Nuffnang me~

Tuesday, December 31, 2013

tangga terakhir 2-0-1-3

Assalamualaikum blog personal ni dan readers yang singgah. Terima kasih.

Setengah hari lagi menjelang ke tahun baru. Baru setengah jam tadi blogwalking, semua blogger duk review tahun 2013 punya. Nak update tapi kurang idea. Mungkin review sepanjang tahun boleh jadi idea jugak. Ye tak? -) [senyum hambar yang menanti hari2 seterusnya]

Review di blog ni, hanya keseluruhan aje. Macam2 event dan perkara ada tahun ni. Jumpa kawan baru, tukar officemate, dapat bos baru, tukar status baru, perkara sedih di sebelah in-law, pindah rumah, tukar office baru dan sebagainya. Banyak yang baru bukan bermakna sentiasa gembira tapi cuba mengembirakan hati ni dan diri ni. [macam baca diari kan? entry kali ni macam ni luahan sikit sebab tak de tempat nak luah]

Awal tahun 2013, duk mengira dah cukup tahun ke belum keje kat tempat pertama berkhidmat dulu. Then ex-officemate daripada 4 orang tinggal sorang sebab lagi 2 orang tu dapat rezeki lebih baik, means dorang dapat offer keje government. Seronok rasa bila dorang dapat offer tuh tapi dalam masa yang sama, sedih sebab tak dapat gosip sama2 dan keluar makan sama2 macam selalu dah. Lepas dorang keluar, dapat staff baru & bos baru. [Mula suaikan dengan environment baru, even susah]

Menghampiri ke pertengahan tahun, is my big-W day. Preparation yang pada awal nya going well tapi bila dah dekat hari, tunggang langgang kau. Sebab baru nak jalan gear 5 untuk preparation nya. After all, semua berjalan lancar. Walaupun tak ramai kawan yang datang tapi kawan rapat still datang dan spend masa untuk save the moment. Thank you guys especially classmate, housemate, officemate, and best friend yang datang.

A few month after kahwin. Inai di jari masih merah taw. Baru masuk family baru tapi arwah mertua 'pergi' meninggalkan keluarganya. It was a big shock. But then, still need to accept the fate. Kadang2 rasa macam mimpi dalam reality. Lepas tuh, orang duk tanya je, dah berisi ke belum? dah de ke belum. PLEASE STOP ASKING THAT QUESTION. Saya tak cukup kuat nak jawab dan dengar. Siapa yang dah kahwin dalam dunia ni tak nak rezeki anak tuh.

Then, Pindah and tukar environment and office. Berapa banyak 'and' dah. Still in progress to adapt the new environment event dah berapa bulan berlalu. Hati ni rasa tak tenang je bila pikir kena sesuaikan diri dan jangan terlalu cengeng orang kata. Yes, i am hard to change. Walaupun masa degree dulu belajar Change Management. T_T [masa belajar dulu tak masuk dek otak gak eh. Tu yang jadi cam ni. Alahai omak]

Now and this time. Dah nak habis dah tahun 2013 ni. terasa cepat nye masa berlalu. Tak pernah pun buat wishlist. Kalau ada pun, mesti separuh jalan je. Lepas tu tak tengok dah sebab keperluan sehari-harian tuh dah tutup semua wishlist. Dan rasanya ni semua menyebabkan hari2 berlalu dengan kosong tanpa apa-apa target. TAPI.. Tapi kan, my target nak tukar 'status' sebelum 27 tahun dah tercapai la..hee. =D

1 perkataan untuk tahun ni, CHANGE atau PERUBAHAN. Sampai rasa macam nak nangis kadang2 sebab rasa macam terkapai-kapai je. Niat di hati nak cuba sesuatu yang baru..contoh berniaga tapi secara virtual je. Mungkin ini juga disebut wishlist. K.I.V dulu.



~until next post~
Assalamualaikum

Friday, December 27, 2013

Pearl Hand bouquet

Assalamualaikum.

