Sekadar perkongsian dan juga catatan untuk masa akan datang. Minggu lepas, cuba buat oreo cheesecake (no-bake) yang tanpa gelatin. Biasa yang pernah buat sebelum ni, memang menggunakan gelatin. Bila gunakan gelatin dalam cheesecake (no-bake/tanpa bakar), memang texture kek jadi cantik sewaktu dipotong.
Nak dijadikan cerita, beli bahan-bahan untuk buat kek ini, dah berminggu-minggu. Cuma tak ada kesempatan nak 'bersilat' di dapur untuk kek ini. Akhirnya sabtu lepas ada masa untuk buat.
Bahan-bahan yang digunakan masih sama cuma tiada penggunaan gelatin. Antaranya :-
- Biskut Oreo yang dihancurkan + butter (untuk based)
- Creamcheese 500 gm
- whipped cream 400 ml
- Gula kastor ~ 4 sudu makan
- Biskut oreo (chuncky) - untuk hiasan
tapi SILA JANGAN IKUT RESEPI INI sebab ini versi tak jadi atau failed cheesecake. Cuma ditulis untuk rujukan kenapa kek tak jadi. Sumber resepi ini dari youtube sebenarnya tapi bukan Malaysia punya la. Dari pemerhatian video tu, orang tu buat memang nampak cantik dan kek nya kukuh la.
Apa yang dimaksudkan cheesecake failed / tak jadi?
Berdasarkan video tu, disebabkan cheesecake tu tanpa gelatin, dinasihatkan untuk simpan kek di petiais selama 1 malam supaya texture kek tu lebih kukuh dan tak lembik. Selain tu, baker tu ada bagi tips.
"the less amount of cream you incorporate into the cream cheese or oreo mixture, the denser and the harder mouse will be"
Tapi tak tahu apa yang silap, mungkin pada whipped cream. Terlebih pukul ke mungkin. Bila dah tuang adunan whipped cream ke dalam adunan creamcheese, mungkin cream jadi lagi cair. Tak boleh terlebih kacau adunan agaknya.
Selepas semalaman simpan kek dalam freezer, ingatkan dapat la cheesecake yang well texture, tapi menghampakan betul. Cheesecake jadi macam ais-krim. Tak boleh potong macam kek biasa. Kalau nak makan, potong kek guna pisau yang sudah direndam dengan air panas supaya kek boleh dipotong tanpa ada lekatan. Then, boleh ceduk masuk piring. Kiranya, sesuai biarkan kek dalam jar la.
Pengajarannya, lepas ini tak boleh buat kek tanpa gelatin. Tak pandai nak agak-agak untuk timing pukul whipped cream. Resultnya, kek jadi cair dan lembik.
Gambar tak ada. Malu nak tunjuk outcome yang tak jadi.
tak ape..
ReplyDeletekita belajar dari kesilapan..
:)
Yup. Betul tu. Walaupun fail cheesecake tapi still excited nak cuba buat lagi sampai dapat kek yang cantik & sedap.
Delete