rindu yang tiada balas.....


by : D'Masiv

aku ingin engkau ada disini
menemaniku saat sepi
menemaniku saat gundah

berat hidup ini tanpa dirimu
ku hanya mencintai kamu
ku hanya memiliki kamu

aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu setengah mati

meski tlah lama kita tak bertemu
ku slalu memimpikan kamu
ku tak bisa hidup tanpamu

aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
ku tak bisa hidup tanpamu
aku rindu...



(bila ego, segalanya akan di pendam. sampai satu saat, ianya hilang tanpa di sedari)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jana Pendapatan

Labels

kNOw abOUt Me

My photo
You Welcome to visit my blog. Have nice reading and enjoy it. :)