Pearl Hand bouquet atau Bunga Tangan dari Pearl. Tadi duk ngular, sambil selam sambil minum air.. terjumpa pasal pearl hand bouquet.  Dulu masa sebelum kahwin, memang berangan nak pakai pearl hand bouquet tapi masa suntuk sangat nak buat. Jadi nye, pakai bunga plastik aje lah. Huuu..

Cara buatnya tak susah tapi  bila kena buat dalam kuantiti yang banyak dan kena pintal satu per satu, itu yang buat jadi tak cukup masa dan malas. Bahan untuk buat Pearl Hand Bouquet pun tak susah nak cari. Antaranya pearl, dawai bunga - prefer guna dawai yang halus, mungkin size 26 kot, tak pasti, sebab takut sakit jari nak pintal je nanti, dan reben - untuk hiasan.

Rasa macam teringin nak buat. Bukan untuk diri sendiri la. Syok sendiri kang nama nye. Kalau ada sesiapa nak tempah, mungkin boleh buatkan. Sekarang ni minat nye semua bab jahit2, manik2, pearl dan seangkatan dengan nye..=)

Antara pearl hand bouquet yang memikat hati ku ini..cewah..Memang cantik la pada kite ni..dan tadi ada terjumpa dalam google. Mungkin boleh beri idea pada bakal pengantin yang baca blog ni ke kan..have a look.

* credit to Google *


















Jika berminat atau ada sebarang pertanyaan, boleh emelkan ke:

saggi_snow@yahoo.com.my


Tuesday, December 24, 2013

1st BE dari Nuffnang

Assalamualaikum.

Haa.. ni cerita minggu lepas la. Dah lama tak cek Nuffnang. Tetiba..eh2, ada dapat BE lah. Atau dengan nama yang lebih faham lagi, kalau tengok kat Nuffnang tu dekat bahagian CPUV-campaign. Macam dalam gambar di bawah.

Setelah 4 tahun blogging, setahun 1 join Nuffnang, baru tahun ni lah dan hujung tahun pulak tuh, Nuffnang baru bagi. Excited jugak. Sebab tak pernah dapat kan. Maklum lah, blog kite ni tak la berderet visitor macam blog femes lain kan.. Thank you Nuffnang. Appreciate sangat. Harap lepas ni dapat la BE yang  best lagi. And laju sikit la counter nye..hee



Tapi first BE dari Nuffnang ni pasal Xaxis ROS. Ada sapa2 tau Xaxis ROs tuh tak? Macam statistik je..hee. Then, tak paham la kenapa tulis credit ek? tapi yang masuk x banyak. sikit sangat. Huhu.. ada sapa2 yang tau?

~until next post~

Tuesday, December 17, 2013

Jahit Pearl Bracelet di lengan

Assalamualaikum readers.

Dah lama tak update blog. Mana tak nye, dekat ofis je baru boleh update sebab ada PC. Sedap sikit menaip. Kalau guna handphone, tak feel la..hee

Hari ni nak share sikit antara kerja jahit manik @ pearl. Macam dalam tajuk post ni, jahit bracelet kan? Yup, betul la tuh.. siapa2 yang selalu jahit manik, mesti familiar bracelet tu apa. Sebenarnya, dah lama dah siap jahit bracelet ni cuma tak sempat nak share je. Hari tu banyak pearl terlebih untuk jahit veil. So, kita gunakan apa yang ada je untuk hasilkan something daripada membazir. Ye tak? ^_^

Jahit bracelet ni belajar dari buku. Memang dah lama teringin nak beli tapi sebab mahal, jadi postpone ajek.  Bila dapat tahu adik dapat kopun tuk buku tuh, memang grab the opportunity la nak borong buku yang minat. Hehe..

