Nuffnang me~

Tuesday, December 31, 2013

tangga terakhir 2-0-1-3

Assalamualaikum blog personal ni dan readers yang singgah. Terima kasih.

Setengah hari lagi menjelang ke tahun baru. Baru setengah jam tadi blogwalking, semua blogger duk review tahun 2013 punya. Nak update tapi kurang idea. Mungkin review sepanjang tahun boleh jadi idea jugak. Ye tak? -) [senyum hambar yang menanti hari2 seterusnya]

Review di blog ni, hanya keseluruhan aje. Macam2 event dan perkara ada tahun ni. Jumpa kawan baru, tukar officemate, dapat bos baru, tukar status baru, perkara sedih di sebelah in-law, pindah rumah, tukar office baru dan sebagainya. Banyak yang baru bukan bermakna sentiasa gembira tapi cuba mengembirakan hati ni dan diri ni. [macam baca diari kan? entry kali ni macam ni luahan sikit sebab tak de tempat nak luah]

Awal tahun 2013, duk mengira dah cukup tahun ke belum keje kat tempat pertama berkhidmat dulu. Then ex-officemate daripada 4 orang tinggal sorang sebab lagi 2 orang tu dapat rezeki lebih baik, means dorang dapat offer keje government. Seronok rasa bila dorang dapat offer tuh tapi dalam masa yang sama, sedih sebab tak dapat gosip sama2 dan keluar makan sama2 macam selalu dah. Lepas dorang keluar, dapat staff baru & bos baru. [Mula suaikan dengan environment baru, even susah]

Menghampiri ke pertengahan tahun, is my big-W day. Preparation yang pada awal nya going well tapi bila dah dekat hari, tunggang langgang kau. Sebab baru nak jalan gear 5 untuk preparation nya. After all, semua berjalan lancar. Walaupun tak ramai kawan yang datang tapi kawan rapat still datang dan spend masa untuk save the moment. Thank you guys especially classmate, housemate, officemate, and best friend yang datang.

A few month after kahwin. Inai di jari masih merah taw. Baru masuk family baru tapi arwah mertua 'pergi' meninggalkan keluarganya. It was a big shock. But then, still need to accept the fate. Kadang2 rasa macam mimpi dalam reality. Lepas tuh, orang duk tanya je, dah berisi ke belum? dah de ke belum. PLEASE STOP ASKING THAT QUESTION. Saya tak cukup kuat nak jawab dan dengar. Siapa yang dah kahwin dalam dunia ni tak nak rezeki anak tuh.

Then, Pindah and tukar environment and office. Berapa banyak 'and' dah. Still in progress to adapt the new environment event dah berapa bulan berlalu. Hati ni rasa tak tenang je bila pikir kena sesuaikan diri dan jangan terlalu cengeng orang kata. Yes, i am hard to change. Walaupun masa degree dulu belajar Change Management. T_T [masa belajar dulu tak masuk dek otak gak eh. Tu yang jadi cam ni. Alahai omak]

Now and this time. Dah nak habis dah tahun 2013 ni. terasa cepat nye masa berlalu. Tak pernah pun buat wishlist. Kalau ada pun, mesti separuh jalan je. Lepas tu tak tengok dah sebab keperluan sehari-harian tuh dah tutup semua wishlist. Dan rasanya ni semua menyebabkan hari2 berlalu dengan kosong tanpa apa-apa target. TAPI.. Tapi kan, my target nak tukar 'status' sebelum 27 tahun dah tercapai la..hee. =D

1 perkataan untuk tahun ni, CHANGE atau PERUBAHAN. Sampai rasa macam nak nangis kadang2 sebab rasa macam terkapai-kapai je. Niat di hati nak cuba sesuatu yang baru..contoh berniaga tapi secara virtual je. Mungkin ini juga disebut wishlist. K.I.V dulu.



~until next post~
Assalamualaikum

Friday, December 27, 2013

Pearl Hand bouquet

Assalamualaikum.

Pearl Hand bouquet atau Bunga Tangan dari Pearl. Tadi duk ngular, sambil selam sambil minum air.. terjumpa pasal pearl hand bouquet.  Dulu masa sebelum kahwin, memang berangan nak pakai pearl hand bouquet tapi masa suntuk sangat nak buat. Jadi nye, pakai bunga plastik aje lah. Huuu..

