Nuffnang me~

Monday, May 31, 2010

Jejak kembali

Semalam iaitu hari ahad, 30 May 2010.. ku telah jejak kaki ku kembali ke Alor Gajah. Wah... macam apa la plak kan. Hehe.. Ya, ape yang di katakan tu memang betul la. Setelah dekat setahun tak menjejakkan kaki ke Melaka dan lebih2 lagi ke Alor Gajah..

Alor Gajah. Banyak kenangan pahit dan manis di sana iaitu sepanjang my diploma life. Bila sampi je pekan Alor Gajah tu, lagi2 kat bus stand. Teringat dulu2.. lepas kelas or ujung minggu je, nek bus kat depan kampus.. pastu sampai bus stand yang tak la besar mane.. pastu tunggu la bus nak balik Seremban.

Kalau waktu tu, bila ayah berkata seperti yang berikut.. mesti tak suka sebab nak kene balik umah sendiri (cewah, berkata ea..) : " minggu ni balik naik bus la. " Mesti akan buat suara kesian kat ayah and cakap dengan ayah: " ala ayah, boleh la ayah. Malas la nak naik bus.. tade kawan la ayah" pastu ayah mesti cakap benda yang sama balik..

Tapi bila teringat balik sume tu, cam kelakar pun ada.. and seronok pun ada. Ianya adalah satu pengalaman dan kenangan yang seronok walaupun dulu2 bila lalui nya.. macam satu benda yang menyusahkan. Pastu teringat KFC kat Alor Gajah. Pernah la beberapa kali pegi makan situ before habis diploma dulu atau lebih tepat semester last before pegi praktikel. Ingat lagi tak korang?

Tapi sayang la, tak sempat nak lalu kampus sebab tujuan utama jejak kaki kembali ke Alor Gajah adalah nak pergi majlis khawin kat Sungai Petai. My uncle yang mana lecture jugak and tinggal berdekatan dengan kampus Lendu tu, anak sulungnya kawen. Muda la beb.. baru 20 tahun. Huhu.. My auntie kata : "nak wat cane dah jodoh.. mak nye pun muda lagi.. ngeeee" Tak pe la mak cik.. da dapat da menantu sulung.

Kami sampi sana dalam pukul 12 lebih kot. Makan2.. minum2.. tengok kiri kanan. Mana tau kot terjumpa sesiapa kan.. and memang betul la terjumpa sesiapa.


Tau tak korang, kita ternampak siapa? kita ternampak our BEL lecture,

Dr. Rozman. Dia dengan family datang masa kenduri nih. Nak tegur tapi cam serba salah sebab dia dengan family dia. Dr. Rozman bawak sorang anak perempuan dia.. he look different. I mean, in class.. he look very friendly tapi masa kat majlis tu, dia nampak garang. hehe.. don't know la. Maybe dalam ramai2 tu kan.. lain la kot.


Selain itu, sempat la snap beberapa picture pengantin and time makan2 tu.


ni la pengantin muda kita. Erk.. pengantin perempuan la yang muda.




Pengantin terus ke meja makan sebab tak bersanding


Hee... before pergi, sempat lagi.
Sepatutnya ada lagi 2 orang tapi yang sorang tak pergi dan sorang lagi yang tangkap gambar la.. hehe..

Okey,, ni my cousin. Wani namanya. Kami sempat bergambar before balik.

Wani dan Farah ( my cousin also)

Lepas tu, kami pun beransur la. Kami pergi jalan2 kejap kat sane and then baru balik Seremban. Itu lah cerita jejak kembali nya. Tak tau bila lagi akan pegi kampus lama iaitu kampus Lendu tersayang tu.. ngeee. Kadang-kadang rasa rindu jugak kat kampus lama. Macam2 kenangan termasuk yang pahit dan manis sebagai pelajar.

2 comments:

Keep ur beautiful word here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jana Pendapatan

Labels

kNOw abOUt Me

My photo
You Welcome to visit my blog. Have nice reading and enjoy it. :)