Jahitan bracelet ni kalau tak silap, boleh juga dibuat gelang, selain daripada jahit pada baju tapi untuk diri sendiri setakat ni, belum pandai lagi. Just cuba jahit pada baju je. Menggunakan Pearl dan 2 jarum adalah basis nya. Memang method asas jahit bracelet adalah menggunakan 2 jarum tapi ada penah tengok orang lain dah cuba jahit guna 2 jarum.

For me, susah kalau tengok tutorial je tapi tak cuba jahit. Dah cuba sendiri baru pandai..:D
Ni antara gambar jahit bracelet yang sempat di ambil sebagai rujukan sendiri (masa tu lah). Tak berapa detail la.

pix 1: Dalam proses jahitan

Proses yang menggunakan 2 jarum ni, kena fahamkan dan fokus la untuk beginners. Kalau dah lancar, tak la susah sangat. Cuma kena bersabar..hehe.

pix 2: the Output

Itu sahaja setakat ni. Hope siapa2 yang singgah baca, boleh la tinggalkan komen yang positif atau apa2 pertanyaan berkaitan. 

~until next post~

Sunday, December 15, 2013

Sticky Post : Lace & Pearl pada Veil

Assalamualaikum readers and good afternoon i think..hee.

Hari ini nak cerita pasal beading and besides, u can refer pada entry baju bertandang previously.  This time punya beading on veil bukan untuk nikah or sanding aritu. Just for fun dan menambahkan lagi skill beading..hehe.

Material yang digunakan still sama iaitu Border lace dan pearl.  Actually kain veil tu nak pakai waktu nikah dulu tapi tak sempat nak beading sebab tak cukup masa. Jadi nye, veil tu jahit pearl selepas kahwin. Then, bila dah siap, tak tahu nak buat apa. Sekarang, buat pameran kat rumah je la.

Pix 1
Gambar di atas yang caption nye Pix 1, tu la gambar lace on veil yang baru mula jahit pearl yang digabungkan 2 warna supaya warnanya naik.  Besides, I add on ribbon flower untuk bagi nampak meriah sikit. Gambar tak berapa banyak sebab tak terfikir nak ambil gambar masa tengah beading.


Pix 2
Lastly, ni la veil yang dah siap beading. Simple je beading this time sebab tak nak heavy sangat nanti berat pearl plak. Veil ni sesuai untuk nikah / solemnization. Untuk masa sekarang, veil ni hanya disimpan sahaja. Ada juga terniat untuk di sewakan tapi tengoklah keadaannya nanti.


# Rasa macam nak ambil order untuk beading. Sesiapa yang berminat boleh emelkan apa2 pertanyaan ke 

saggi_snow@yahoo.com.my 




Thursday, December 5, 2013

Karipap 1st made ever

Assalamualaikum. Kalau baca tajuk, nampak macam mengada tak? buat karipap pun nak heboh ye tak..hee. Jangan gitu. Just nak post cara buat karipap bagi mereka yang 1st time juga.

Kelmarin, dah tak tau nak makan kat rumah sebab asyik benda yang sama je. Jadinya, terasa nak cuba buat karipap sebab asyik tengok mak je yang buat kan...bila lagi nak pandai. Kali ni la yang baru buat something different sejak kahwin.

Bagi hencek hubby rasa kuih karipap puan wife nye ni plak. Bila nak prepare bahan2 buat karipap, hencek hubby plak yang beria nak buat. Dari kupas & potong kentang..sampai la nak masak kentang untuk buat inti nye, semua dia yang siapkan. Me just made the doh until it firm to prepare the karipap.  Tapi tak sempat nak ambil gambar bagai. Cuma gambar masa dah siap je.




Ok. Here i will show you how i made this karipap. Resepinya nye pun main agak2 ikut sesedap rasa je. Bagi yang nak cuba, boleh la adjust ye.