Cara buatnya tak susah tapi  bila kena buat dalam kuantiti yang banyak dan kena pintal satu per satu, itu yang buat jadi tak cukup masa dan malas. Bahan untuk buat Pearl Hand Bouquet pun tak susah nak cari. Antaranya pearl, dawai bunga - prefer guna dawai yang halus, mungkin size 26 kot, tak pasti, sebab takut sakit jari nak pintal je nanti, dan reben - untuk hiasan.

Rasa macam teringin nak buat. Bukan untuk diri sendiri la. Syok sendiri kang nama nye. Kalau ada sesiapa nak tempah, mungkin boleh buatkan. Sekarang ni minat nye semua bab jahit2, manik2, pearl dan seangkatan dengan nye..=)

Antara pearl hand bouquet yang memikat hati ku ini..cewah..Memang cantik la pada kite ni..dan tadi ada terjumpa dalam google. Mungkin boleh beri idea pada bakal pengantin yang baca blog ni ke kan..have a look.

* credit to Google *


















Jika berminat atau ada sebarang pertanyaan, boleh emelkan ke:

saggi_snow@yahoo.com.my


Tuesday, December 24, 2013

1st BE dari Nuffnang

Assalamualaikum.

Haa.. ni cerita minggu lepas la. Dah lama tak cek Nuffnang. Tetiba..eh2, ada dapat BE lah. Atau dengan nama yang lebih faham lagi, kalau tengok kat Nuffnang tu dekat bahagian CPUV-campaign. Macam dalam gambar di bawah.

Setelah 4 tahun blogging, setahun 1 join Nuffnang, baru tahun ni lah dan hujung tahun pulak tuh, Nuffnang baru bagi. Excited jugak. Sebab tak pernah dapat kan. Maklum lah, blog kite ni tak la berderet visitor macam blog femes lain kan.. Thank you Nuffnang. Appreciate sangat. Harap lepas ni dapat la BE yang  best lagi. And laju sikit la counter nye..hee



Tapi first BE dari Nuffnang ni pasal Xaxis ROS. Ada sapa2 tau Xaxis ROs tuh tak? Macam statistik je..hee. Then, tak paham la kenapa tulis credit ek? tapi yang masuk x banyak. sikit sangat. Huhu.. ada sapa2 yang tau?

~until next post~

Tuesday, December 17, 2013

Jahit Pearl Bracelet di lengan

Assalamualaikum readers.

Dah lama tak update blog. Mana tak nye, dekat ofis je baru boleh update sebab ada PC. Sedap sikit menaip. Kalau guna handphone, tak feel la..hee

Hari ni nak share sikit antara kerja jahit manik @ pearl. Macam dalam tajuk post ni, jahit bracelet kan? Yup, betul la tuh.. siapa2 yang selalu jahit manik, mesti familiar bracelet tu apa. Sebenarnya, dah lama dah siap jahit bracelet ni cuma tak sempat nak share je. Hari tu banyak pearl terlebih untuk jahit veil. So, kita gunakan apa yang ada je untuk hasilkan something daripada membazir. Ye tak? ^_^

Jahit bracelet ni belajar dari buku. Memang dah lama teringin nak beli tapi sebab mahal, jadi postpone ajek.  Bila dapat tahu adik dapat kopun tuk buku tuh, memang grab the opportunity la nak borong buku yang minat. Hehe..

Jahitan bracelet ni kalau tak silap, boleh juga dibuat gelang, selain daripada jahit pada baju tapi untuk diri sendiri setakat ni, belum pandai lagi. Just cuba jahit pada baju je. Menggunakan Pearl dan 2 jarum adalah basis nya. Memang method asas jahit bracelet adalah menggunakan 2 jarum tapi ada penah tengok orang lain dah cuba jahit guna 2 jarum.

For me, susah kalau tengok tutorial je tapi tak cuba jahit. Dah cuba sendiri baru pandai..:D
Ni antara gambar jahit bracelet yang sempat di ambil sebagai rujukan sendiri (masa tu lah). Tak berapa detail la.

pix 1: Dalam proses jahitan

Proses yang menggunakan 2 jarum ni, kena fahamkan dan fokus la untuk beginners. Kalau dah lancar, tak la susah sangat. Cuma kena bersabar..hehe.

pix 2: the Output

Itu sahaja setakat ni. Hope siapa2 yang singgah baca, boleh la tinggalkan komen yang positif atau apa2 pertanyaan berkaitan. 

~until next post~

Sunday, December 15, 2013

Sticky Post : Lace & Pearl pada Veil

Assalamualaikum readers and good afternoon i think..hee.

Hari ini nak cerita pasal beading and besides, u can refer pada entry baju bertandang previously.  This time punya beading on veil bukan untuk nikah or sanding aritu. Just for fun dan menambahkan lagi skill beading..hehe.

