Nuffnang me~

Wednesday, December 30, 2009

Keluar aje

hye sume. Rasanya dah agak lama tak update blog. Kalau blog ni adalah rumah, dah bersawang rasanya. Baru pagi tadi, datang rajin untuk update blog. Tak tahu macam mana boleh rasa rajin nak update blog. Bukan rajin nak update blog je, tapi hari ini memang hari rajin untuk saya... hehe. Hari ini, lepas mengemas rumah, mop satu rumah plak. Lepas tu, barulah update blog. Tengah syok2 update blog, ayah suruh siap. Nak pegi seremban beli baju sekolah adik2.

Potong mood dah nak update blog. Tapi sempat la siapkan satu entry yang dah berkurun lama rasanya nak di publish tapi tak siap-siap nak taip... (leh tak... sgt2 teramat malas) Memang beberapa hari kebelakangan ni, asyik keluar. Hari isnin, keluar dengan adik. Buat apa?? Pegi belikan buku tulis dia kat sekolah. Haha.. tetiba la plak kene pegi sekolah setelah sekian lama tak masuk sekolah tu. Sekolah menengah ku yang telah beberapa tahun di tinggalkan. Sekolah tu, dekat je. Hari2 kalu nak pegi seremban, memang lalu depan sekolah. Cuma tak masuk je.

Sampai sekolah awal giler. Pukul 8 lebih agaknya. Masa sampai sekolah, gate pun baru bukak. Sesampai kat gate, pak guard tu cakap pe tau???

Pak guard: ye adik, ada pe?
Me: Saya nak beli buku adik saya. (bape banyak perkataan adik la kat cni ni)

Pak guard: sekolah mane ni? smk warisan puteri or smk dhmr / redza?
Me: owh.. ni sekolah redza ni.

Pak guard: owh.. sek redza nye koperasi tak bukak lagi. Kol 11.30 baru bukak.
Me: 11.30?? owh.. tak pe la. (dalam hati... sigh* aku sampai awal giler ni. tak kan nak tunggu sampai kol 11.30. Giler pe nak tunggu. 2 jam lbh lg tu.)

Nak dijadikan cerita... tunggula kat depan sekolah tu. Dekat setengah jam. Ingat nak balik tapi bus tak lalu. Tunggu la. Tetiba ada orang kt situ cakap..." adik, koperasi dah bukak tu. Masuk la." Nasib baik tak balik. Kalau tak, buat penat je ulang-alik banyak kali. Bila da sudah beli buku, dah keluar sekolah dah pun, lupa la plak. Lupa nak beli lencana sekolah... Last2, adik cakap... "tak pe lah. Bukak sekolah nanti beli." (sorry, lupa sangat.)

Tu cite ari isnin. Hari selasa plak, keluar lagi. Pegi seremban dengan fatin. Pegi tangkap gambar pasport. Tapi tujuan utama pegi seremban adalah teman fatin pegi beli barang. Menahan nafsu shopping tu. Sebab apa kate macam tu?? Fatin la.. Sampai satu kedai je.. dia akan berkata macam ni (setiap kedai yang dia beli);

Fatin: Nak cari beg la. Kat mane ea fasya?
Me: Ha... kite tau. kat ground floor ada & kat second floor pun ada.

Fatin: Fasya tak beli ke? kat bawah tu kan de Maybank atm. Beli la 3x.
Me: Jangan la fatin. Ni betul2 nak suh kite habiskan wit ni.

sampai kedai lain plak... sama gak.

Fatin: Fasya tak beli pe2 ke?
Me: tak. nape?

Fatin: Fasya, kat bawah ada Maybank. Pe lagi, skali-skale.
Me: (hanya mampu senyum & cubit fatin)

Hahaha.. fatin betul2 m'hasut suruh shopping. Nasib baik tak tergoda I. Cuma beli barang kat Watson je. Itu pun, barang keperluan. Masa kat watson tu, dekat sejam kami dalam watson. Syok sendiri kita orang dalam tu. Lama betul duk dalam watson. Buat macam kedai sendiri plak. Lagi2 kami berdua & pekerja watson je dalam tu. Hehehe... belek minyak wangi la, cari syampoo la.. macam2 wat dalam tu. Kami berjalan kat Terminal 1 & The Store untuk cari barang fatin sampai pukul 2 lebih. Tapi seronok keluar lagi dengan fatin.. Lepas tu balik rumah. Hari selasa memang penat giler2. Lepas balik, keluar balik. Pukul 5 petang, keluar lagi. Kali ini, dengan ayah & adik2. Beli barang sekolah. Penat nye. Pukul 9 malam baru balik. T_T

Hari ini plak. Keluar lagi pergi seremban, sambung beli barang sekolah adik2. Lepas sume habis beli, kami sume pegi lunch kat kedai. Alang-alang kan. Lepas lunch baru balik.

Lagi beberapa hari lagi nak masuk tahun baru & lagi beberapa hari jugak la nak kena balik sana. Huhu T_T berat hati ku untuk pulang ke sana (ayat tak boleh blah... tapi kan.. beberapa hari tu, cam lame je) Lepas ni, musim mengadap buku, assignment, quiz, test... bla..bla...bla... benda yang akan menyibukkan diri sampai rasa penat dan stress. Harap2 tahun 2010 ini, akan jadi tahun yang lebih baik berbanding yang sebelumnya. Nak usaha lagi dalam meningkatkan pointer. Banyak lagi yang nak dicapai tapi yang utamanya adalah seperti yang tertera... =D

Apa-apa pun nak wish kepada sume yang baca blog ni & kawan2 jugak


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010

semoga tahun 2010 akan bermula dengan sesuatu perkara yang baik, akan menjadi tahun kejayaan buat semua, dengan azam yang baru tapi mana azam lama yang tak tercapai tu.. cuba la buat lagi. Dan kawan2 yang kat kampus puncak alam.. jangan lupa keep in touch kite yang jauh ni. Kite insyallah akan keep in touch dengan korang jugak. Sama-sama la kite usaha untuk habis kan degree dengan cemerlang. chaiyok2.

No comments:

Post a Comment

Keep ur beautiful word here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jana Pendapatan

Labels

kNOw abOUt Me

My photo
You Welcome to visit my blog. Have nice reading and enjoy it. :)