Bahan-bahan

2 cawan Tepung Gandum
1 sudu besar Majerin/ Butter (secara menggunung)

4 biji Bawang Merah
2 biji Bawang Putih
Serbuk kari ( ditambah ikut citarasa)
Ikan bilis (ditambah ikut citarasa)
Garam
1 sudu kecil cili boh (nak bagi rasa pedas)
Air (untuk masakkan kentang supaya empuk)

Cara-cara

1. Cairkan butter tapi jangan sampai hangus. (untuk mendapatkan kulit karipap yang ranggup)
2. Uli tepung dengan butter yang dicairkan tadi. Kemudian, tambah kan sedikit air. Uli sehingga ia boleh dicanaikan.Agak2 sahaja bila tambahkan air. Kena uli sampai doh tak melekit di tangan.
3. Ketepikan doh dan simpan dalam bekas tertutup sementara, bagi doh tu lembut dan sebati.
4. Kupas dan potong kentang ( potong dadu, jangan besar sangat)
5. Tumbuk bawang merah, bawang putih, ikan bilis.
6. Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk sehingga garing dan wangi.
7. Tambahkan cili boh ke dalam bahan yang ditumis. Goreng sehingga masak cili nye.
8. Bancuh serbuk kari. Masukkan serbuk kari dan kacau sehingga pecah minyak.
9. Masukkan kentang dan gaul. Tambahkan air untuk masakkan kentang sehingga empuk.
10. Akhir, boleh la prepare karipap. Masukkan inti dan kelim tepi nye.

Nak buat kelim karipap, ada 2 cara. Samada kelim sendiri pakai tangan atau pakai acuan.

Untuk tahu cara nak kelim tepi karipap tu, boleh click blog ni.. Hana family. Disini blogger ni tunjukkan caranya.

Boleh cari di mana2 kedai. Murah je dan ada saiz kecil dan besar. Macam dalam gambar dibawah. (kredit kepada g00gle)







Friday, October 18, 2013

Black Forest

Nama nye bukan Black Forest tapi mewakili perasanya.  Di bungkus dalam bungkusan warna ungu.  Diminati oleh kebanyakan wanita terutama bila dapat hadiah. 

Apakah? 

I
I
I
I
I
I
I
I
I



Ni la Black Forest nye. My favourite chocolate ever. Kalau singgah mana-mana kedai pun mesti cari yang ni dulu. Sampai mak kata asyik makan coklat je..gemuk nanti, tau la. huhu..  Memang ada betul nye kot. Sikit la. Now, dah kontrol sikit sebab penimbang akan bagi 'bad number' nanti...

Tapi bukan Black Forest je la makan, semua cadbury flavor pun sodap. Atas khidmat gambar encik g00gle, terjumpa a few gambar cadbury. Have a look. ^ ^,






I'm a chocolate lover? Yes... Kenapa? sebab bila dah dapat banyak coklat, sanggup simpan semata-mata sebab sayang nak makan. Huu..

~ until next post ~

Tuesday, October 15, 2013

Beading Baju Bertandang

Selamat Hari Raya Aidiladha to readers yang baca this blog today..:)

Okey, as previous entry, dah bagi tau nak share something about beading. So, here we are. The very first project yang telah menarik minat teramat untuk beading adalah veil nikah sebenarnya tapi masa tak berapa nak cukup at that time. Jadi nye, tukar plan lain. Nasib baik dapat hadiah awal dari one of my mum friend. She gave me a selendang. Memang kebetulan color putih & beading nye pun cantik, so, i just grab that one as the alternatif.

Pasal baju bertandang plak, memang dah mula dari awal nak beading sebab jahit baju tu guna kain yang dapat time hantaran tunang.


Ini lah baju bertandang. Style peplum yang di reka ikut citarasa sendiri lepas tuh, tak tau jadi peplum apa..kekeke.  Gambar ni adalah baju yang baru je siap ambil kat tailor tuh. Belum di jahit apa2 manik pun.