Material yang digunakan still sama iaitu Border lace dan pearl.  Actually kain veil tu nak pakai waktu nikah dulu tapi tak sempat nak beading sebab tak cukup masa. Jadi nye, veil tu jahit pearl selepas kahwin. Then, bila dah siap, tak tahu nak buat apa. Sekarang, buat pameran kat rumah je la.

Pix 1
Gambar di atas yang caption nye Pix 1, tu la gambar lace on veil yang baru mula jahit pearl yang digabungkan 2 warna supaya warnanya naik.  Besides, I add on ribbon flower untuk bagi nampak meriah sikit. Gambar tak berapa banyak sebab tak terfikir nak ambil gambar masa tengah beading.


Pix 2
Lastly, ni la veil yang dah siap beading. Simple je beading this time sebab tak nak heavy sangat nanti berat pearl plak. Veil ni sesuai untuk nikah / solemnization. Untuk masa sekarang, veil ni hanya disimpan sahaja. Ada juga terniat untuk di sewakan tapi tengoklah keadaannya nanti.


# Rasa macam nak ambil order untuk beading. Sesiapa yang berminat boleh emelkan apa2 pertanyaan ke 

saggi_snow@yahoo.com.my 




Thursday, December 5, 2013

Karipap 1st made ever

Assalamualaikum. Kalau baca tajuk, nampak macam mengada tak? buat karipap pun nak heboh ye tak..hee. Jangan gitu. Just nak post cara buat karipap bagi mereka yang 1st time juga.

Kelmarin, dah tak tau nak makan kat rumah sebab asyik benda yang sama je. Jadinya, terasa nak cuba buat karipap sebab asyik tengok mak je yang buat kan...bila lagi nak pandai. Kali ni la yang baru buat something different sejak kahwin.

Bagi hencek hubby rasa kuih karipap puan wife nye ni plak. Bila nak prepare bahan2 buat karipap, hencek hubby plak yang beria nak buat. Dari kupas & potong kentang..sampai la nak masak kentang untuk buat inti nye, semua dia yang siapkan. Me just made the doh until it firm to prepare the karipap.  Tapi tak sempat nak ambil gambar bagai. Cuma gambar masa dah siap je.




Ok. Here i will show you how i made this karipap. Resepinya nye pun main agak2 ikut sesedap rasa je. Bagi yang nak cuba, boleh la adjust ye.

Bahan-bahan

2 cawan Tepung Gandum
1 sudu besar Majerin/ Butter (secara menggunung)

4 biji Bawang Merah
2 biji Bawang Putih
Serbuk kari ( ditambah ikut citarasa)
Ikan bilis (ditambah ikut citarasa)
Garam
1 sudu kecil cili boh (nak bagi rasa pedas)
Air (untuk masakkan kentang supaya empuk)

Cara-cara

1. Cairkan butter tapi jangan sampai hangus. (untuk mendapatkan kulit karipap yang ranggup)
2. Uli tepung dengan butter yang dicairkan tadi. Kemudian, tambah kan sedikit air. Uli sehingga ia boleh dicanaikan.Agak2 sahaja bila tambahkan air. Kena uli sampai doh tak melekit di tangan.
3. Ketepikan doh dan simpan dalam bekas tertutup sementara, bagi doh tu lembut dan sebati.
4. Kupas dan potong kentang ( potong dadu, jangan besar sangat)
5. Tumbuk bawang merah, bawang putih, ikan bilis.
6. Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk sehingga garing dan wangi.
7. Tambahkan cili boh ke dalam bahan yang ditumis. Goreng sehingga masak cili nye.
8. Bancuh serbuk kari. Masukkan serbuk kari dan kacau sehingga pecah minyak.
9. Masukkan kentang dan gaul. Tambahkan air untuk masakkan kentang sehingga empuk.
10. Akhir, boleh la prepare karipap. Masukkan inti dan kelim tepi nye.

Nak buat kelim karipap, ada 2 cara. Samada kelim sendiri pakai tangan atau pakai acuan.

Untuk tahu cara nak kelim tepi karipap tu, boleh click blog ni.. Hana family. Disini blogger ni tunjukkan caranya.

Boleh cari di mana2 kedai. Murah je dan ada saiz kecil dan besar. Macam dalam gambar dibawah. (kredit kepada g00gle)







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jana Pendapatan

Labels

kNOw abOUt Me

My photo
You Welcome to visit my blog. Have nice reading and enjoy it. :)