Nuffnang me~

Thursday, December 5, 2013

Karipap 1st made ever

Assalamualaikum. Kalau baca tajuk, nampak macam mengada tak? buat karipap pun nak heboh ye tak..hee. Jangan gitu. Just nak post cara buat karipap bagi mereka yang 1st time juga.

Kelmarin, dah tak tau nak makan kat rumah sebab asyik benda yang sama je. Jadinya, terasa nak cuba buat karipap sebab asyik tengok mak je yang buat kan...bila lagi nak pandai. Kali ni la yang baru buat something different sejak kahwin.

Bagi hencek hubby rasa kuih karipap puan wife nye ni plak. Bila nak prepare bahan2 buat karipap, hencek hubby plak yang beria nak buat. Dari kupas & potong kentang..sampai la nak masak kentang untuk buat inti nye, semua dia yang siapkan. Me just made the doh until it firm to prepare the karipap.  Tapi tak sempat nak ambil gambar bagai. Cuma gambar masa dah siap je.




Ok. Here i will show you how i made this karipap. Resepinya nye pun main agak2 ikut sesedap rasa je. Bagi yang nak cuba, boleh la adjust ye.

Bahan-bahan

2 cawan Tepung Gandum
1 sudu besar Majerin/ Butter (secara menggunung)

4 biji Bawang Merah
2 biji Bawang Putih
Serbuk kari ( ditambah ikut citarasa)
Ikan bilis (ditambah ikut citarasa)
Garam
1 sudu kecil cili boh (nak bagi rasa pedas)
Air (untuk masakkan kentang supaya empuk)

Cara-cara

1. Cairkan butter tapi jangan sampai hangus. (untuk mendapatkan kulit karipap yang ranggup)
2. Uli tepung dengan butter yang dicairkan tadi. Kemudian, tambah kan sedikit air. Uli sehingga ia boleh dicanaikan.Agak2 sahaja bila tambahkan air. Kena uli sampai doh tak melekit di tangan.
3. Ketepikan doh dan simpan dalam bekas tertutup sementara, bagi doh tu lembut dan sebati.
4. Kupas dan potong kentang ( potong dadu, jangan besar sangat)
5. Tumbuk bawang merah, bawang putih, ikan bilis.
6. Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk sehingga garing dan wangi.
7. Tambahkan cili boh ke dalam bahan yang ditumis. Goreng sehingga masak cili nye.
8. Bancuh serbuk kari. Masukkan serbuk kari dan kacau sehingga pecah minyak.
9. Masukkan kentang dan gaul. Tambahkan air untuk masakkan kentang sehingga empuk.
10. Akhir, boleh la prepare karipap. Masukkan inti dan kelim tepi nye.

Nak buat kelim karipap, ada 2 cara. Samada kelim sendiri pakai tangan atau pakai acuan.

Untuk tahu cara nak kelim tepi karipap tu, boleh click blog ni.. Hana family. Disini blogger ni tunjukkan caranya.

Boleh cari di mana2 kedai. Murah je dan ada saiz kecil dan besar. Macam dalam gambar dibawah. (kredit kepada g00gle)







No comments:

Post a Comment

Keep ur beautiful word here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jana Pendapatan

Labels

kNOw abOUt Me

My photo
You Welcome to visit my blog. Have nice reading and enjoy it. :)