Gambar yang kedua ni plak, baju yang dah patch kan lace. Dah adjust baik punye nak bagi center tapi ada la senget sikit.  Proses beading ambil masa 2 bulan lebih juga la sebab buat time free je. Siap bawak pegi opis dan beading time rehat.  


Lastly, ni lah baju bertandang yang dah siap beading. Guna Lace dan glass pearl. Heavy beading pada area pinggang je.  Area tangan just simple je. Buat syarat. Tak nak terlalu banyak beading. nanti susah nak jaga. 

wokeh..tu saje. Nak tido..zzzzzzz


** Segala pertanyaan boleh emel ke saggi_snow@yahoo.com.my atau fasya.reena@gmail.com. Thank you **


~ until next post ~

Monday, October 14, 2013

Tempat baru, kerja baru

Assalamualaikum blog yang di tinggalkan berminggu yang lepas..sobs2..

As title stated, new place..new job. Selepas melalui 2 minggu yang agak panjang for me to go through. Sekarang dah tinggal dengan hubby. Tak tinggal dengan family dah. After half of the year, and now tak jadi weekend husband & wife dah. 

So, bila dah pindah rumah, mestila kena tukar kerja baru kan. New job was not easy for me this time. Baru je masuk 1 minggu for the new work. Nak suaikan diri dengan tempat baru dan kerja baru, memang really tough. Hope for further month, dah ok la dengan surround dekat tempat baru. 

Kesian blog di abaikan..huhu. Sekarang tak dapat nak online secara normal. Hm..secara normal tu pe??
Haa..maksud nya, tak boleh nak sedap taip macam pakai laptop. Sebab sekarang pakai phone je. Tapi for now, curi2 online deka opis..kekeke. Shh..diam2 taw.

Bila dah pindah rumah ni, segala aktiviti & hobi yang selalu buat kat rumah family, tak buat sekarang; contoh nye segala baking activity, semua kena delay dulu ye..:( sebab dapur sekarang tak cukup korum nak baking.

Lately ni dah mula minat kerja2 beading pada baju dan veil. Later I will show you some of my work. Walaupun buat waktu ada masa lapang je, tapi agak seronok sebab dapat tengok hasil kerja sendiri. 


~ until next post ~

Sunday, June 30, 2013

Oreo Cheesecake (no bake/ tanpa bakar)

Assalamualaikum. Just want to share some baking activity.  Baru je siap satu Oreo Cheesecake tanpa bakar. Ini sume gara2 teringin yang amat, tak dapat pegi secret recepi, jadi nya kite buat sendiri lah ye.. :)


**resepi kek ni tidak secara khusus di ambil dari mane2 resepi tapi banyak buat pembacaan dan pilih mana yang elok. 

BAHAN-BAHAN

Base cake/ lapisan bawah kek

- 250 gm biskut oreo (krim di asingkan)
- 100 gm butter ( di cairkan )

Cheese filling

- 500 gm cream cheese
- 100 gm Gula halus
- 1 sudu besar serbuk Gelatin 
- 300 ml whipping cream
- beberapa keping biskut oreO ( untuk hiasan)
- krim biskut oreo (yg telah di asingkan)
- perahan jus lemon

CARA-CARA

Base cake



1. Hancurkan / blend biskut oreo & gaulkan dengan butter yang telah di cairkan.
2. Tuangkan ke dalam loyang kek & mampatkan nya. Kemudian, simpan di dalam peti ais sementara dalam persediaan untuk lapisan cheese.


Cheese filling




1. Dalam bekas lain, pukul cream cheese bersama gula halus sehingga sebati dan putih gebu. kemudian, ketepikan.

2. Pukul whipping cream. (dalam kelajuan sederhana sehingga kental atau menjadi soft peak).

3. Bancuhkan serbuk gelatin bersama dengan air panas. Kacau sehingga larut. Jangan terlalu cair.

4. Dalam adunan cream cheese tadi, masuk kan whipping cream, larutan gelatin dan perahan jus lemon ( suku cawan). Kacau sehingga sebati, pakai senduk pun boleh.


5. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah di mampat kan biskut tadi. Sambil tu boleh hias kan biskut oreo mengikut kreativiti anda.

6. Last step. Simpan di dalam peti ais selama 6 jam atau semalam.




** dah cuba resepi ni beberapa kali & ingat nak improve sikit. Ada sape2 tau macam mana nak bagi kek tu tak mudah lembut bila dalam suhu bilik? 


~ until next post~

Wednesday, June 26, 2013

Pemergian dan Kehilangan

al-fatihah

Sudah masuk seminggu lebih pemergian ibu mertua dan kehilangannya sangat di rasai terutama sekali bagi keluarga hubby. Pemergiannya pada hari jumaat yang mulia.

Terasa seperti mimpi bila dapat tau berita pemergiannya. Waktu dapat tengok jenazah pun masih rasa macam mimpi. Macam semua ni mimpi, yang bila bangun dari sedar, semua ni tak berlaku. Sehingga ke hari ini, cuba untuk terima hakikat sebenar.

Masih teringat gelagat arwah MIL, cara bercakap, pesan2 nye. Semuanye berlaku terlalu cepat, tanpa di sangka.

Ya. Jodoh, rezeki, ajal adalah semuanya di tangan Allah s.w.t.  Hanya Dia sahaja yang mengetahui apa yang akan berlaku.

Semoga hubby kuat semangat.

~till next post~

Friday, June 7, 2013

Kain felt & rose











Thursday, May 30, 2013

Review: Nikah

                 Assalamualaikum.  Sebulan lebih yang lalu, hari bersejarah bila dah rasmi dapat title 'Puan'.  Sepanjang preparation for the wedding, sangat sangat busy dan penat.  Almaklum lah, bila suka delay keje. Masa 6 bulan sebelum wedding, asal nak mula buat preparation, mesti cakap esok la start..hari ni penat plak. Sudah nya, lagi 1 bulan lebih nak kawen baru la 'seronok'.  Macam tak cukup tanah nak lari.  Pagi2 bangun pegi keje. Petang dah lewat baru sampai rumah. Bila malam dah penat trus ZzzzZzzz......

Dah dekat hari wedding, terus masuk gear 5 buat preparation. Sampai bawak pegi opis nak siap kan. Canggih la for me sebab tak penah serajin itu. Nasib la bos tak perasan sangat. Preparation Nikah, mostly sendiri je buat. Dari makanan, make-up, baju (tapi tak la buat sendiri. Beli sendiri je..hee), tempat nikah and deco tempat nikah; semua sendirian berhad.

First thing is about food. Nasib baik ada my Paklong and neighbour belakang rumah datang. Yela, orang duk taman ni, kalau dah dengar buat catering, kompem2 ramai yang senyum lebor. Sebab pe? tak payah datang rewang la. Menu for Nikah actually mum already list but Ayah suka food lain. So, final list was Rendang ayam kampung, nasi putih, air sirap, baulu and beberapa jenis kueh.

Second thing is persalinan Nikah. Both of us choose off-white. Putih2 gitu. Sebab hubby kata elok la putih.  He's cloth buy at Nilai 3 dan hantar tempah jahit baju melayu at hubby home. Mine was Jubah putih. Kesian hubby penat layan wife dia ni cari baju. Lastly dapat la juga. Simple but meriah dengan kat Leher tapi bila dah sarung tudung, x le nampak..huu.

simple je Nikah attire of mine
Everything was in off-white color except the selendang a.k.a veil. Ia di gantikan sebagai veil atas sebab tertentu dan the special is the selendang as a present for my wedding but pengantin ni dah pakai dulu..ngee

Bunga tangan. A day before the big event, tidur lambat la seperti dijangka. Esok pagi je mata dah jaga seawal 6 pagi dan hanya dapat a few hours to gain the energy. Don't know how the idea came. Mungkin sebab dah rushing, so, otak pun rushing kuar idea.  Jadi nya, bunga tangan dapat la seperti gambar bawah hasil nye.





Next. Kasut tiada untuk waktu nikah sebab Nikah di jalankan di rumah sendiri. Pergi tangkap gambar family pun main sarung je selipar sape tah.







Every moment written here will be like a story book and album to myself. Until we meet again.

Tuesday, May 14, 2013

bila keinginan teramat

Bila nafsu makan melebihi segalanya, semua pun jadi.

Tak dapat secret recipe, bukak la buku resepi sendiri.

Daripada ngidam tak tentu hala, dapat la kek satu..hehe


Tuesday, April 30, 2013

Review: Wedding Corsage @ bunga penanggah

Assalamualaikum. Okeh, malam ni entry fast forward sikit.  

For this entry, nak review tentang 'Wedding corsage' atau bahasa melayunya 'bunga penanggah'.  Dalam pada tak cukup masa nak prepare everything, sempat la juga D.I.Y 'wedding corsage'.  Buat sikit2, lama2 jadi bukit..hehe.  Beli kain & bahan2 menjahit pun sikit2 tapi nak bg siap punya lah asyik bertangguh.

Nampak mudah tapi leceh sikit. Kalau sape2 yang tak berapa nak rajin, mungkin dah pergi beli siap punya or order pada sape2 yang boleh buat. haa..jangan tak ngaku..:P

Oke, ni salah satu gambar nak review 'wedding corsage' nya. He's my younger brother & also my photographer tak rasmi. 


Gambar 'wedding corsage' telah di besarkan di tepi gambar tapi tu pun tak berapa jelas. I make it in 2 version. Here, I will show the process in making the corsage. Harap yang membacanya boleh faham. :)

 **Cara memahami gambar adalah membaca ikut arah jam.

D.I.Y ~ wedding corsage @ bunga penanggah 


Barang2 yang diperlukan: -

1) Gunting, Jarum, benang, pen @ kapur lukis kain, bekas @ anything untuk template
2) Glue gun & pin
3) crystal yang lekat pada baju2 tu. (boleh dapati di kedai jahit)
4) Kain satin @ bahan yang untuk digunakan membuat bunga corsage

Cara-cara & prosesnya:-

Boleh guna apa2 bekas yang bentuk nya bulat. Tekap & lukis & gunting. Buat sebanyak yang di perlukan



5. For my corsage, Sya buat 2 saiz. Satu round yang besar, another round is make it a bit smaller.
6. Selepas tu, jahit jelujur pada kain tersebut.
7. Jahit jelujur sehingga habis keliling kain itu. 
8. Tarik pelahan2 sehingga membentuk kedut yang seragam. (seperti di bawah)


Pix 4: rupa ianya seperti poodle flower. 
* Pix 4: baca dari arah putaran jam. Dari kain yang telah di potong bulat2 & di jahit kan jelujur serta ditarik jahitan jelujur untuk membentuk poodle flower.


Pix 5: proses seterusnya 

Pix 5: cara-caranya

~ di hasilkan / di bentukan 2 saiz yang berbeza
~ kedua-dua poodler flower yang berlainan saiz di tindankan (guna glue gun) untuk membentuk 2 lapis.
~ Lekatkan riben dibelakang poodle flower
~ kemudian, ditambah sew-on crystal untuk mencantikkan lagi 'wedding corsage'



pix 6: Glue gun dan pin
** Untuk membolehkan corsage dapat di pakai pada baju, boleh lekat kan pin dibelakang poodle flower tadi. Lastly, this is the outcome.. jeng jeng jeng...^_^



Eh, terpanjang plak entry..hehe. Boleh baca dan boleh share..tapi jangan lupa kredit kan ye..


UNTIL NEXT POST :*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jana Pendapatan

Labels

kNOw abOUt Me

My photo
You Welcome to visit my blog. Have nice reading and enjoy it. :)